Author: Daachayani Arul Sekaran

Cik Daachayani merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

2 Terbvnuh, Pesawat Ringan Terhempas Di Afrika Selatan | Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Afrika Selatan (SACAA) mengesahkan dua orang maut pada Ahad selepas sebuah pesawat ringan yang mereka naiki terhempas di Johannesburg. Pesawat itu yang digunakan untuk penerbangan latihan berlepas dari Lapangan Terbang Grand Central di Midrand antara Pretoria dan Johannesburg, namun terhempas beberapa minit kemudian berhampiran sebuah lombong berdekatan stadium FNB di selatan Johannesburg. Anadolu Agency memetik SACAA sebagai berkata dalam satu kenyataan bahawa dua penumpang maut. Pesawat juga mengalami kerosakan yang besar. Punca kemalangan yang berlaku pada 9 pagi waktu tempatan (0700GMT) masih belum didedahkan oleh SACAA dan…

Read More

Misteri Mayat Terbakar Pakai Fon Kepala Terungkai | Video operasi mengeluarkan mayat seorang lelaki dari daerah Makasar di Jakarta Timur tular di media sosial baru-baru ini selepas mangsa disyaki maut akibat terkena renjatan elektrik ketika menggunakan fon kepala dan telefon bimbit yang sedang dicas. Lapor Kompas.com, mayat mangsa yang ditemui dalam keadaan hangus dan bengkak telah dipindahkan oleh pegawai bersama ketua masyarakat setempat namun video proses mengeluarkan mayat itu mengejutkan ramai pihak. Bagaimanapun, Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Makassar, Mochamad Zen mengesahkan mangsa tidak terkena renjatan elektrik seperti dilaporkan dalam video tular itu sebaliknya meninggal dunia akibat penyakit hati yang dihidapinya.…

Read More

Pesawat terhempas di Nepal: 66 Disahkan M@ut | Sekurang-kurangnya 66 orang disahkan terbunuh apabila pesawat yang membawa 68 penumpang dan empat anak kapal terhempas di Nepal pagi Ahad. Jurucakap Tentera Nepal Krishna Bhandari memberitahu Agensi Anadolu bahawa 66 mayat ditemukan dari lokasi nahas setakat ini. Usaha mengesan enam orang lagi mangsa sedang giat dijalankan. Pegawai kanan di Kementerian Dalam Negeri Fanindra Mani Pokharel, memberitahu bahawa pesawat penumpang yang dikendalikan Yeti Airlines terhempas berhampiran Pokhara, sebuah destinasi pelancongan popular yang terletak 200 kilometer dari barat Kathmandu. Jurucakap Polis Nepal Tek Prasad Rai memaklumkan, anggota polis dan tentera dikerah ke lokasi nahas.…

Read More

Lebih 16 M@ut Pesawat Terhempas Di Nepal | Sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh selepas sebuah pesawat yang membawa 72 orang penumpang terhempas di Nepal. Menurut laporan media, pesawat itu terhempas di antara lapangan terbang lama dan baharu Pokhara di tengah Nepal. Jurucakap syarikat penerbangan, Sudarshan Bartaula berkata, pesawat enjin berkembar ATR 72 yang dikendalikan oleh Yeti Airlines Nepal itu turut membawa dua bayi, empat anak kapal dan 10 warga asing. Krishna Bhandari, jurucakap tentera berkata, mereka menjangkakan untuk mengenal pasti lebih banyak mayat. Perdana Menteri, Pushpa Kamal Dahal berkata, pesawat itu dalam penerbangan dari Kathmandu ke Pokhara dan menggesa anggota keselamatan…

Read More

Video Pendaki Rakam Lembaga Putih ‘Terpacak’ Atas Gunung | Tular di media sosial Indonesia mengenai video seorang pendaki yang dikejutkan dengan penemuan satu lembaga putih mirip seperti kuntilanak, lapor laman berita Taman Pendidikan. Berdasarkan laporan laman berita tersebut, pendaki tersebut difahamkan sedang mendaki ke puncak tertinggi Gunung Salak di Indonesia sebelum berjumpa dengan kelibat berkenaan. Sewaktu di tengah perjalanan pendakian, pendaki itu telah dikejutkan dengan penemuan tersebut sehingga menyebabkannya seram sejuk. VIDEO TULAR Video rakaman pendaki tersebut telah menjadi tular selepas ia dikongsikan oleh akaun Instagram @pendakibansel. Berdasarkan rakaman video berkenaan, sosok berwarna putih seakan kuntilanak telah terakam kamera pendaki…

