SEKUMPULAN individu yang dipercayai satu keluarga menerima kecamanan menerima kecaman hebat daripada warga media sosial setelah aksi mereka mencuri di sebuah pasar raya di Kota Kinabalu, Sabah dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang di premis berkenaan baru-baru ini. Menerusi video berdurasi kurang seminit yang dimuat naik TikTok nana32 itu menampakkan seorang wanita bertudung labuh warna kelabu dalam keadaan tergesa-gesa memasukkan beberapa barangan keperluan rumah berupa tin susu ke dalam baju dan seluarnya. Turut kelihatan seorang lelaki berbaju merah disyaki suami dan seorang lagi kawan pasangan itu kemudiannya dalam keadaan mencurigakan dilihat meninjau sekeliling bagi memastikan tindak-tanduk mereka tidak menarik perhatian ramai.…
Author: Imannina
PONTIAN – Gara-gara menghadapi masalah kewangan, seorang lelaki ditahan kerana membuat laporan palsu mendakwa disamun oleh dua lelaki di Jalan Parit Kassim, di sini, pagi semalam. Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, pengadu yang berusia 30 tahun itu kemudian telah membuat laporan polis yang mendakwa telah diacukan senjata berupa pisau ke arah dirinya. Katanya, selain itu pengadu mendakwa kedua-dua lelaki tersebut telah mengambil wang tunai sebanyak RM300 dan sebuah jam tangan jenama ‘G- Shock ‘. “Hasil siasatan yang dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Pontian, lelaki tersebut ditahan kerana didapati telah membuat satu laporan palsu. “Pengadu telah…
TINDAKAN seorang wanita mencuri sebentuk cincin membawa padah apabila perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) gerai jualan aksesori berkenaan. Difahamkan kejadian dipercayai di Publika Bazaar & Craft Market yang berlansung di Publika, Kuala Lumpur pada Ahad lalu. Melalui satu video tular yang dimuat naik halaman Facebook, We Are Malaysians pada lewat malam Isnin memaparkan wanita itu bersama rakannya sedang membelek-belek item aksesori yang diletakkan di atas meja. Dia juga dilihat mencuba seutas rantai sebelum bereder ke tempat cincin berkenaan diletakkan. Wanita itu kemudiannya mencuba beberapa cincin perak sebelum menyimpan sebentuk cincin berkenaan ke dalam beg tangan yang dijinjitnya. Kemudiannya dia dilihat…
SHAH ALAM – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan memanggil saksi atau individu yang merakam video kejadian kes kebakaran di Wisma Jakel, di sini pada Selasa bagi membantu siasatan. Pengarah Bomba Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya melihat kejadian kali kedua pada awal pagi itu dari pelbagai sudut sama ada berkait jenayah atau sebagainya. Menurutnya, pihaknya telah menggerakkan 43 pegawai dan anggota selain khidmat Unit Anjing Pengesan (K9) bomba. “Kita lihat aspek kebakaran sama ada disebabkan bara sebelum ini (kebakaran kali pertama) atau pendawaian. Tapi pendawaian mungkin boleh diketepikan kerana bekalan elektrik telah ditutup. “Operasi akan berterusan sehingga semua…
PETALING JAYA – Pasangan tidak menyangka individu yang menangkap gambar mereka sewaktu berada di Tasik Cermin rupa-rupanya pelakon terkenal, Remy Ishak. Isterinya, Ezza Rose memuat naik hantaran itu di laman sosial TikTok memaparkan pasangan tersebut yang meminta tolong diambil gambar tanpa mengetahui identiti individu misteri yang begitu gigih menangkap gambar mereka. “Tadi singgah di Tasik Cermin dan terdapat satu pasangan yang meminta tolong diambil gambar. Seperti biasa, suami saya gigih untuk mendapatkan gambar yang cantik. “Semoga pasangan ini gembira dengan gambar mereka kerana mereka juga sebenarnya tidak perasan identiti jurugambar misteri ini,” katanya. Dalam pada itu, pasangan tersebut tampil di…
