Lelaki Tetak Suami Baharu Bekas Isteri | Gara-gara cemburu meslihat bekas isteri semakin bahagia bersama suami baharunya, seorang lelaki dari Batam, Riau, Indonesia, bertindak berani mati dengan menetak lelaki itu. Menurut polis, suspek tersebut membunuh mangsa menggunakan sebilah parang dan kejadian itu berlaku pada hari Sabtu sekitar jam 1 petang waktu tempatan. Insiden mengerikan itu dipercayai berlaku selepas suspek mengikuti mangsa dengan membawa sebilah parang sebagai senjata di Kompleks Baloi Center, Lubuk Baja, Batam. Tetakan itu berjaya ditepis oleh mangsa menyebabkan dia terduduk sebelum suspek menghayun parang tersebut sehingga terkena pada bahagian leher lelaki berkenaan. Kemudiannya, suspek tersebut dikatakan melarikan…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Korea Selatan Rekod Kes Pertama ‘Amoeba Pemakan Otak’ | Korea Selatan melaporkan kes pertama jangkitan Naegleria fowleri yang biasanya dirujuk sebagai ‘amoeba pemakan otak’, menurut pihak berkuasa kesihatan pada Isnin. Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA) telah mengesahkan kematian warga tempatan yang berusia dalam lingkungan 50-an selepas mangsa kembali dari Thailand pada 10 Disember lalu setelah menetap selama empat bulan di sana. KDCA menyatakan bahawa mangsa dimasukkan ke hospital pada keesokan harinya dan meninggal dunia pada Rabu lalu. Mereka telah melakukan ujian genetik ke atas tiga jenis patogen yang menyebabkan Naegleria fowleri untuk mengesahkan punca kematiannya. KDCA menjelaskan bahawa…
Lelaki Bergambar Bersama Senapang Mainan Telah Ditahan | Seorang lelaki di India ditahan selepas bergambar bersama ‘senjata api’ di sebuah laluan lebuh raya yang baru dibuka, sebelum polis kemudian mendapati ia sebenarnya senapang mainan, lapor saluran berita NDTV kelmarin. Lelaki dari negeri Maharashtra itu diburu polis selepas sebuah video yang dikongsikan pada 14 Disember lalu memaparkan dia memegang senjata api tersebut dan melepaskan ‘tembakan’ ke udara. Disebabkan kesan-kesan khas visual yang digunakan, tembakan itu kelihatan asli dan senapang tersebut dilihat menyerupai senjata api sebenar. Selepas video tersebut menjadi tular, polis melancarkan gerakan memburu lelaki berkenaan. Nombor pendaftaran kenderaannya dikesan dan…
Selepas Viral Tikus Makan Ayam Goreng, Ini Hukuman Dikenakan | Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mengeluarkan Notis Pengesahan Pembatalan Lesen (NPPL) berkuat kuasa serta-merta ke atas premis makanan yang tular dengan kejadian seekor tikus menjamah ayam goreng dalam pemanas makanan. Mohd Fauzi Mohd Yatim, Yang Dipertua MPAJ, menegaskan tindakan sitaan atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen juga akan dilakukan sekiranya premis berkenaan masih beroperasi setelah NPPL dikeluarkan. Justeru, pihaknya hanya akan mempertimbangkan permohonan lesen baharu jika semua syarat terutama berkaitan kebersihan dipatuhi sepenuhnya. Beliau berkata, NPPL yang berkuat kuasa serta-merta akan dikeluarkan ke atas premis makanan tersebut selaras dengan tindakan Kementerian…
Budak Lelaki Tertelan 52 Biji Bebola Magnet M@ut | Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun nyaris maut akibat menelan lebih 50 biji bola magnet mainan. Menurut Daily Star, insiden itu telah menyebabkan dia terpaksa menjalani satu pembedahan kecemasan untuk mengeluarkannya, lapor Daily Star. Difahamkan Jule Foley mula mengalami sakit perut pada Ogos lalu dan doktor menyatakan bahawa sakit yang dialaminya tidak begitu serius. Namun begitu, apabila kesakitannya semakin teruk, ibunya, Lyndsey Foley memutuskan untuk membawanya ke A&E di Hospital Putera Charles di Merthyr Tydfil. Pemeriksaan fizikal dan darah tidak menunjukkan apa-apa yang bermasalah, tetapi selepas X-ray dilakukan, doktor yang merawatnya…
