Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

‘Scammer’ Guna Taktik Baru, Beri Kad Kahwin Digital. | SHAH ALAM – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran meragukan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, pelbagai taktik baharu dilakukan pihak scammer bagi memperdaya orang ramai. Beliau berkata, pihaknya mengesan taktik terbaharu scammer menerusi hantaran jemputan majlis perkahwinan yang disebar melalui aplikasi WhatsApp. Kad kahwin digital semakin popular “Taktik baharu itu meminta orang ramai untuk melakukan ‘klik’ (tekan) pada link yang disediakan bagi mendapatkan kad jemputan kahwin. “Namun itu satu helah dan cara scammer untuk…

Read More

Pekerja Pembersihan Tikam Kawan Sebab Gaji Kutip Sampah Tak Adil | AMPANG JAYA – Gara-gara tidak puas hati jualan sampah dikumpul tidak dibahagi sama rata, sekumpulan lelaki warga asing bertindak menikam rakan senegara di Tepi Jalan Pandan Cahaya 2/2, Pandan Cahaya, di sini, Jumaat lalu. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan seorang lelaki berusia 39 tahun yang juga pekerja pembersihan ditikam sekitar pukul 10 malam. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sekitar pukul 9 malam ketika mangsa baru sahaja pulang daripada majlis kenduri rumah majikannya di Kampung Pandan dan terus ke Jalan Cahaya untuk…

Read More

(VIDEO) Pasangan Warga Asing Berang, Minta Sedekah Tidak Dihiraukan | SIKAP prihatin rakyat Malaysia terhadap golongan susah seringkali disalah guna oleh segelintir pihak terutamanya warga asing untuk meminta sedekah meskipun mereka sebenarnya cukup sihat untuk bekerja. Tular satu video memaparkan satu pasangan dipercayai warga asing datang ke sebuah kedai makan untuk meminta sedekah kepada pelanggan di premis tersebut. https://www.tiktok.com/@majoritiofficial/video/7246317128012287233?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7156424473078531586 Namun menerusi rakaman berkenaan, pelanggan-pelanggan berkenaan dipercayai tidak menghulurkan wang kepada pasangan berkenaan. Selalu datang tapi tak dihiraukan Difahamkan menurut perakam video tersebut, mereka pernah datang ke kedai berkenaan beberapa kali untuk meminta sedekah, namun ia tidak membuahkan sebarang hasil. Setelah gagal…

Read More

(VIDEO) Tak Puas Hati Motosikal Dialihkan Tuan Kedai, Lelaki Siap Doakan Kedai Bankrap | HANYA kerana mengalihkan kenderaan yang menghalang perniagaan sebuah kedai di Muar, Johor, seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi sanggup mendoakan peniaga tersebut bankrap. Kejadian tersebut dirakam dan dimuat naik oleh pengguna Facebook Zahedy Zakaria yang mendakwa sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi atau big bike datang ke Muar r untuk makan sate di sebuah kedai dan meletakkan kenderaan di kaki lima premis tersebut. Ugut mahu tumbuk Katanya, selepas motosikal tersebut dialih, seorang penunggang motosikal daripada kumpulan berkenaan marah dan dipercayai ingin menumbuk peniaga tersebut kerana tidak puas hati dengan tindakan individu terbabit. “Bila…

Read More

Ditegur Bising, Anak Kelar Ibu 73 Tahun Guna Kapak Hingga Mati | MUAR – Berang ditegur kerana membuat bising, seorang lelaki sanggup bertindak kejam memukul dan kelar ibunya sendiri menggunakan kapak serta pisau sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Temiang Utama, di sini malam semalam. Dalam kejadian pada pukul 8.20 malam itu, mangsa yang berusia 73 tahun meninggal dunia dengan kesan kelar pada leher serta kepala. Mengamuk selepas ditegur Menurut Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz, Kejadian berlaku dipercayai akibat tindakan mangsa menegur suspek kerana membuat bising, menyebabkan suspek mengamuk dan memukul kepala mangsa…

