Kucing | Hai, aku bukanlah seorang yang pandai dalam mengarang dan menyusun ayat, jadi tulisan ku ini tidaklah seperti yang seindah korang biasa baca. Aku berusia diawal dua puluhan, dan sedang menuntut di ipta timur tanah air. Keluarga ku besar, adik beradik lebih 10 dan ibuku adalah ibu tunggal. Masalah ku bila covid melanda dan hingga kini aku berada di rumah. Yes Home Sweet Home! tapi tidak untuk aku. Aku lagi senang berada di asrama walaupon dipenuhi dengan esaimen dan berdikari hendaknya. Aku anak bongsu, kakak-kakak dan abang-abang aku ramai yang dah berkahwin dan tinggal di rumah sendiri tinggal la…
Author: Miss Tata
Am I Forever Alone | Assalamualaikum. Terima kasih admin sekiranya confession ini disiarkan. Terlebih dahulu, aku meminta maaf sekiranya confession aku susah difahami memandangkan aku jarang menulis panjang- panjang dalam Bahasa Melayu. Aku ingin bercerita tentang kisah aku yang mungkin ‘forever alone’. Nama aku Nur, pelajar degree universiti awam. Aku nak cakap yang aku tak ramai kawan. Normal ke aku ni? Aku simpan nombor kawan-kawan aku dalam phone. Bila aku tengok status whatsapp dan media sosial mereka, masing- masing post gambar reunion, gambar dengan kawan-kawan, sambut birthday sama-sama. Aku terdetik wow, bestnya hidup dia, dikelilingi kawan. Aku tak pernah rasa…
Housewife Burnout | Hai assalamualaikum, thanks admin sudi share luahan perasaan seorang housewife yang serabut. Hai korang. Nama aku Ayla. Bulan Julai ni genap 4 bulan aku bertugas sebagai surirumah sepenuh masa. Aku kena terminate dengan notis sehari awal April haritu jadi semua benda aku tak ready. Tapi alhamdulillah hikmah PKP husband full time WFH jadi dia membantu aku uruskan rumahtangga dan anak kitorang yang baru setahun tu. Cakap pasal tak ready ni maksud aku kena terminate adalah perbuatan yang pekerja tak rela, betul-betul menganggu emosi dan tindakan selepas tu tapi nak buat macam mana. Aku pon dah bawak kes…
Wanita, Dirimu Sangat Berharga | Assalamualaikum. Sedikit info perkenalan diri. Nama aku Akim. Umur aku nak masuk 30-an dan aku bekerja sebagai eksekutif di salah sebuah syarikat SME di Malaysia. Dan aku juga lelaki. Baru-baru ini aku ada terbaca tentang beberapa luahan muslimah, yang sudah terlanjur dan ada juga yang belum sampai ke tahap itu, tapi sudah biasa ‘ringan2’. Aku jadi sangat sedih, walau aku tahu ia bukan mewakili muslimah majoriti. Kerana maruah kalian sangat tinggi wahai muslimah. Tapi mengapa kalian perlu murahkannya kepada insan bernama lelaki yang tidak berhak ke atas dirimu. Tiada istilah ringan-ringan pada aku, kerana harga…
Ujian Besar, Saham Besar | Assalamualaikum untuk pembaca sekalian. Terima kasih admin sekiranya menyiarkan cerita aku yang tak seberapa. Sedikit perkenalan, nama aku Miz. Berumur awal 30-an. Dulu aku selalu tak bersyukur. Kufur nikmat yang Allah bagi. Masih rasa tak cukup walaupun Allah bagi aku keluarga yang hormat sesama sendiri walaupun adakalanya tak begitu memahami. Seorang suami yang sama-sama bantu menjaga dan membesarkan anak, 4 orang anak-anak yang cukup sifat fizikalnya, dan pekerjaan dalam bidang profesional kesihatan. Tapi, dah namanya manusia.. Masih lagi rasa tak bersyukur. Ada saja kemahuan dan keinginan baru terutamanya bila kita lihat kekayaan dan kesenangan orang…
