Author: Daachayani Arul Sekaran

Cik Daachayani merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Lelaki Cuak Naik Lif, Keluar Tangan Menggeletar. Ini Sebabnya. | Kebanyakan bangunan tinggi pada hari ini dilengkapi dengan kemudahan lif. Di Malaysia, biasanya bangunan yang mempunyai ketinggian lima tingkat dan ke atas akan dilengkapi dengan kemudahan tersebut. Lif atau elevator dilihat sebagai satu kemudahan yang sangat penting pada bangunan-bangunan tinggi. Tujuan utamanya sudah tentu, memudahkan orang ramai bergerak dari satu tingkat ke satu tingkat yang lain. Sebagai contoh, memudahkan golongan warga emas dan individu yang memerlukan sokongan ketika berjalan, seperti tongkat untuk bergerak. Lif juga sangat penting bagi golongan berkerusi roda dan kehadiran lif juga akan menjadikan sesuatu bangunan itu…

Read More

Korban Gempa Bumi Mencecah 1,498 Di Turkiye | Angka korban akibat gempa bumi Turkiye meningkat kepada 1,498, lapor Sputnik, memetik kenyataan ketua Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD), Yunus Sezer. Sezer berkata kepada pemberita bahawa setakat ini, jumlah kematian ialah 1,498 orang, manakala 8,533 lagi cedera dan 2,834 bangunan dilaporkan musnah. Sebelum ini, AFAD melaporkan sebanyak 1,121 kematian. Gempa bumi berukuran 7.7 pada skala Richter melanda tenggara Turkiye pada pagi Isnin. Kerosakan turut dilaporkan di beberapa wilayah di Syria, manakala gegaran turut dirasai di ibu kota Lubnan, Beirut. Di Syria, angka kematian kini melebihi 400 orang, manakala 1,300 lagi cedera. Sumber:…

Read More

Wanita Dalam Beg Mayat Masih Bernyawa | Seorang wanita di Iowa, Amerika Syarikat (AS) didapati dalam keadaan masih bernyawa di dalam beg mayat yang dihantar ke rumah pengebumian, baru-baru ini. Metro UK melaporkan, kakitangan di Pusat Penjagaan Khas Alzheimer Glen Oaks di Urbandale, Iowa, mengesahkan individu berusia 66 tahun itu meninggal dunia pada 3 Januari lalu. Ia selepas seorang jururawat mendapati nadinya terhenti. Kakitangan pusat berkenaan kemudian menghubungi keluarga wanita berkenaan untuk memaklumkan berita ‘sedih’ itu. Jururawat kedua dan pengarah pengebumian juga gagal mengesan tanda wanita itu masih bernyawa. Ia kerana mata dan mulut wanita itu terbuka, tetapi jasadnya kaku.…

Read More

Wanita Kritikal, Diserang Singa Peliharaan | Seorang wanita di Mexico terpaksa menerima rawatan di hospital selepas diserang oleh seekor singa peliharaan yang meloloskan diri dari rumah pemiliknya, lapor akhbar Daily Star kelmarin. Wanita tersebut, Lila Hernandez, 40, kini berada dalam keadaan kritikal selepas singa betina berusia dua tahun bernama Salome itu menyerangnya. Singa tersebut dilaporkan turut menyerang beberapa haiwan lain di kawasan berkenaan dan membunuh sekurang-kurangnya seekor anjing sebelum menyerang Hernandez di tepi jalan pada kira-kira pukul 9.30 pagi (waktu tempatan), Selasa lalu. Ia akhirnya ditangkap oleh pemiliknya yang menyembunyikan haiwan itu di dalam sebuah kenderaan. Dia pada mulanya enggan menyerahkan…

Read More

Detik Cemas Enjin Pesawat Terbakar | Pelancong Rusia di Phuket berdepan detik mencemaskan selepas enjin pesawat dinaiki mereka terbakar, manakala tayar pula meletup ketika ia berlepas. Metro UK melaporkan, pesawat Boeing 767-306ER itu terbakar ketika ia meninggalkan Lapangan Terbang Phuket untuk menuju ke Moscow. Ketika kejadian, pesawat itu membawa kira-kira 300 penumpang dan 12 anak kapal. Kesemua mereka yang berada di dalam pesawat itu dipindahkan dan kemudian diberitahu untuk menunggu penerbangan baharu. Insiden itu juga tersebar selepas gambar dan rakaman dramatik menunjukkan pesawat itu dilanda kebakaran secara tiba-tiba akibat lonjakan suhu enjin. Terdapat laporan adanya bunyi dentuman kuat dalam pesawat…

