Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

Seorang lelaki yang sanggup membahayakan nyawanya dengan melintas di tengah-tengah kesesakan jalan raya tular di media sosial. Dalam kejadian itu, Zachary Sibert, 29, melakukan perbuatan tersebut semata-mata bagi mengelak dikejar oleh pihak polis ketika sekatan jalan raya (roadblock) di Florida, Amerika Syarikat (AS). Lelaki itu didakwa memandu dengan kelajuan 110 kilometer sejam, manakala lesennya didapati digantung selepas ditangkap memandu secara berbahaya sebelum ini. Dia dipercayai mengelak kenderaan lain dengan mengambil inspirasi daripada permainan video Frogger. Menerusi video dikeluarkan oleh polis Brevard County pada Jumaat, Sibert menganggap bahawa tindakan mengelak kenderaan lain yang dipandu laju adalah alternatif yang lebih baik daripada…

Read More

Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun dan tiga sebatan ke atas seorang lelaki atas pertuduhan hidup hasil daripada persundalan isterinya, hujung bulan lalu. Hakim Rushan Lutfi Mohamed menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh membuat pengakuan berkenaan sejurus fakta kes dibacakan. Mengikut pertuduhan, tertuduh didapati hidup sepenuhnya atau sebahagiannya daripada hasil persundalan seorang wanita berusia 35 tahun di sebuah hotel di Kuala Pilah pada jam 1.30 tengah hari, 30 Oktober lalu. Dengan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 372A(1) Kanun Keseksaan dan jika disabitkan, boleh dihukum penjara maksimum 15 tahun dan dengan sebatan dan boleh…

Read More

Kasih seorang nenek tidak bertepi apabila tabah menjaga dan menguruskan cucu sulung perempuan yang terlantar akibat penyakit saraf otak sejak lebih sedekad lalu. Rohana Ariffin, 57, berkata, biarpun keadaan kesihatannya tidak begitu baik selepas menjalani pembedahan kedua-dua lutut, namun selagi bernyawa, dia tidak sesekali akan membiarkan cucunya, Nur Aleeya Ammar, 12, dijaga oleh orang lain. “Saya tak sanggup biarkan cucu dijaga orang lain selepas apa yang berlaku sebelum ini. Anak istimewa itu memerlukan perhatian khusus. “Aleeya tidak boleh berdiri atau duduk kerana tubuhnya lembik. Dia kerap mengalami sawan tarik hingga terpaksa diikat untuk mengelak kakinya mengeras dan bengkok. “Dia perlu…

Read More

Seorang pesohor TikTok di Amerika Syarikat (AS) mengalami detik menakutkan apabila seorang lelaki yang dikenali dalam satu temu janji mengintipnya menggunakan peranti AirPods, lapor akhbar Daily Star semalam. Cory mendakwa bahawa lelaki yang hanya ditemuinya beberapa kali itu telah meletakkan AirPods ke dalam begnya dan menjejaki lokasinya menggunakan sistem kedudukan global (GPS). “Saya berasa pelik terhadap lelaki ini dari awal lagi,” demikian kapsyen video yang dimuat naik dalam akaun TikTok @corrrryyy. Cory berkata, dia telah bertemu dengan lelaki itu di sebuah gimnasium di Los Angeles. Selepas menemui AirPod di dalam begnya, Cory berasa pelik apabila lelaki itu tidak menghubunginya untuk…

Read More

Lebih 200 penduduk di Kampung Batu 6, di sini, resah apabila kerap terputus hubungan berikutan jambatan sementara yang dibina sering tenggelam jika hujan lebat. Jambatan itu turut menghubungkan Kampung Batu 6 ke Kampung Batu 5 dan menjadi laluan utama penduduk untuk ke Bandar Gua Musang. Penduduk, Suzili Sulaiman, 46, berkata, sejak bulan lalu, jambatan sementara yang dibina setinggi dua meter dari sungai terbabit kerap tenggelam kerana hujan lebat. “Selepas air surut, kami akan bergotong-royong membersihkan jambatan terbabit kerana berlumpur selepas dinaiki air dan membahayakan pengguna laluan itu. “Keadaan ini merisaukan kami kerana memberi kesan kepada pembelajaran anak-anak, di sini, terutama…