BEBERAPA pengunjung di sebuah taman tema di Taman Impian Jaya Ancol, Jakarta Utara, Indonesia mengharungi detik cemas apabila permainan ‘Tornado Ride’ yang dinaiki terhenti secara tiba-tiba pada Sabtu. Kejadian itu dipercayai berpunca akibat kerosakan pada bahagian sistem sensor permainan tersebut yang sekali gus menyebabkan alat permainan itu terhenti ketika orang ramai sedang menaikinya. Pejabat Perhubungan Awam Taman Impian Jaya Ancol, Ariyadi Eko Nugroho berkata, mesin permainan itu berhenti mengejut akibat kerosakan pada sistem sensor. “Fungsi pada papan pemuka permainan itu mengalami sedikit kerosakan dan gagal berfungsi dengan tepat sehingga menyebabkan ia terhenti ketika membawa penumpang,” katanya. Susulan kejadian tersebut, insiden…
Gara-gara terpaksa menunggu lama di kaunter bayaran, seorang pelanggan lelaki menimbulkan kekecohan apabila menengking dan mencerca juruwang wanita di sebuah pasar raya Econsave pada Ahad. Ketika kejadian, kaunter berkenaan telah pun ditutup dan pekerja terbabit difahamkan sudah tamat waktu masa bekerja sekitar pukul enam petang. Namun, situasi itu gagal diterima baik oleh seorang pelanggan lelaki yang mendakwa dirinya terpaksa menunggu lama di kaunter tersebut selain sikap biadab juruwang itu juga turut dipertikaikan dalam insiden berkenaan. Menurut perkongsian di laman TikTok peribadi lelaki tersebut, juruwang wanita itu dikatakan sengaja mahu menutup kaunter meskipun dia dan ibunya sudah menunggu lama di situ.…
NGERI. Seorang Jurulatih Kritikal Diserang Harimau Ketika Pertunjukan Sarkas.| ROM – Seorang jurulatih haiwan di Itali diserang oleh seekor harimau semasa pertunjukan sarkas di wilayah Leece, petang Khamis lalu, lapor akhbar MailOnline semalam. Rakaman kejadian memaparkan detik cemas ketika Ivan Orfei, 31, diserang oleh seekor harimau yang berada di sebelahnya ketika dia sedang memberi arahan semasa pertunjukan di Sarkas Marina Orfei di Surbo. Ketika kejadian, harimau tersebut menarik kaki Orfei ke lantai, mengelilinginya sebelum melompat ke belakang lalu membaham leher mangsa. Orfei dikejarkan ke hospital kerana mengalami luka dalam pada leher, kaki dan lengan akibat diserang. Harimau tersebut kemudian diasingkan…
Seorang Wanita Tolak Kanak² Perempuan Jatuh Ke Landasan Kereta Api. | WASHINGTON – Seorang wanita ditahan kerana didakwa menolak seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun ke landasan kereta api di negeri Oregon, Amerika Syarikat (AS) Rabu lalu, lapor akhbar New York Post semalam. Menerusi rakaman televisyen litar tertutup (CCTV), budak perempuan berkenaan dilihat berdiri di sebelah ibunya di sebuah platform apabila serangan itu berlaku. Brianna Lace Workman, 32, yang duduk di belakang dua beranak itu dilihat berdiri dan menolak mangsa, kata pejabat Peguam Daerah Multnomah. Kanak-kanak itu kemudian terjatuh di atas lantai sebelum menggelongsor ke landasan. “Kanak-kanak itu jatuh dengan…
Seorang wanita di Amerika Syarikat (AS) memberitahu polis bahawa ‘syaitan’ telah menyuruhnya membakar bangunan pangsapuri yang dihuni kerana ia ‘berhantu’, lapor akbar Daily Star. Nikea Rivera, 45, ditahan dan didakwa atas kesalahan mencetuskan kebakaran besar di rumahnya yang terletak di Dorchester, Boston pada pukul 11 pagi (waktu tempatan) Selasa lalu. Menurut agensi berita Boston 25, Rivera mengaku bahawa dia telah memulakan kebakaran itu. “Saya terpaksa melakukannya. Rumah itu berhantu. Saya membakar rumah itu. Syaitan menyuruh saya melakukannya, ada hantu di rumah saya,” katanya. Rivera juga dilaporkan memberitahu seorang saksi ketika sedang berjalan meninggalkan kebakaran bahawa: “Saya minta maaf, saya terpaksa…