Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

PETALING JAYA- Tiga ekor kuda yang didakwa bertuan didapati berkeliaran di jalan raya di kawasan menghala ke Bukit Ampang Selangor kelmarin. Melalui Facebook Persatuan Haiwan Malaysia, ketiga-tiga kuda dipercayai bertuan tetapi hingga kini tiada pihak mengaku sebagai pemilik. Tambah hantaran tersebut lagi, seekor daripada kuda tersebut kelihatan lemah dan tidak mampu bangun. “Warga sekitar taman perumahan ini diminta membantu Lembaga Kebajikan Haiwan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya bagi mengesan pemilik. “Pengesanan tersebut bertujuan penguatkuasaan undang-undang kerana membiarkan kuda peliharaan terabai dan tidak berkebajikan,” jelas hantaran itu hari ini. Selepas beberapa jam, tiga ekor kuda yang berkeliaran di…

Read More

PETALING JAYA – Orang ramai mula mempertikaikan keadaan laluan pejalan kaki di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Kedah, yang dijadikan kawasan parkir motosikal. Keadaan tersebut turut menyusahkan pengguna mahupun pesakit terutamanya yang menggunakan kerusi roda kerana tidak dapat melalui laluan berkenaan. Menerusi ciapan @abd_jabbar di Twitter semalam, dia memuat naik sekeping gambar memaparkan seorang warga emas lelaki yang menggunakan kerusi roda tidak dapat melalui laluan pejalan kaki tersebut disebabkan ruang sempit kerana dipenuhi motosikal. Difahamkan, laluan tersebut terletak di kawasan rehab dan fisioterapi hospital berkenaan. https://twitter.com/abd_jabbar/status/1615706619618426880?s=20&t=ho7qdOWmW_rRA7GIXDn9fQ “Kesiannya la pak cik ini nak lalu tak dapat disebabkan motosikal parking sesuka hati” ciapnya.…

Read More

Seorang wanita di Ciputat, Banten Indonesia terpaksa tanggung derita lumpuh sepanjang hayat akibat kesilapan doktor ketika melahirkan anak di hospital. Menurut HarianHaluan.com, sewaktu proses pembedahan dilakukan, wanita yang bernama Yuliantika mendakwa bahawa dia telah disuntik oleh pakar bius sebanyak 12 kali di bahagian tulang belakangnya. Umumnya, ibu yang akan melakukan pembedahan caeseran hanya perlu disuntik sekali sahaja. Selepas Yuliantika dipindahkan ke bilik rawatan, dia menyedari bahawa kakinya sudah tidak boleh bergerak, dari bahagian pinggul hingga ke hujung kakinya. Bercerita lanjut bagaimana dia boleh jadi sebegitu, menurut Yuliantika, dia dan suaminya Irwan Supandi telah pergi ke Hospital pada 18 Februari 2020 sekitar…

Read More

PETALING JAYA – Seorang wanita berkongsi kisah rumah tangganya apabila terpaksa memendam rasa dengan sikap suaminya yang curang dengan rakan sekerja di sebuah kilang. Menerusi pendedahan isteri malang itu di Facebook, wanita yang didakwa kekasih suaminya itu berstatus bini orang dan mereka telah mempunyai hubungan istimewa selama hampir dua tahun secara diam-diam sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lagi. Lebih menyedihkan, suaminya itu sanggup menceraikannya dengan talak tiga ketika anak-anak mereka masih kecil selepas ‘hubungan haram’ lelaki itu diketahuinya. Dalam pada itu, wanita itu turut berkongsi wajah wanita tersebut pada hantaran Facebooknya. “Ini lah muka manusia yang merampas kebahagiaan anak-anak aku…

Read More

ALOR SETAR – Polis berjaya menahan seorang lelaki dalam tempoh tiga jam selepas melarikan sebuah pacuan empat roda dari sebuah kedai menjual kenderaan di Jalan Langgar dekat sini pada Rabu. Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, suspek berusia 43 tahun itu hadir ke kedai berkenaan dan menyatakan mahu membeli kenderaan jenis Toyota Hilux pada jam 10.30 pagi. Menurutnya, pemilik kedai yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian membenarkan suspek memandu uji kenderaan terbabit. “Selepas menunggu lama dan suspek tidak kembali dengan kenderaan berkenaan, pemilik kedai bertindak membuat laporan polis di Balai Polis Kota Setar. “Tidak lama…

