Author: Nur Imannina Mohd Shokri

PETALING JAYA – Wanita meminta bantuan orang awam yang memiliki maklumat berkenaan kes langgar lari di Lebuh Raya Persekutuan untuk tampil membantu mengesan pemandu Perodua Axia yang merempuhnya. Menurut perkongsian dimuat naik oleh Shannon Lee di media sosial, kejadian tersebut dipercayai berlaku berhampiran laluan keluar kawasan bebas di lebuh raya berkenaan. “Insiden langgar lari yang berlaku pada jam 1:33 pagi tadi melibatkan sebuah kereta Perodua Axia dipercayai akibat pemandu berlumba dan menukar lorong sekali gus menyebabkan cermin sisi kereta mengalami kerosakan teruk. “Malangnya, saya tidak sempat melihat nombor plat kenderaan tersebut. Jika ada sesiapa berada di lokasi kejadian ketika itu…

Read More

PADA minggu lalu, sebuah restoran mamak di Klang, Selangor didakwa gagal mengekalkan tahap kebersihan makanan apabila dilihat menyediakan bahan masakan di atas jalan tar di belakang kedai. Tindakan pekerja dipercayai tukang masak yang menggaul adunan ayam di situ mengundang rasa jijik warganet apabila menggunakan bekas masakan kotor selain menyediakan makanan di kawasan yang tidak sesuai. Terbaharu, kedai mamak sekali lagi menjadi bualan masyarakat selepas satu video tular memaparkan seorang lelaki sedang menikmati makanan terkejut terjumpa ulat dalam juadahnya. Insiden menggelikan itu dimuat naik oleh Aqil1 melalui akaun Tiktoknya. “Mamak lagi. Sapa yang tahu, tahu la kedai ini. Nak termuntah,” tulisnya. Dalam video…

Read More

Isu cop parkir bukanlah satu perkara asing di negara ini. Ramai penduduk kediaman jenis bertingkat sering menghadapi masalah ini, lebih-lebih apabila berhadapan dengan segelintir jiran yang mementingkan diri sendiri. Dalam satu hantaran Facebook Penang Press, seorang penduduk flat menerima satu nota yang ditinggal pada cermin kereta yang mengarahkannya untuk mengalih kereta sebab penulis nota itu mendakwa dia meletakkan motosikal di situ kerana itu parkir miliknya. Manakala dalam satu hantaran lain pula, kelihatan beberapa kotak parkir kosong telah diletakkan bekas isi air, tong baldi cat, dan kotak sebagai tanda parkir-parkir itu ‘bertuan’. “Duduk flat saja tapi sikap dan perangai selera condo pulak…

Read More

Ayam goreng KFC merupakan salah satu makanan segera yang menjadi pilihan orang ramai tidak kira golongan umur. Bagaimanapun sejak kebelakangan ini saiz ayam yang kecil telah mendatangkan kegusaran orang ramai. Terbaharu, YB Lim Lip Eng terkejut apabila mendapati saiz ayam goreng yang dibeli di KFC cumalah sebesar peket sos cili sahaja. “Saya ada terlepas apa-apa ke?” ujar beliau yang sudah lama tidak makan KFC dan tertanya-tanya sama ada saiz ayam goreng itu merupakan saiz standard pada masa sekarang. https://twitter.com/limlipeng/status/1614504317607907330?s=20&t=OurDGrjIAVx7rIo1q15ZPg Ciapan beliau menerima maklum balas daripada netizen yang sudah cukup kecewa dan ‘patah hati’ untuk membeli ayam goreng dari restoran makanan…

Read More

Ipoh: Perak melaporkan empat kes penyakit demam babi Afrika (ASF) melibatkan dua daerah dari Disember hingga awal tahun ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Sumber Manusia, Kesihatan dan Hal Ehwal Masyarakat India negeri, A Sivanesan. Beliau berkata, tiga kes positif ASF dikesan pada ternakan babi komersial iaitu satu di ladang di Bidor (daerah Batang Padang) dan dua lagi di Sungai Siput (daerah Kuala Kangsar) antara Disember dan 3 Januari lalu. “Pada 13 Januari, satu lagi kes positif ASF dikesan di daerah Kuala Kangsar. Kes dikesan hasil survelan dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Perak dalam radius 10 kilometer (km) dari ladang yang…

