Kes demam denggi di Pahang menunjukkan trend peningkatan apabila sebanyak 685 kes direkodkan dalam tempoh 1 Januari sehingga 20 Oktober tahun ini. Pengarah Kesihatan Negeri Pahang, Datuk Dr. Nor Azimi Yunus berkata, ia menunjukkan peningkatan sebanyak 87 peratus berbanding 367 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. “Dari segi pecahan mengikut daerah, Kuantan mencatatkan jumlah tertinggi dengan 27 kes, diikuti dengan Bentong (empat kes) dan Temerloh (tiga kes). “Bagaimanapun hanya satu kes kematian direkodkan akibat komplikasi denggi dalam tempoh tahun ini berbanding dua kematian dalam tempoh yang sama pada tahun 2021,” katanya. Kenyataan ini diberikan sewaktu beliau menghadiri Program Gotong-royong…
Author: Imannina
Pengacara sensasi, Azwan Ali atau lebih dikenali dengan gelaran Diva AA mendedahkan ada kemungkinan dirinya akan bertanding di Parlimen Gombak pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Azwan Ali atau nama sebenarnya Mohamed Azwan Ali, 56, mengatakan di tidak gentar untuk bertanding merebut kerusi penyandang kawasan tersebut dengan abang kandungnya, Datuk Azmin Ali. “Ramai bertanya, adakah saya akan bertanding pada PRU15 akan datang? Jawapannya, ada kemungkinan dan saya akan umumkan nanti. “Biarpun saya hanya meraih 90 undi ketika bertanding sebagai calon Bebas bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Antarabangsa PRU14 lalu, saya tak serik untuk bertanding sekali lagi. “Kali ini mungkin…
Hati suami mana yang tidak hancur apabila mendapat tahu zuriat yang dikandung isteri rupanya anak kepada lelaki lain! Tambahan pula, anak yang dikandung adalah anak kepada bekas kekasih isteri. Terkini, tular di media sosial tangkap layar hantaran seorang lelaki yang memaklumkan isterinya yang sedang hamil mengidam bau bekas kekasihnya. “Isteri aku punya gila dia masa mengandung dia mengidam minta nak bau ex boyfriend (bekas kekasih) dia. Masa dia cakap aku ingat gurau rupa-rupanya betul serius. “Aku cakap bagitau lah wangian jenama apa bekas kekasih dia pakai biar aku cari. Isteri aku cakap dia tak tahu tapi masih boleh ingat bau…
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini telah mengeluarkan ramalan cuaca signifikan di semenanjung negara bermula esok. Berdasarkan MetMalaysia, ramalan ini dikeluarkan melalui analisis model METMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS). Menurut mereka, analisis tersebut menunjukkan penumpuan angin yang dijangka berlaku di kawasan semenanjung dalam temph 21 hingga 23 Oktober 2022 ini. “Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang. Ia dijangka berlaku pada sebelah petang sehingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung. “Orang awam adalah dinasihatkan untuk sentiasa…
Selepas isu yang mengaitkan guru Matematik, Mohd Fadli Mohamed Salleh, mengenai silibus pendidikan, banyak pihak tampil memberi pelbagai reaksi. Beliau hampir ‘dibuang kerja’ oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akibat bersuara lantang tentang pendapatnya. Ramai daripada yang memberi respons ialah pihak ibu bapa yang berasa terkesan dengan isu yang membabitkan anak-anak mereka. Antara yang paling popular diperkatakan adalah tentang silibus pendidikan dikatakan susah ‘tahap dewa’. Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menjawab isu yang semakin dibangkitkan ini. Beliau berkata, silibus pendidikan yang digunakan sekarang dimulakan sejak 2017 dan tidak boleh ditukar setiap tahun. Walau bagaimanapun, berita baik yang…
Penduduk Kampung Iboi kini hanya mampu pasrah ‘hidup’ dengan debu dan habuk daripada lori mengangkut pasir yang dikorek dari Sungai Kupang di Lata Chelak, tiga bulan selepas kejadian banjir. Lata Chelak kini menjadi kuari pasir dan difahamkan projek itu akan mengambil masa dua tahun. Lata Chelak merupakan tempat perkelahan dan tumpuan orang ramai sebelum ini. Tinjauan di lokasi mendapati tebing sungai berkenaan ditimbuni pasir yang meninggi dan kerja mengorek dilakukan sejak pagi menggunakan tiga jengkaut. Penduduk iaitu Azlina Aziz, 47 mengatakan suaminya, Nor Azizan Aziz, 50, terpaksa menuang air ke permukaan jalan di depan kedai makan mereka. Hal ini untuk…
Cubaan seorang lelaki merasuah polis dengan wang tunai RM90,000 supaya melepaskan rakannya selepas terlibat sindiket tawaran kerja dalam talian yang tidak wujud memakan diri apabila ditahan pada Selasa. Datuk Kamarul Zaman Mamat, Ketua Polis Johor, berkata, suspek lelaki tempatan yang berusia 31 tahun itu menawarkan wang tersebut sebagai suapan dan dorongan untuk tidak mengambil tindakan terhadap rakannya. Menurut beliau. pihak polis telah memberi amaran untuk tidak melakukan sedemikian. Namun degil, suspek tetap mendesak untuk menerima wang tersebut dan akhirnya ditangkap. Kejadian ini berlaku di Taman Suria dalam satu pertemuan antara suspek dan anggota polis terbabit. “Tangkapan dibuat dan wang tunai…
Seorang wanita yang juga isteri ketiga didakwa di Makhamah Seksyen di sini pada Selasa. Ini adalah atas tuduhan mencederakan madunya yang juga isteri keempat dengan parang, pada hari Sabtu lalu. Che Ruslyzay Shawaratuaini Che Roslan, 36, yang tertuduh atas kesalahan walau bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan. Che Ruslyzay Shawaratuaini, seorang penternak kambing yang tertuduh didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas mangsa yang berusia 41 tahun menggunakan parang. Kesalahan itu didakwa dilakukan pada jam 4.30 petang, 15 Oktober lalu di hadapan sebuah rumah di Felda Lui Timur, Jempol. Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad…
Insiden kemalangan ngeri yang membabitkan lima kenderaan di Kilometer 45.7 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berdekatan Kulai pada Sabtu lalu menjadi tumpuan netizen. Pemandu lori yang ditahan reman susulan insiden itu telah disahkan tidak mempunyai rekod jenayah lampau. Menurut Ketua Polis Daerah Kulai, Superintenden Tok Beng Yeow, ujian saringan air kencing yang dilakukan turut mendapati lelaki berusia 37 dari Shah Alam itu bebas daripada pengaruh dadah. “Kita sudah mulakan reman kepada pemandu lori tersebut selama empat hari mulai semalam (Isnin). Setakat ini, kita dapati dia tidak ada rekod jenayah dan ujian air kencingnya juga negatif. Apa pun, dia kini masih dalam…
Peruntukan perbelanjaan pembangunan (DE) di bawah Bajet 2023 sebanyak RM95 bilion merangkumi 7,165 projek pembangunan, merupakan tertinggi dalam sejarah negara, kata Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Namun, Perdana Menteri berkata, kesemua itu hanya akan dapat dinikmati sekiranya Bajet 2023 dibentangkan semula dan diluluskan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Ismail Sabri menegaskan untuk rakyat untuk memilih kerajaan yang diterajui oleh beliau untuk mentadbir negara bagi penggal seterusnya. “Bajet ini … untuk (proses) draf dan perbincangan sebelum pembentangan itu, itu adalah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Kita yang come out dengan bajet begini cantik. “Tetapi kalau orang lain ambil alih, tak…