Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila seorang pendakwah bebas, Ustazah Siti Afifah mengeluarkan kenyataan mendakwa seorang golongan suami ‘dayus’ jika benarkan doktor lelaki uruskan isteri bersalin. Meskipun pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus tampil menjelaskan mengenai dakwaan tersebut namun kenyataan UAI itu dibidas semula oleh Ustazah Afifah. Terbaru, penceramah motivasi, Amin Idris mendedahkan ustazah tersebut tidak mempunyai latar belakang pengajian agama seperti agamawan yang lain. “Saya dapat info rupanya ustazah ini tidak ada background pengajian agama yang formal. Nak claim dia sebagai agamawan, ilmuan itu agak sukar. “Kita perlu hati-hati daripada mengambil ilmu daripada mereka. Apatah lagi, saya dapati banyak…

Read More

Setiap daripada kita diuji dengan cara yang berbeza-beza. Adakalanya kita diduga dengan kesusahan yang akhirnya menjadi jalan untuk berbuat kebaikan. Itulah yang berlaku kepada seorang peniaga ini apabila didatangi seorang lelaki yang sudah lanjut usia ke kedainya yang terletak di Kota Lama, Kuala Kangsar, Perak. Ujar Humaira Hairul Anuar, 34, ketika kejadian 7 November lalu, lelaki berkenaan meminta untuk makan nasi goreng. “Saya baru berpindah dari Shah Alam dan buka kedai makan dekat sini. Kedai kami ni tak ramai orang datang macam kedai lain. Biasanya memang banyak termenung saja menunggu pelanggan. “Tapi pada satu petang tu, pakcik ni datang kedai…

Read More

Tiada halangan untuk ibu bapa membawa bersama anak untuk melakukan aktiviti ekstrem, namun aspek keselamatan perlu diberi keutamaan bagi mengelak insiden tidak diingini. Demikian pandangan Penasihat Mahkamah Kanak-Kanak Kuala Lumpur, Jameyah Sheriff ketika diminta mengulas mengenai kecenderungan segelintir ibu bapa membawa anak kecil bersama dalam aktiviti lasak yang lazimnya dilakukan remaja dan golongan dewasa seperti video tular di laman sosial, baru-baru ini. Menurut Jameyah, pembabitan kanak-kanak dalam aktiviti berkenaan ada baik buruknya dan ia bergantung bagaimana ibu bapa serta orang dewasa yang ada di sekeliling mengendalikannya (aktiviti). “Ada pro dan cons, pro nya kalau aktiviti itu dilaksanakan dengan menitikberatkan aspek…

Read More

Wanita Ini Muat Naik ‘Satu’ Post Di FB Yg Buat Ramai SEBAK. | Kebiasaannya, setiap hantaran di laman grup Facebook Edit Apa Hari Ini akan diakhiri dengan gelak tawa apabila seseorang meminta ahli di dalam itu untuk menyunting sesuatu gambar. Walau bagaimanapun, ada ketikanya suasana dalam grup tersebut bertukar menjadi serius dan sebak apabila ia melibatkan permintaan seseorang itu menyentuh hati nurani ramai. Terbaharu, seorang wanita dikenali DhiyaSyajaah MohdAzmi meminta agar gambar dia bersama anak yang baru dilahirkan disunting bersama suaminya yang telah meninggal dunia sewaktu perayaan AidilAdha lalu. “Nak mintak tolong pakar-pakar editkan gambar suami berdiri sebelah saya dan…

Read More

Pelawak dan penyampai radio Suria FM, Shuib mengesahkan sedang berkawan dengan wanita dikenali Watie Hanifiah. Shuib berkata demikian selepas tular foto hantaran Instagram Shuib yang menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai wanita itu pada cermin sebuah restoran mewah. “Saya tidak nafikan, kami dalam fasa baru berkawan,” katanya ringkas sewaktu ditemu bual. Tidak menolak jika bertermu jodoh dengan wanita itu, Shuib memohon agar peminat mendoakan urusan tersebut dipermudahkan jika diizinkan oleh Allah SWT. Menerusi perkongsian itu, Shuib bergambar bersama dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin. Hantaran Shuib menjadi perhatian ramai sekali gus mencetuskan spekulasi mendakwa mereka sedang…