Read More

25 M@ut, 1,000 Cedera Dalam Kebakaran | Seramai 25 individu terkorban, manakala hampir 1,000 lagi cedera dan 800 rumah musnah dalam kebakaran hutan selama lima hari yang berlaku akibat gelombang panas di Chile. Perkara itu disahkan pihak berkuasa pada Ahad dan kejadian juga berpunca akibat angin kencang serta suhu semasa yang melebihi 40 darjah Celsius. Kebakaran berkenaan turut memusnahkan kawasan seluas kira-kira 270,000 hektar di wilayah terletak kira-kira 500 kilometer (km) ke selatan ibu negara ini. Jumlah korban meningkat sejak Sabtu, dengan kematian seorang yang dirawat di hospital kerana kecederaan, kata pegawai kementerian dalam negeri, Manuel Monsalve. Turut terkorban, seorang…

Read More

‘Viral’ Video Pemilik Kereta Mewah Lempar Duit Pada Pekerja Stesen Minyak | Tular di media sosial tentang sebuah video yang memaparkan layanan biadab pelanggan yang menaiki kenderaan mewah di sebuah stesen minyak di China. Video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter @RealXavier berdurasi 52 saat itu telah mendapat tontonan sebanyak 1.7 juta setakat artikel ini ditulis. Berdasarkan rakaman video kamera litar tertutup (CCTV), dapat dilihat pekerja di stesen minyak tersebut sedang membantu pelanggan sebuah kenderaan untuk mengisi petrol di kenderaannya. Setelah selesai pekerja tersebut mengisi minyak, pelanggan tersebut dapat dilihat berkelakuan tidak bermoral apabila dia bertindak melemparkan duit berkenaan seakan-akan tidak menghormati…

Read More

Lelaki Didakwa Gigit Kepala Ular Sawa Sampai Putus | Lelaki didakwa menggigit kepala ular sawa peliharaan seorang wanita ketika dia berselisih faham dengan individu berkenaan. Metro UK melaporkan, Kevin Justin Mayorga, 22, didakwa menggigit ular itu ketika bertengkar dengan seorang wanita di sebuah pangsapuri di Cutler Bay, Florida, Amerika Syarikat (AS), Isnin lalu. Anggota polis yang dikejarkan ke tempat kejadian dekat kompleks pangsapuri berkenaan dilaporkan mendengar pertengkaran lelaki dan wanita. Menurut laporan tangkapan yang diperoleh NBC Miami, wanita itu kedengaran menjerit kepada polis supaya menendang pintu. Ketika pegawai cuba menceroboh masuk, Mayorga kelihatan berlari ke pintu untuk menghalang mereka daripada masuk,…

Read More

Mata Pelancong Cedera Kena Botol Dilempar Cimpanzi | Seorang gadis terkejut selepas seekor cimpanzi membaling botol ke arahnya ketika dia cuba merakam video haiwan itu dengan telefonnya, lapor Metro UK. Rakaman menunjukkan cimpanzi tersebut berada di dalam kandangnya di Zoo Nanning di China sebelum bertindak ganas dengan melompat dan membaling botol itu. Ibu kepada gadis itu berkata, dia sedang menikmati lawatan ke zoo sebelum botol air mineral yang dibaling oleh cimpanzi itu menyebabkan kecederaan pada mata anak perempuannya. Mata gadis yang tidak diketahui umurnya itu dikatakan hanya mengalami kecederaan kecil selepas ia mula berdarah akibat pukulan itu. Zoo Nanning memberitahu…

Read More

3 M@ut, 32 Cedera Dalam Kebakaran Hospital Di Mesir | Sekurang-kurangnya tiga maut dan 32 lagi cedera dalam kebakaran di sebuah hospital di Kaherah, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir. Kebakaran itu berlaku di Jabatan Radiologi Hospital yang terletak di daerah El Matareya dan 12 ambulans dihantar ke lokasi kejadian, lapor Xinhua, memetik jurucakap kementerian Hossam Abdel-Ghaffar. Beliau berkata bahawa ramai mangsa cedera akibat melecur, patah tulang atau sesak nafas dan kebanyakan mereka dihantar ke hospital berdekatan. Sumber: Astro AwaniAstro Awani Artikel Lain (VIDEO) Seorang Lelaki Ditemui M@ut Akibat Rentung Dalam Kebakaran Di Flat Polis masih belum mengenal pasti identiti…

Read More