Penonton Bola Sepak Indonesia Mengamuk Perlawanan Ditangguh Krn Azan Maghrib | PERLAWANAN bola sepak Liga Perdana di negara jiran bertukar kecoh yang menyaksikan seorang anggota polis hampir menjadi mangsa amukan para penyokong. Anggota penguatkuasa itu ‘diserang’ penyokong gara-gara melepaskan tembakan amaran ke udara untuk meleraikan kekecohan yang timbul dalam kejadian di Bireun, Aceh, Indonesia, pada 12 Mei lalu. Dalam satu video tular, polis tersebut dilihat dikerumuni penyokong yang kelihatan marah selain dibaling dengan objek seperti botol air mineral. Apabila keadaan semakin tidak terkawal, ada orang awam lain bertindak melindungi polis itu dan segera mengiringinya keluar ke tempat lebih jauh daripada kumpulan…
Author: Imannina
Tunggu Makanan Lambat Siap, Pelanggan Serang Pekerja Restoran | WASHINGTON – Seorang pelanggan sebuah restoran di Washington, Amerika Syarikat (AS) mengamuk apabila hidangan taco yang dipesannya tidak dimasak dengan pantas, lapor akhbar New York Post semalam. Seorang pekerja wanita Restoran Chipotle memberitahu laman berita Fox 5 bahawa pelanggan itu bertindak ganas selepas cuba merampas taco dari tangannya. “Dia cuba merampasnya (taco), namun gagal sebelum saya membuangnya ke dalam tong sampah. Dia kemudian menjadi marah,” kata pekerja itu yang enggan identitinya didedahkan. Rakaman kejadian memaparkan pelanggan tersebut cuba merampas kotak makanan ketika pekerja itu cuba menghidangkannya. Setelah pekerja tersebut membuang taco…
Penunggang Motosikal 22 Tahun M4ut Kemalangan 8 Kenderaan | REMBAU – Seorang penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan lapan buah kenderaan di Kilometer 222.7, Lebuh Raya Utara-Selatan (arah Utara), di sini, awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu, mangsa, Muhammad Alif Danial Muhamad Zamri, 22, yang beralamat di Kampung Sesapan Batu Rembau, Beranang, Selangor, disahkan maut oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian. Menurut Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad, kemalangan berkenaan membabitkan lapan buah kenderaan iaitu lima buah motosikal jenis Yamaha Y16ZR, kereta jenis Nissan Almera, Perodua Myvi dan Toyota Yaris.…
BALIK PULAU – Polis menahan lima pelajar senior tingkatan lima di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di sini bagi membantu siasatan kes buli membabitkan seorang pelajar tingkatan tiga di tandas lelaki sekolah itu, Jumaat lalu. Kejadian berlaku kira-kira pukul 11 malam itu dipercayai akibat mangsa turun lewat untuk menunaikan solat subuh. Difahamkan, mangsa mengalami luka kecil pada bahagian badan selepas dipukul menggunakan kaki serta tangan oleh kumpulan senior terbabit. Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal telah mengesahkan menerima laporan dan tangkapan pelajar tersebut. Menurut beliau, tangkapan dibuat pada hari sama selepas pihak polis menerima laporan daripada…
Ketua Pemuda PAS Kirim Surat Terbuka, Tegur Khairul Aming Bersungguh Beli Tiket Coldplay | Kejayaan influencer, Khairul Aming mendapat tiket konsert Coldplay tempoh hari sememangnya membuat ‘iri’ ramai peminat band dari British itu. Namun begitu, bukan semua pihak teruja dengan kehadiran Coldplay pada November depan apabila sesetengah pihak dari parti politik telah membantah kehadiran tersebut sehingga secara terang-terangan menentang penganjuran konsert itu. https://twitter.com/khairulaming/status/1658324256760164353?s=20 Salah seorang daripadanya ialah Ketua Pemuda PAS Kelantan, Mohamad Kamal Mohamed yang melayangkan surat terbuka kepada influencer terbabit sebagai satu luahan kekecewaan kerana beranggapan Khairul Aming mempromosikan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT). Ujarnya, dia berasa sangat sedih dan terguris hati apabila membaca posting yang dibuat Khairul Aming berkenaan konsert Coldplay.…