Read More

5 Remaja Usia 14-15 Tahun Baling Batu Di Lebuh Raya Ditahan | SEREMBAN – Lima remaja lelaki yang dipercayai terlibat dalam kes insiden membaling batu ke arah sebuah lori di Kilometer 253.3 Lebuh Raya Senawang Seremban di sini, Isnin lalu seperti yang tular di media sosial telah berjaya ditahan polis. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, kelima-lima suspek berusia 14 hingga 15 tahun ditahan di lokasi berasingan sekitar Seremban. “Hasil operasi dan maklumat, pada pukul t hingga 7 petang semalam sepasukan Anggota Respon Team Balai Polis Senawang telah berjaya membuat tangkapan ke atas lima lelaki untuk siasatan…

Read More

Pelajar Tingkatan 3 Diserang Strok Haba Akibat Aktiviti Larian Sekolah | KUANTAN – Gara-gara melakukan aktiviti larian dalam cuaca panas menyebabkan seorang pelajar tingkatan tiga sebuah sekolah di Pekan mengalami strok haba. Pengarah Kesihatan Negeri, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, pelajar lelaki berusia 15 tahun itu didapati tidak sedarkan diri semasa melakukan aktiviti larian sejauh lebih empat kilometer. “Pemeriksaan awal di Hospital Pekan mendapati pesakit telah mengalami simptom seperti suhu badan terlampau tinggi iaitu melebihi 39 darjah Celsius, degupan jantung meningkat serta percakapan dan fungsi otak terjejas. “Pesakit telah diberi rawatan hidrasi dan rawatan ‘supportive,’” katanya di sini, hari…

Read More

Budak 9 Tahun Malu Ke Sekolah Kerana Ada Penyakit Kulit, Perlu Pakai Lampin | KOTA BHARU – Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang menderita penyakit kulit rapuh atau Epidermolysis Bullosa malu ke sekolah selepas terpaksa memakai lampin pakai buang sepanjang masa. Ibunya, Norazielawani Zi, 39, berkata, keadaan itu membuatkan dia sukar untuk memujuk anak sulung daripada dua beradik itu, Muhammad Faris Amsyar Mohd Zurairi untuk ke sekolah selepas merasa rendah diri selain trauma dengan penyakit tersebut. “Muhammad Faris malu sebab tidak sama macam orang lain. Perkataan itulah yang sering diucapkan setiap kali bercakap tentang sekolah. Dia hanya berkurung di…

Read More

Bayi Baru Lahir Seberat 3 Kilogram Dibuang Atas Reban Ayam | LAHAD DATU – Seorang lelaki terkejut apabila menemui bayi lelaki dibuang baru sahaja dilahirkan di atas reban ayam miliknya di kawasan Kampung Jawa, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad berkata, pihaknya menerima laporan kejadian tersebut pada pukul 6.30 pagi sebelum menghantar sepasukan polis ke lokasi kejadian. “Siasatan mendapati, bayi itu dipercayai baru dilahirkan dan ditinggalkan tanpa sebarang pakaian di atas reban ayam milik seorang penduduk kampung berkenaan. “Bayi seberat tiga kilogram kemudian dibawa ke Hospital Lahad Datu bagi mendapatkan rawatan…

Read More

Berbakti Hingga Akhir Hayat, Pelajar 11A SPM Imamkan Solat Jenazah Ibu | PETALING JAYA – Seorang pelajar cemerlang berbakti sehingga ke akhir hayat apabila mengimamkan solat jenazah ibunya sendiri selepas tiga hari menyambut kegembiraan beroleh keputusan 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook, Yuhanis Azam, yang tular sejak semalam, ramai berasa kagum dengan ketabahan dan kecekalan anak soleh itu walaupun berdepan dengan ujian yang sangat hebat. “Bila ayahnya meninggal dunia, dia ambil alih menjaga ibunya yang sakit. Di saat dia menerima berita gembira berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam SPM, Allah menjemput ibunya pulang. “Malahan, dia menjadi…

Read More