Pasangan Suami Isteri Maut Dlm Kemalangan Myvi Dan Treler, Tiga Beradik Jadi Yatim Piatu | GERIK: Tiga beradik menjadi yatim piatu sekelip mata, selepas ibu bapa mereka maut apabila kereta dinaiki mereka terbabit nahas dengan treler di KM 25 Jalan Raya Timur-Barat berhampiran Hentian Titiwangsa, di sini, kelmarin. Ibu Bapa Maut Di Tempat Kemalangan Dalam kejadian itu, Mohamad Nasir, 51, bersama isterinya, Rohaya Harun, 46, maut di tempat kejadian, manakala tiga anak mereka berusia antara tujuh hingga 14 tahun cedera parah. Tiga anak pasangan itu dikenali sebagai Mohamad Zarith Mohamad Nasir, 7; Nur Auni Batrisya Mohamad Nasir, 12; dan Mohamad…
Author: Anis Fadila
Seorang Peniaga Maut Selepas Motosikal Bertembung Lori Buah | SUNGAI PETANI – Seorang peniaga maut selepas motosikal ditunggang bertembung sebuah lori muatan buah di Jalan Kalai-Jeniang berhampiran Kampung Bukit Sejuk, Berona Kiri, dekat sini malam semalam. Cedera Parah Di Kepala Dan Putus Kaki Dalam kejadian kira-kira pukul 7 malam itu, mangsa, Zulfakri Ismail, 49, meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada kepala serta putus kaki kanan. Kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Masjid, Jeneri manakala lori tersebut dari arah Kuala Nerang menghala Jeniang. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan…
Seorang Penggangur Tumbuk Dan Hempas Ayah Sendiri Ke Tanah Dipenjara 8 Bulan | MELAKA – Tindakan seorang penganggur menumbuk dan menghempas bapanya ke tanah, akhirnya berbalas apabila dijatuhi hukuman penjara lapan bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, pada Khamis. Tumbuk Kepala Dan Hempas Badan Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fahmi Ramli, 29, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A kanun yang sama terhadapnya. Berdasarkan pertuduhan, tertuduh dengan sengaja telah menyebabkan cedera ke atas ayah kandung, Ramli Samad, 62, dengan menumbuk di kepala dan menghempas badannya ke…
Seorang Pelajar Tahfiz Dipercayai Hilang Dalam Kawasan Kebun Getah | GERIK – Seorang pelajar tahfiz dilaporkan hilang dalam kawasan kebun getah di Kampung Tanjung Sejarah di sini, pada Rabu. Mangsa Mengalami Gangguan Emosi Mangsa dikenali sebagai Muhammad Naufal Adzimi Mohd Harris, 17, yang dipercayai mengalami gangguan emosi kali terakhir dilihat menunggang motosikal di Kampung Ulu Kenderong di sini, sekitar jam 9 pagi. Pencarian yang dilakukan ahli keluarga berjaya menemukan motosikal mangsa yang ditinggalkan di kebun getah berkenaan sekitar jam 6 petang sebelum melaporkan kepada pihak polis. Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata,…
Seorang Pemandu Lori Maut Dlm Kemalangan Lori Bertembung Van | Kuching: Pemandu lori maut selepas kenderaannya bertembung dengan sebuah van di simpang Kelaoh, Lundu, kelmarin. Mangsa Tersepit Dalam Lori Mangsa, Azirul Shamsul Tahir, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di dalam kenderaan manakala pemandu van, Chin Kai Yiu, pula hanya mengalami cedera ringan Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 12.10 tengah hari. Mangsa Meninggal Dunia Di Tempat Kemalangan Beliau berkata, tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu dikejarkan ke lokasi kejadian…
