KLUANG – Kemasukan atau kacau ganggu gajah ke kawasan penempatan bukan perkara pelik kerana ianya berlaku hampir setiap bulan, malah ada yang menggelarkan daerah ini seperti kawasan safari. Pada 16 Disember baru-baru ini, seekor gajah dilaporkan berada di kawasan Pertubuhan Peladang Negeri Johor (PPNJ) di Batu 17 Jalan Kluang – Mersing, manakala kelmarin seekor gajah di kesan berada berhampiran pusat pentadbiran Penjara Kluang. Bagaimana pun, kehadiran gajah yang hanya seekor itu menimbulkan persoalan kepada orang ramai kerana kebiasaannya binatang yang lebih sinonim dengan gelaran sebagai ‘orang kuat’ ini bergerak dalam kumpulan yang banyak. Dalam pada itu, penduduk Kampung Sri Tambak…
Author: Imannina
Seorang remaja lelaki didakwa sengaja merosakkan kamera litar tertutup CCTV di sebuah rumah bagi memudahkan operasi mencuri di Samarahan, Sarawak pada Isnin. Kejadian itu difahamkan berlaku pada pukul 5.30 pagi ketika remaja berkenaan dilihat mengayuh basikal di hadapan rumah terbabit. Tindakan mencurigakan suspek dikesan apabila remaja berbaju putih dan berseluar pendek itu mula memanjat ke arah kamera CCTV terbabit. Selang beberapa minit kemudian, wajah lelaki tersebut terpampang jelas di layar kamera selepas suspek dilihat merosakkan kamera di rumah terbabit. Dikongsikan di laman Facebook, rakaman itu menerima lebih 10,000 jumlah tontonan setakat ini. Difahamkan, pencuri terbabit tidak sempat untuk mencuri dan…
HULU SELANGOR – Mayat kanak-kanak perempuan yang juga mangsa ke-25 kejadian tanah runtuh Father’s Organic Farm di Jalan Batang Kali-Genting Highlands di sini, ditemui di bawah runtuhan tanah sedalam 17 meter di Sektor C (Riverside), malam tadi. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, mangsa ditemui pada pukul 10.49 malam tadi disebalik batu besar selepas tanah runtuh berkenaan dikorek menggunakan jengkaut. Menurut Hafisham, Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) sebelum ini hanya mengorek tanah runtuhan sedalam tujuh hingga lapan meter sebelum beralih ke lokasi lain disebabkan terdapat batu besar. “Sebelum ini kita korek dalam…
Tindakan seorang pemandu kereta jenis Proton Wira yang melanggar dan merempuh penunggang motosikal di Jalan Sutera Tanjung, Taman Sutera Utama, Johor Bahru, Johor pada Isnin mengundang perhatian ramai. Ketika kejadian, pemandu tersebut difahamkan terlebih dahulu ditahan kedua-dua penunggang p-hailing terbabit akibat perselisihan faham yang berlaku di laluan berkenaan. Salah seorang daripadanya dilihat menjerit dan mendesak suspek supaya turun dari kenderaannya, namun situasi kian meruncing apabila pemandu itu mula membuat pusingan U dan merempuh salah seorang penunggang terbabit. Punca sebenar kejadian masih belum diketahui namun ada pihak mendakwa situasi itu berpunca akibat salah faham yang tercetus di laluan berkenaan hingga menyebabkan…
Isu penderaan rumah tangga kerap berlaku kebelakangan ini dan masalah itu sering dihadapi khususnya melibatkan kaum wanita. Meskipun perbuatan itu dianggap sebagai satu kesalahan besar di sisi undang-undang, ia masih gagal dibendung apabila kita sering dikhabarkan dengan berita penderaan isteri yang menjadi mangsa dera insan bergelar suami. Situasi itu boleh digambarkan menerusi video tular di laman media yang memaparkan seorang lelaki dilihat memukul isterinya berulang kali akibat pergaduhan rumah tangga. Suspek yang dikenali sebagai Raphael Abatey didakwa telah membelasah dan menghentak kepala isterinya dengan pintu peti sejuk rumahnya tanpa belas kasihan. Tersentak dengan perbuatan lelaki tersebut, si perakam video turut…