Read More

Seorang lelaki nyaris rentung selepas kereta dipandunya bertembung dengan sebuah kenderaan lain sebelum terbakar dalam kemalangan di Batu 3 Jalan Bakri, di sini tengah malam tadi. Dalam kejadian pukul 12.30 tengah malam itu, kemalangan melibatkan pemandu kereta jenis Honda Civic berusia 31 tahun dan kenderaan mewah jenis Jaguar yang dipandu pemuda berusia 32 tahun. Komander Operasi dari Balai Bomba Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Kanan II Heza Aris berkata, eksiden itu menyebabkan kereta Honda Civic terbabit terbakar sehingga 90 peratus. “Pemandu kenderaan itu hanya mengalami kecederaan selepas berjaya keluar dengan sendiri. Manakala, pemandu kereta Jaguar pula selamat,” katanya di sini hari…

Read More

Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PKK) Kementerian Dalam Negeri (KDN) Selangor merampas sejumlah 3,823 naskhah, bahan dan hasil penerbitan al-Quran khususnya dari Indonesia menerusi Ops Naskhah bermula 1 Oktober hingga semalam. Turut dirampas adalah 943 filem di dalam format cakera video digital (DVD) dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM110,221.19. Pengarah Bahagian PKK KDN Selangor, Ahmad Hilmi Said, berkata rampasan berkenaan adalah hasil risikan dan operasi bahagian PKK dengan bahan-bahan yang dirampas itu tidak melalui atau melepasi tapisan Lembaga Pengawalan dan Pelesenan Pencetakan al-Quran (LPPPQ) dan Lajnah Tashih al-Quran dalam negara. “Hasil pemeriksaan juga mendapati naskhah al-Quran yang dirampas itu mengandungi penulisan ayat…

Read More

“Belum pernah terjadi kejadian macam ini, memang takut sangat, tak dapat bayangkan kalau jadi yang lebih buruk ketika sedang tidur,” kata mangsa tebing runtuh, Fazira Salim. Fazira, 26, berkata demikian ketika diminta menceritakan detik mencemaskan selepas sebahagian besar tebing rumah didiaminya bersama suami dan dua adik ipar di TSJ 10, Taman Sri Jelok, di sini runtuh. Menurut Fazira, kejadian berlaku kira-kira jam 1 pagi sewaktu hujan lebat dan arus air deras di longkang besar bersebelahan rumah. “Ketika itu, saya dalam bilik tidur tetapi belum terlena kerana sedang asyik bermain telefon. “Suami pula sudah tidur di sebelah dan tiba-tiba terdengar bunyi…

Read More

“Hanya maut saja dapat memisahkan, sama ada saya pergi dulu atau kucing,” kata pemilik dan pencinta kucing, Mohd Baharim Abu Bakar. Mohd Baharim, 44, yang menetap di Kota Kemuning, di sini, pernah bekerja sebagai Eksekutif Pembangunan Perniagaan di sebuah syarikat swasta selama lebih 10 tahun dengan pendapatan lima angka. Biarpun sudah hidup selesa, dia nekad berhenti kerja enam tahun lalu kerana mahu mencari kepuasan dalam menjaga dan menguruskan kucing. Bukan hanya kucing normal malah Mohd Baharim turut menyelamat dan memelihara kucing buta serta lumpuh yang diambil dari jalanan. Dia tidak berseorangan sebaliknya dibantu isteri, Nur Hanariawati Mohd Najib, 42, dan…

Read More

Kegembiraan ibu bapa menyambut kelahiran anak kedua selepas kehilangan anak pertama bertukar suram apabila bayi mereka disahkan menghidap penyakit jantung. Bagaimanapun, Che Muhammad Azri Che Noordin, 26, dan Syafiqah Walmasri, 23, tetap mengharapkan anak kesayangan mereka, Che Nur Ayesha Inara pulih dan membesar dengan sihat. Che Nur Ayesha Inara berusia tiga bulan menghidap ‘transposition Great arteries’ (TGA) atau injap jantung terbalik dan perlu menjalani pembedahan di Hospital Gleneagles, dengan anggaran kos RM120,000. Syafiqah berkata, dia dan suami gembira apabila disahkan mengandung anak kedua selepas anak sulung meninggal dunia kerana kelahiran pramatang. Katanya, Che Nur Ayesha Inara dilahirkan secara normal pada…

Read More