Satu Keluarga Nyaris Maut Kereta Kena Hempap Kayu Terjatuh Daripada Lori | BATU PAHAT: Sebuah keluarga sempat keluar menyelamatkan diri, sebaik kereta dinaiki mereka dihempap kayu terjatuh daripada sebuah lori yang terbabas di Jalan Kluang-Ayer Hitam berhampiran persimpangan lampu isyarat Ayer Hitam, tengah hari kelmarin. Lori Mengalami Masalah Brek Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, lori terbabit dipandu seorang lelaki berusia 30-an dipercayai dalam perjalanan dari Yong Peng menuju ke Kluang, dipercayai mengalami masalah brek ketika menuruni jalan terbabit. Saksi kejadian, Faizal Abdullah, 34, berkata dia ternampak pemandu dan penumpang kereta Honda bergegas keluar menyelamatkan diri. “Selain itu, muatan…
Dua Orang Lelaki Maut Dalam Kemalangan Dua Motosikal | KUANTAN – Dua lelaki maut manakakala seorang lagi cedera parah dalam kejadian kemalangan melibatkan dua buah motosikal di Batu 14 Jalan Gambang-Kuantan berhampiran bangunan Persatuan Penganut Ajaran Tao Kuan Ti di sini hari ini. Hilang Kawalan Sebelum Langgar Motosikal Mangsa yang maut dalam kejadian itu adalah penunggang dan pembonceng motosikal jenis Honda ANF 125 iaitu Azrul Hakimi Rashid,18, dan Muhammad Rusdy Thaqif Reduan,18 manakala penunggang motosikal jenis Yamaha 135 LC pula mengalami kecederaan parah. Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd. Zahari Wan Busu berkata, kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi…
Kereta Terbalik Selepas Langgar Tayar Belakang Kereta Lain Di Plaza Tol | SHAH ALAM: Sebuah kereta terbalik selepas melanggar tayar belakang kenderaan lain dalam kemalangan di Plaza Tol Setia Alam berdekatan Lebuhraya Baharu Lembah Klang (NKVE) di sini, semalam. Ubah Haluan Sebelum Langgar Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superintendan Ramsay Anak Embol berkata, polis menerima laporan berkaitan kejadian itu kira-kira jam 3.30 petang bagaimanapun pemandu kedua-dua kenderaan itu dilaporkan tidak mengalami kecederaaan. “Siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku apabila kenderaan jenis Honda City dipandu seorang wanita berumur 36 tahun sedang mengubah haluan sebelum melanggar tayar belakang kenderaan jenis Subaru ketika…
Pembantu Kedai Maut Dlm Kemalangan Dua Motosikal Cuba Elak Pemotong Rumput | MELAKA: Pembantu kedai makan maut, manakala seorang pelajar Tingkatan 4 cedera dalam kemalangan dua motosikal di Jalan Telok Mas, di sini, petang semalam. Mangsa yang maut adalah penunggang motosikal Honda RS150, Muhammad Yusri Akbar, 18, dari Lorong Anggerik 7, Jalan Bukit Kecil, Pernu, di sini. Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christoper Patit, berkata siasatan awal mendapati kemalangan jam 4.45 petang berlaku ketika seorang lagi mangsa berusia 16 tahun yang menunggang Modenas Kriss cuba mengelak pemotong rumput di tepi jalan itu. Ternampak Pemotong Rumput “Ketika kejadian pelajar…
Bayi Lelaki Baru Lahir Dibuang Tepi Jalan Meninggal Dunia Semasa Di Hospital | Kajang: Bayi lelaki meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas ditemui orang awam tanpa pakaian dan masih bertali pusat serta uri dibuang di tepi jalan berhampiran parkir sebuah pangsapuri, di sini, semalam. Masih Bertali Pusat Dan Beruri Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hasan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung penemuan itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 51 tahun pada 7.07 pagi. “Bayi itu dipercayai baharu dilahirkan kerana masih mempunyai tali pusat dan uri dan tiada sebarang pakaian atau nota ditinggalkan bersama bayi berkenaan. “Mangsa dibawa ke…