Read More

Tangguh kahwin atau berkahwin lewat dikesan sebagai antara faktor penurunan Kadar Kesuburan Jumlah (KKJ) bagi wanita di Malaysia sejak lima dekad lalu. KKJ merujuk kepada purata bilangan anak yang akan dilahirkan sekiranya seseorang wanita terus hidup hingga akhir tempoh umur reproduktifnya iaitu antara usia 15 hingga 49 tahun. Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Dr. Maziah Che Yusoff berkata, jika trend itu berterusan, kadar pertumbuhan tahunan penduduk akan berterusan menurun hingga paras 0.7 peratus pada 2050. Beliau berkata, tangguh kahwin atau berkahwin lewat menyebabkan tempoh reproduktif menjadi lebih pendek sekali gus cenderung untuk mempunyai saiz keluarga yang…

Read More

Seorang lelaki ditahan kerana terlibat dalam pergaduhan, menerusi rakaman yang tular di media sosial selepas berlaku kemalangan di Ipoh baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata suspek berumur 47 tahun itu berjaya ditangkap di Jalan Lahat, Ipoh. Yahaya berkata pihaknya telah menerima satu laporan polis daripada mangsa yang terlibat dalam pergaduhan tersebut, serta satu laporan kemalangan jalan raya daripada pemandu yang terlibat dengan kereta suspek. “Siasatan polis mendapati kejadian tersebut berlaku pada 7 November, kira-kira 6.07 petang di Jalan Raja Musa Aziz. “Kejadian berlaku di mana kereta Honda City telah melanggar kereta Toyota Camry yang dipandu…

Read More

Seorang wartawan yang sedang melakukan lintas langsung ketika membuat liputan pada Rabu lalu pengsan secara tiba-tiba. Walau bagaimanapun, keadaan wartawan Channel New Asia (CNA), Julie Yoo yang pengsan itu kini dilaporkan beransur pulih, lapor Mediacorp. Pada waktu itu, Ms Yoo sedang membuat liputan mengenai sidang kemuncak iklim di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), COP27 di Sharm El-Sheikh, Mesir pada 6 November hingga 18 November. Merujuk kepada video yang dimuat naik oleh CNA, hos bersama, Dawn Tan yang berada disebelahnya kelihatan bergegas untuk membantu Ms Yoo. Manakala penyampai berita di studio pada mulanya kelihatan terkejut dan dengan cepat meneruskan segmen yang…

Read More

Seorang bekas pemandu lori dari Batu Hitam di sini, pasrah dan reda diuji dengan pelbagai penyakit bahaya yang dihidapinya hanya dalam tempoh setahun. Mohd Irwan Hussein, 43, disahkan menghidap tumor otak, barah usus serta tulang belakang selain ketumbuhan di leher menyebabkan dia tidak lagi mampu bekerja. “Saya reda ditakdirkan menghidap penyakit bahaya satu persatu dan berserah sepenuhnya kepada Allah SWT untuk sembuh selain bergantung pada rawatan di hospital. “Saya tidak menyangka, sakit perut biasa yang dialami ketika menyusun tong ikan di jeti Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) pada awal 2000 berakhir dengan ‘kehadiran’ empat jenis penyakit serius. “Pada awalnya, saya…

Read More

Seorang guru di wilayah Songkhla, Thailand didakwa membunuh anak lelakinya berusia lima tahun yang menderita masalah autisme. Pembunuhan dilakukan dengan cara menekup muka mangsa menggunakan bantal, lapor laman berita Thaiger semalam. Selepas melakukan pembunuhan itu, suspek cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci tandas tetapi akhirnya jatuh sakit dan dimasukkan ke hospital. Pegawai dari Balai Polis Hat Yai dikejarkan ke bilik di sebuah kondominium bersama anggota penyelamat dari Yayasan Perpaduan Persahabatan Hat Yai. Polis menemui mayat seorang budak lelaki berusia 5 tahun, sebuah bantal dan selimut yang tertimbun di atas lantai bersebelahannya. Di dalam bilik air, mereka kemudian menemui A…

Read More