Jambatan Runtuh 2 Hari Sebelum Dibuka Secara Rasmi | Selang dua hari sebelum dibuka rasmi, jambatan baharu di timur Bihar, India, retak hingga mengakibatkan runtuhan. Jambatan sepanjang 206 meter yang dibina di Sungai Burhi Gandak, Begusarai itu ‘terputus’ dan jatuh ke dalam sungai, pagi Ahad lalu. Gambar dan video yang tular di media sosial menunjukkan dua bongkah besar jambatan itu terapung di sungai. Roshan Kushwaha, Majistret Daerah Begusarai, mengesahkan tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku. Beliau mengarahkan siasatan ke atas keruntuhan itu dengan pemeriksaan dilakukan sepasukan jurutera dari jabatan kerja luar bandar negeri itu. Katanya, tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan…
Lelaki Menderita Selepas Inai Jadi Parut Kekal | Seorang lelaki berusia 13 tahun terpaksa menanggung derita selepas inai yang dilukis pada bahunya sewaktu bercuti bersama keluarganya di Bali, Indonesia kini bertukar menjadi parut kekal. Mirror UK melaporkan bahawa pada awal bulan lalu, bapanya, Ben Gebbett dari Australia membawa dua orang anak lelakinya, Jaxon dan Levi ke Indonesia untuk bercuti. Ben pada waktu itu membenarkan anaknya yang berusia 13 tahun itu mendapatkan tatu inai atau dipanggil sebagai henna hitam, namun selepas mereka pulang ke rumah, tatu inai tersebut melepuh dan bertukar menjadi parut kekal. Memetik Daily Star, Ben memaklumkan kepada ibu bapa…
Jiran Tutup Jalan Bina Tembok Setinggi 2.5 Meter | Seorang penduduk di Kampung Beji, Daerah Boyolangu, Indonesia terperangkap selepas jirannya nekad mendirikan tembok di jalan masuk ke rumah keluarganya, lapor Detik.com. Ketua Kampung Khoiruddin berkata, jiran keluarga terperangkap tersebut telah menutup laluan jalan masuk itu dengan mendirikan tembok setinggi 2.5 meter. Menurut Khoiruddin lagi, jalan masuk itu sebenarnya merupakan tanah hak milik penduduk kampung dan bukannya akses jalan oleh kerajaan. Khoiruddin menyatakan bahawa tembok itu didirikan oleh jirannya pada waktu pagi, kerana menurutnya tanah itu hak miliknya dan dia mempunyai SHM (Sijil Hak Milik). Di sebalik tembok itu masih terdapat dua…
SERAM! Pelajar Rakam Lembaga Dipercayai Pocong. | Satu video memaparkan seorang pelajar berjaya merakamkan kelibat dipercayai sebagai pocong telah menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Warta Banjar. Kejadian itu dilaporkan berlaku di jalan UPT Trans Anjir, Kabupaten Pulang Pisau, Kalimantan Tengah berhadapan dengan laluan ke UPT Sekolah Menengah Trans Anjir. REMAJA LELAKI Menurut laporan, kejadian itu telah dialami oleh seorang remaja lelaki bernama Perdi di kawasan Kampung Hanjak Maju, Pulang Pisau pada Selasa, 13 Disember yang lalu. Perdi yang juga merupakan pelajar di Pulang Pisau ketika itu dikatakan sedang menyusul rakannya di kawasan tersebut. Semasa dalam perjalanan, dia difahamkan…
Kenal Pasti Pemilik 5 Kenderaan Rosak Tertimbus Tanah Runtuh | Polis sudah mengesan pemilik kepada lima kenderaan yang rosak tertimbus tanah dalam kejadian runtuhan cerun di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di Jalan Genting-Batang Kali. Superintendan Suffian Abdullah, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, berkata terdapat tujuh kenderaan di lokasi kejadian dengan lima daripadanya sudah dikenal pasti, manakala dua lagi kenderaan belum diketahui pemiliknya. Beliau berkata kepada sidang media di lokasi kejadian bahawa lima kenderaan yang dikenal pasti itu masing-masing dua milik mangsa masih hidup dan dua milik mangsa yang meninggal dunia, manakala satu lagi kenderaan milik mangsa yang masih hilang.…