Read More

SEORANG wanita menceritakan berhadapan situasi genting apabila diekori penunggang motosikal dan kenderaannya menjadi mangsa perbuatan khianat oleh suspek, baru-baru ini di Johor Bahru, Johor. Menceritakan semula hari kejadian di laman aplikasi TikTok miliknya, wanita tersebut bersama rakannya hadir ke kawasan terbabit untuk menghadiri sesi temuduga. Namun ketika dia bersama rakannya berada di kawasan kejadian, seorang lelaki mengekori mangsa sambil memerhatikan pergerakan mereka dengan menunggang motosikal. Selepas mengekori mangsa bersama rakannya, penunggang motosikal itu kemudiannya datang ke arah kereta wanita terbabit dan terus baling dengan batu ‘block’. Suspek kemudiannya beredar dari kawasan terbabit selepas melakukan perbuatannya itu. Menurut wanitan itu, beberapa saksi…

Read More

SEORANG pemandu kenderaan jenis Perodua Ativa nyaris maut apabila sebatang besi dipercayai lebih muatan sebuah lori melambung ke arah kereta miliknya di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Rawang, Selangor, pada Jumaat. Kejadian berbahaya tersebut berjaya dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) kereta pemandu tersebut sebelum mula tular pada Ahad. Menerusi rakaman video terbabit, sebuah lori di lorong sebelah kiri dipercayai membawa barangan lebihan muatan dan hanya tutup belakang lori menggunakan kanvas. Namun, kanvas terbabit dilihat tidak menutupi keseluruhan muatan tersebut ditambah dengan faktor kelajuan angin menyebabkan besi itu terkeluar dan kemudiannya terpelanting dan menusuk cermin kereta mangsa. Bedasarkan rakaman dan gambar yang tular di media…

Read More

KLANG – Seorang parah manakala empat yang lain cedera dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan di Jalan Sungai Putus, Kampung Batu Belah Klang di sini pada Ahad. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Datuk Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 7.13 pagi. “Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Pinang dengan kekuatan seramai tujuh anggota dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba pada jam 7.20 malam. “Kemalangan melibatkan dua buah kereta jenis Proton Saga dan Perodua Kancil, sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Navara dan sebuah motosikal dari arah Pelabuhan Klang menghala…

Read More

JOHOR BAHRU, 14 Jan (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dipercayai mengganggu dua wanita sedang menaiki motosikal di Jalan Skudai, Pantai Lido di sini seperti dalam rakaman video yang tular di media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata berdasarkan siasatan, video kejadian itu dirakam pada 9.42 malam, Rabu lepas. Beliau berkata dua lelaki berusia lingkungan 20-an yang menaiki motosikal jenis Yamaha Y16Z dari arah Skudai menghala ke Johor Bahru itu telah mengganggu kedua-dua mangsa sehingga menimbulkan perasaan takut dan trauma. “Bagaimanapun, dalam kejadian tersebut tiada sebarang kecederaan dialami mangsa. Kedua-dua lelaki berkenaan berjaya dikesan dengan seorang…

Read More

ACEH – Seorang penjual ayam dikenali sebagai Abdullah yang merupakan penduduk di Gampong Lampoeh Krueng, Aceh tidak sengaja menetak ibu bapanya selepas pemintaan untuk diberikan wang bagi urusan pernikahan tidak dipenuhi mereka, lapor agensi berita ANTARA semalam. Pegawai polis Kota Sigli, Benny Eka Permana berkata, kejadian bermula ketika lelaki berusia 32 tahun itu meminta wang sebanyak 5 juta rupiah (RM1,423) untuk urusan pernikahannya malam kelmarin. Bagaimanapun, permintaan itu tidak dapat dipenuhi oleh ibu Abdullah, menyebabkan dia berasa kecewa dan ketika bersama adik lelakinya, dia cuba menghayunkan sebilah parang ke arah saudara kandungnya itu. Namun, parang itu tidak mengenai adiknya. Ia…

Read More