Buat Terjunan Di Lata Berangin Setinggi 3 Meter, Buruh M4ut Kepala Terhantuk Batu | KOTA BHARU – Keseronokan seorang buruh yang membuat terjunan setinggi tiga meter semasa mandi Lata Berangin di Kuala Krai dekat sini semalam berakhir tragedi apabila ditemui maut selepas kepalanya terhantuk pada batu sungai. Mangsa, Muhammad Syarzmer Mohd. Rodi, 32, disedari meninggal dunia di lokasi kejadian selepas pengunjung melihat darah mengalir pada permukaan air selepas dia terjun ke dalam kawasan lata tersebut. Kakak ipar mangsa, Mazlinda Leo Azaman, 33, berkata, dia menyedari kejadian selepas melihat beberapa pengunjung berada dalam keadaan kelam kabut selepas melihat darah. Menurutnya, dia…
Penduduk Kampung Gempar Jumpa M4yat Tidak Dikenali Dalam Semak | DUNGUN – Penduduk Kampung Seberang Pintasan di sini gempar dengan penemuan mayat seorang lelaki di kawasan semak perkampungan tersebut hari ini. Mayat berkenaan ditemui oleh nelayan, Mohd Yusoff Abd Ghani, 61, yang kebetulan melalui kawasan tersebut dengan bermotosikal pada pukul 9.40 pagi. Mohd. Yusoff berkata, dia yang dalam perjalanan ke pantai berhampiran menghentikan motosikalnya sebaik ternampak objek mencurigakan tersebut. “Terkejut saya apabila mendapati objek itu sebenarnya mayat lelaki yang sedang terbaring dalam keadaan lututnya terangkat. Mayat tersebut cuma berseluar panjang. Saya memaklumkan penemuan tersebut kepada pihak polis,” katanya di sini…
Pesara Polis M4ut Kereta Diseret 30 Meter Oleh Trak Pikap | KOTA BHARU – Seorang pesara polis maut apabila kereta yang dipandunya diseret kira-kira 30 meter selepas dirempuh sebuah trak pikap semasa pusingan U di Jalan Kota Bharu-Terengganu dekat Melor di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira pikul 10 pagi itu, mangsa, Che Mohd. Noor Awang, 63, meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala. Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan mendapati, mangsa memandu kereta jenis Perodua Viva sedang dalam perjalanan dari arah Melor ke Kubang Kerian. “Semasa tiba di…
Lelaki Bengang ‘Disidai’, Wanita Sikap Penting Diri Tinggal Kereta | PETALING JAYA – Seorang lelaki meluahkan rasa kesal terhadap sikap pentingkan diri seorang wanita yang membuatnya tertunggu di sebuah stesen minyak baru-baru ini. Menerusi perkongsian di Facebook Mark Adam, dia sangat kesal kerana selepas wanita itu mengisi minyak, dia terus meninggalkan keretanya untuk melakukan hal lain dan membiarkan pengguna lain tertunggu-tunggu. “Alahai kakak, hendak basuh tangan ke, kaki ke, alih lah kereta tu dulu. Ini siap pergi bersembang dengan kawan lagi. Kasihan kawan (pemilik) belakang tunggu hendak isi minyak,” katanya di kapsyen. Menurut pemilik lagi, tindakan wanita tersebut sangat menyusahkan…
4 Pelajar Termasuk 2 Penuntut Universiti Ditahan Slps Pukul Pelajar Tingkatan 3 | Sibu: Dua pelajar dan dua penuntut ditahan selepas dipercayai menyerang pelajar tingkatan tiga di kawasan parkir kereta Jalan Intan di sini, kelmarin. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili berkata, tangkapan itu susulan laporan dibuat pelajar berusia 15 tahun pada 8.52 malam Isnin lalu. “Berdasarkan laporan, pelajar terbabit memaklumkan dia dipukul berapa individu termasuk pelajar sekolah sama di kawasan parkir kereta. “Susulan itu, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu melakukan empat tangkapan di beberapa lokasi antara 9 hingga 11 malam yang sama. “Kesemua…