Read More

5 Cedera Dalam Insiden Tembakan London | Lima termasuk dua kanak-kanak berumur antara tujuh dan 12 tahun cedera dalam satu kejadian tembakan di tengah London pada Sabtu. Penyerang dilaporkan melepaskan tembakan dari sebuah kenderaan yang sedang bergerak. Kejadian berlaku pada 1.29 petang waktu tempatan di sekitar Gereja St Aloysius ketika upacara pengebumian sedang berlangsung di Euston, lapor Agensi Anadolu. Polis dan anggota medik dari Perkhidmatan Ambulans London dikerah ke lokasi kejadian. Polis Metropolitan memaklumkan bahawa tiga wanita – berumur 48, 54 dan 41 – dibawa ke hospital dan kecederaan mereka dinilai sebagai tidak mengancam nyawa. Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh…

Read More

Pandu Kereta Rempuh Lobi | Lelaki membuat onar apabila merempuh lobi hotel di Lujiazui, dengan kenderaan dipandunya, baru-baru ini. Portal NextShark melaporkan, lelaki berusia 28 tahun itu dikenali sebagai Chen itu bertindak sedemikian selepas bertengkar dengan kakitangan hotel berhubung komputer ribanya yang hilang. Dia kemudian memandu secara melulu di sekitar lobi, pada pagi Selasa. Kejadian itu sempat dirakam dengan beberapa video dimuat naik di media sosial. Dalam rakaman itu, pemandu terbabit yang memandu kenderaan utiliti sukan (SUV) yang dilihat merempuh pintu masuk hotel, sebelum memasuki lobi. Lelaki itu kemudiannya cuba untuk memandu keluar menerusi pintu masuk tetapi gagal berbuat demikian.…

Read More

Budak 6 Tahun M@ut Dihempap Pokok Reput | Seorang kanak-kanak berusia enam tahun maut secara tragis selepas dihempap sebatang pokok reput yang tumbang ketika sedang bermain di perkarangan sebuah sekolah di United Kingdom (UK), tiga tahun lalu. Lapor Daily Mail, Ella Henderson sedang bermain bersama rakan-rakannya di pekarangan Gosforth Park First School di Newcastle. Ketika kejadian, sebahagian pokok willow yang reput, tumbang ke arah Ella lalu menghempap badan mangsa. Kejadian itu berlaku pada 25 September 2020 dan Ella meninggal dunia pada keesokan harinya. Mahkamah Majistret South Tyneside mengenakan denda sebanyak 280,000 pound (RM1.49 juta) ke atas Majlis Perbandaran Newcastle kerana gagal…

Read More

Seorang M@ut Dalam Serangan Hendap Di Narathiwat | Seorang anggota sukarelawan pertahanan maut, manakala dua lagi parah dalam serangan hendap di Narathiwat, Thailand pada Rabu. Timbalan Ketua Polis Narathiwat Kolonel Polis Suthon Sukwiset berkata, kejadian berlaku kira-kira 8 pagi (waktu tempatan), ketika lapan anggota sukarelawan pertahanan menaiki empat motosikal dalam perjalanan pulang ke markas selepas selesai menjalani kawalan keselamatan di sebuah sekolah di daerah Si Sakhon. Beliau berkata, sekumpulan individu bersenjata bertindak meletupkan sebutir bom buatan sendiri dan melepaskan tembakan ke arah kumpulan sukarelawan pertahanan itu. Beliau berkata lagi, seorang sukarelawan pertahanan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua lagi…

Read More

Terkejut Jumpa Kain Buruk Dalam Hidangan ‘Hotpot’ | Seorang lelaki di China menggesa pihak kerajaan untuk menjalankan siasatan, selepas dirinya menjumpai perca kain buruk dalam set hotpot yang dibelinya Rabu lalu. Lelaki yang dikenali sebagai Ning mengungkapkan rasa terkejut apabila dia menjumpai sekeping kain berwarna gelap dalam makanan yang dibelinya dari sebuah restoran hotpot di Chengdu, wilayah Sichuan yang terletak di barat daya China, ketika ditemubual pihak Feidian Video. Pada asalnya, Ning menyangka bahawa objek itu adalah sekeping daging lembu dan ia merupakan salah satu bahan masakan lazim untuk hidangan hotpot di Sichuan. Ning mengimbas bahawa ketika mereka sedang menikmati…

Read More