Johor Bahru: Warga emas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan melakukan amang seksual dan cuba menghasilkan bahan pornografi kanak-kanak perempuan, tiga tahun lalu. Goh Heng Hong, 67, yang masih bujang dan bertongkat mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan itu dibacakan jurubahasa mahkamah dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh yang bekerja sebagai kelindan van sekolah didakwa dalam persediaan untuk menghasilkan suatu bahan pornografi kanak-kanak perempuan yang ketika itu berusia lapan tahun. Perbuatan dilakukan di dalam van sekolah antara Mac hingga Julai 2019, di daerah ini dan kesalahan didakwa…
PETALING JAYA – Sebanyak 228 pencawang di Terengganu ditutup, berikutan keadaan hujan lebat dan banjir ketika ini. Tenaga Nasional Berhad (TNB) Careline menerusi kenyataan di Facebook berkata, tindakan itu diambil demi keselamatan pengguna setempat. “Kawasan yang masih belum mendapat bekalan elektrik ekoran penutupan bekalan oleh TNB demi keselamatan pengguna setempat ialah di tiga daerah iaitu di Kemaman, melibatkan 173 pencawang, Kuala Berang (50) dan Setiu (5),” katanya. Katanya, usaha-usaha sedang giat dijalankan bagi memastikan bekalan elektrik di kawasan-kawasan terlibat dapat disalurkan secara berperingkat, namun bergantung kepada akses dan keadaan setempat. “Sekiranya banjir semakin bertambah buruk, berisiko serta membahayakan keadaan, penutupan…
Serdang: Seramai 16 individu direkod keterangan berhubung dakwaan murid dikasari ketika menghadiri kem motivasi di daerah ini, akhir November lalu. Ketua Polis Daerah Serdang Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, 16 individu berkenaan terdiri daripada 10 murid, tiga wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menganjurkan kem berkenaan serta tiga wakil pihak sekolah. “Kertas siasatan sudah diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Selasa lalu untuk tindakan lanjut. “Setakat ini, belum ada sebarang tangkapan dibuat dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika ditemui selepas lawatan di Pusat Jagaan Rumah Juara, di sini, hari ini. Sebelum ini, sebuah portal berita melaporkan kira-kira 60 murid…
Ini Hukuman Kepada Lelaki Yg Lakukan Gangguan S3ksu@l. | Sebuah video memaparkan hukuman ke atas lelaki yang melakukan kesalahan besar di sebuah pusat pengajian tinggi tular di media sosial. Video tersebut memaparkan, lelaki tersebut bukan sahaja diikat di pokok, malah disiram dan dipaksa minum air kencing sebelum dibogelkan. Difahamkan, hukuman tersebut dilaksanakan gara-gara lelaki itu melakukan gangguan seksual di Universiti Gunadarma, Depok, dekat Jawa Barat, Indonesia. Sehingga Rabu, video tersebut mendapat 5,708 komen, 7,240 perkongsian (retweet) dan 33,800 tanda suka (likes) oleh pengguna laman Twitter. Mangsa gangguan seksual berkongsi pengalaman pahit yang dialami menerusi akaun @sbcdyougoblog di Twitter. Menerusi perkongsian itu, mangsa…
Kuantan: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Pahang menasihati orang ramai supaya tidak menghampiri sebatang jalan yang juga lokasi terakhir seekor buaya tembaga dilihat di Kampung Air Hitam di sini, kelmarin. Pengarah Perhilitan Pahang Rozidan Md Yasin berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan reptilia itu berada di kawasan semak di situ, yang kini ditenggelami banjir. Menurutnya, kakitangan Perhilitan daerah sudah meninjau kawasan terbabit sebelum sebarang tindakan dibuat. “Semalam, kita dapati ramai remaja dan kanak-kanak berada di kawasan itu bagi melihat lebih dekat sambil bermain air di lokasi buaya berkenaan ditemui. “Kami minta orang ramai supaya tidak berada di lokasi…