Scammer iPhone | Assalamualaikum.saya baru je kena tadi tapi kena scam beli iphone. Memang jackpotlah kata si scammer. Ya saya baru je kena tipu beli hp di Carousell. Bertahun saya beli barang di carousell harini memang takde rezeki saya. Saya fikir carousell memang takde scammer sebab tak pernah kena. Selalu juga beli barang di situ harga beratus2. Alhamdulillah semua ok. Kalini saya ditipu hampir 3K. Lebur duit simpanan saya. Saya bukan orang yang suka sangat pada gadjet. Beli sekadar perlu. Dan saya dah 7 tahun tak tukar fon. Fon saya pon dah lagging teruk, nak buat kerja pon susah. Ya…
Scammer Dilaman Cari Jodoh | Terima kasih admin jika approve saya punya confessions. Saya kenalkan diri sebagai Lia (Bukan Nama Sebenar), berumur pertengahan 20an, Alhamdulillah rezeki, seorang wanita yang Berkerjaya, tetapi belum berkahwin, boleh dikatakan ada rupa paras yang agak cantik. Tujuan saya menulis confessions ni untuk memberi pengajaran dan berhati-hati untuk mencari jodoh dengan orang yang kita baru kenal. Saya pernah berkawan dan bercinta lama dalam 10 tahun, tetapi tidak jadi kahwin atas alasan lelaki tersebut tidak bersedia. Atas kekecewaan tersebut dan mak mengharap kan saya untuk berkahwin saya ikhtiar masuk laman web cari jodoh (islamic) yang selalu keluar…
Saya Ketagih | Salam warga netizen. Hari ni saya nak berkongsi pendapat dan permasalahan yang kebanyakan kita semua alami. At one point of our life, pasti kita semua ketagih sesuatu, betul tak? Contohnya, ada orang ketagih merokok, ketagih main game, ketagih shopping tupperware, ketagih ‘ehem-ehem’ dan banyak lagi contoh ketagihan lain. Tapi sebelum saya cerita apa yang saya ketagih, saya cuba nak selami punca/ kenapa kita cenderung untuk ketagihan sesuatu dan mungkin cuba beri some ‘free advice’ untuk atasi masalah ketagihan ini. Disclaimer: Saya bukan doktor pakar atau professional ye. Saya cuma seorang makcik yang sudah makan garam kehidupan dan…
Suami Part Time | Assalamualaikum semua. Terima kasih IIUM Confession sebab siarkan confession saya. Terima kasih kepada sudi membaca dan saya menerima semua nasihat dan teguran atau kecaman dari semua pihak sebab saya pun tak sempurna. Pertama sekali, tajuk confession saya ni tak ada kaitan dengan nikah kontrak ke, suami orang ke, takde takde. Sorry to dissapoint tapi memang tu tajuk paling sesuai. Saya memang isteri pertama (setakat ini) dan takde madu. Saya dah berkahwin, pada tahun 2015 dengan lelaki pilihan hati yang umurnya jauh lebih tua dari saya, jarak umur kami 12 tahun. Semasa di alam percintaan dia sangat…
Menantu Tetap Orang Luar | Selama perkahwinan aku. Aku banyak makan hati. Entah la mungkin aku hanya menantu. Yaa, memang mertua itu seperti ibu dan ayah kandung. Tapi sebaik baik mertua itu ada juga ketidakpuasan hati mereka. Tambahan ipar duai yang hanya melepaskan tangan mereka. Ini kisah aku. Realiti yang aku kena hadap. Orang cakap, diawal perkahwinan memang banyak dugaan. Selepas saja kahwin, suami ajak tinggal bersama mertua. Dirumah tu ada ipar yang masih bujang. Aku pun setuju. Sebabnya suami dah janji nak tinggal dengan keluarga dia sementara sahaja. So, banyak la kisah. Bercabang kisah aku ni. Selama 8 bulan…