Read More

Satu hantaran video di platform TikTok tular apabila seorang individu bernama Jol Zerol berkongsi mengenai misteri sebuah pulau kecil di Pulau Pinang (Pulau Kazambo) yang didakwanya mempunyai ‘penunggu’. Pada mulanya ramai yang rasa seram apabila mengetahui pulau yang biasa dilihat ketika menyusuri jambatan Pulau Pinang itu berpenunggu namun kemudiannya lega kerana rupa-rupanya penunggu itu merupakan 7 ekor anjing yang tinggal di situ. Berdasarkan komen daripada netizen, ramai yang tertanya-tanya selain 7 ekor anjing yang ‘menjaga’ pulau tersebut, apa lagi yang ada di pulau itu dan ramai yang teringin untuk ke pulau tersebut. Jol Kerol kemudiannya menjawab segala persoalan daripada netizen dalam video…

Read More

SEORANG penunggang p hailing mengharungi detik tragis apabila dirempuh sebuah kenderaan Perodua Myvi dari arah hadapan di sebuah jalan dekat Bandar Baru Bangi, Selangor pada Selasa. Insiden itu berlaku ketika penunggang terbabit dilihat menunggang dengan laju dan memotong garisan berkembar di laluan berkenaan. Tidak semena-mena, sebuah kereta Myvi merah yang memandu dari arah bertentangan kemudiannya merempuh penunggang terbabit selepas gagal menekan brek dan mengelak daripada pelanggaran tersebut. Susulan kejadian itu, mangsa akhirnya tercampak dan motosikalnya turut mengalami kerosakan di jalan raya berkenaan. Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan dalam kejadian itu namun, rata-rata warganet meletakkan kesalahan kepada penunggang terbabit yang dilihat sengaja menunggang…

Read More

GEORGE TOWN – Kira-kira lapan lot kedai makan yang menjadi lokasi tumpuan pelanggan tempatan dan luar Pulau Pinang di Astaka Stadium Bandaraya di sini dilaporkan terbakar pagi tadi. Kejadian kira-kira pukul 7.25 pagi itu tidak melibatkan sebarang kecederaan mangsa mahupun kemalangan jiwa. Difahamkam, kebakaran berlaku semasa premis makanan dan minuman termasuk kedai nasi campur di situ belum memulakan operasi perniagaan. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran berlaku pada pukul 7.30 pagi tadi dan kemudiannya bergegas ke tempat kejadian. “Setibanya di tempat kejadian mendapati api dalam keadaan marak. Kebakaran hanya melibatkan lapan…

Read More

BATU PAHAT – Seorang bekas mekanik sanggup berhenti kerja untuk menjaga bapa mentuanya di Kampung Semerah Darat, Parit Sulong, di sini, yang terlantar sa­kit akibat diserang angin ahmar sejak Oktober lalu. Mohamad Shah Basir, 43, berkata, bapa mentuanya, Januri Sidek, 72, terkena strok selepas selesai menguruskan pengebumian isteri tercinta, Suzailah Januri yang meninggal dunia akibat penyakit kanser ovari. “Sebaik hospital mengesahkan ibu sudah meninggal dunia, kami nampak ayah begitu sedih hinggakan semangatnya seperti hilang. “Dalam keadaan sugul, ayah cuba memberikan bakti ter­akhir kepada ibu untuk sama-sama membantu mengebumikan jenazah sebelum dia diserang angin ahmar secara tiba-tiba,” katanya kepada Kosmo! di…

Read More

Sekurang-kurangnya lapan orang pekerja hilang dan beberapa rumah rosak ekoran sebuah kapal tangki minyak meletup di sungai Mae Klong di daerah Muang, Thailand sekitar 9:17 pagi tadi. Difahamkan, kapal tangki yang mempunyai kapasiti 6,500 tan berat itu sedang menjalankan penyelenggaraan berkala di Limbungan Ruammitr di Tambon Laem Yai. Malah, letupan itu kedengaran dan turut dirasai pada radius kira-kira 10 kilometer sehingga menyebabkan tingkap kaca di beberapa rumah berhampiran pecah. Sehubungan itu jentera dan anggota bomba dari Balai Bomba Mueng Samut Songkram dikejarkan ke lokasi kejadian bagi memadam kebakaran dan mengawal keadaan, Sementara itu, Jabatan Laut berkata api kebakaran tersebut dapat dikawal kira-kira…

Read More