Kisah Seram Di Hari-Hari Terakhir Semester. | Sebelum aku bermula, sedikit perkongsian tentang diri aku. Aku seorang anak tunggal dan aku juga tidak pernah berjauhan dengan mama abah selama 17 tahun hidup. Kerana mereka tidak mengizinkan untuk masuk ke sekolah berasrama penuh walaupun keputusan UPSR aku agak baik. Aku dikatakan agak manja tetapi tanpa aku sendiri sangka bahawa alhamdulillah, aku seorang yang kuat mengharungi pengalaman yang bakal aku ceritakan. MENGHABISKAN SEMESTER Julai 2018, aku dipanggil masuk untuk menghabiskan semester interim selama sebulan kerana aku berpeluang melanjutkan pengajian ke IPTA pada peringkat diploma. Kami sekeluarga sampai di negeri Cik Siti Wan…
Author: Miss Tata
7 Hari Tanpa Cintamu | Assalamualaikum. Salam sejahtera. Fenomena 7 hari mencintaiku 2 begitu hot topic sekarang ni. Rata-rata antara kita semua membawang mengenainya. Kisah konflik antara ibu mertua bernama Mak Leha & menantunya Mia. Saya tak terkecuali dari sebahagian penonton drama ini dan mengikuti setiap plot ceritanya. Bila menontonnya, terkenang kisah saya beberapa tahun lalu. Sedang mengandung dan ada sedikit krisis dengan keluarga mertua. Cuma tidaklah seteruk drama tersebut. Sejujurnya, di awal perkahwinan keadaan saya dan keluarga mertua baik-baik sahaja. Selepas mempunyai 2 orang anak saya terpaksa berhenti kerja. Anak-anak lahir rapat dan menyukarkan saya bekerja. Bila jatuh sakit…
Pengalaman Melalui Lorong Yang MENYERAMKAN. | Aku ada seorang kawan bernama kamal yang tidak percaya dengan kewujudan hantu-hantu atau makhluk ghaib dan sebagainya. Dia ni suka membantah atau lari apabila ada kawan atau sesiapa saja nak yang berkongsi pengalaman seram ataupun misteri. Bukan kerana dia tu takut atau pengecut tetapi memang dia tak pernah percaya makhluk bernama hantu itu wujud. TIDAK PERCAYA Tapi dijadikan cerita, 6 bulan yang lepas telah mengubah pemikiran dan pendirian kamal tentang kewujudan hantu dan misteri. Dan akhirnya dia sendiri mengaku bahawa wujudnya alam ghaib. Selama ini dia merasakan rakan-rakan yang lain hanya ingin berkongsi cerita…
Kisah Seram Datang Awal Ke Tempat Kerja. | Kalau cerita aku ini dipublish, terima kasih kepada admin . Aku sebenarnya tengah mengantuk yang teramat sangat dekat opis, tapi tak kan nak tidur pula.kerja Sambil melayan rasa mengantuk aku, aku pun teringat peristiwa yang terjadi pada aku masa mula mula habis pkp tempoh hari. Aku rasa ada baiknya juga aku kongsikan cerita aku dekat page, boleh juga hilangkan mengantuk dan nampak macam aku tengah buat kerjalah sebab menaip. STAFF BARU Aku merupakan staff baru dekat satu company ni, ini merupakan pekerjaan pertama aku lepas habis belajar. 3 tahun juga aku menganggur…
Setiap Aturan Allah Itu Berhikmah | Assalamualaikum, terima kasih admin jika cerita ini disiarkan. Nama aku Aimi, ketika aku berumur 23, baru habis diploma, aku telah menaruh hati pada seseorang yang sangat ikhlas. Bukan kekasih, cuma aku ada menaruh hati padanya yang aku namakan Faris. Dia dah lama menaruh hati pada aku rupanya, cuma tak pernah beritahu. Aku pun tak pernah layan bila dia mesej sekali sekala dulu. Cuma satu hari tu dia meluahkan rasa hati dan aku tahu dia ikhlas. Kerana dia bukan minta menjadi kekasih, tapi dia beritahu bahawa dia sedang berkerja keras demi segera menghalalkan aku. Dan…
Jenis-Jenis Hantu Jepun yang Sering Menghantui. |Jepun mempunyai kepercayaan terhadap makhluk-makhluk yang menyeramkan, roh-roh menakutkan dan hantu-hantu yang penuh dendam. Di Jepun, makhluk-makhluk yang menakutkan ini dikenali sebagai ‘Yokai’. Dalam kepercayaan masyarakat Jepun terdapat pelbagai jenis ‘Youkai’ yang berbeza-beza dan menarik untuk diketahui. Hantu-hantu ‘Youkai’ ini terdiri daripada hantu yang tidak berbahaya sehinggalah kepada pemangsa yang berbahaya. Cerita rakyat Jepun terdapat dalam pelbagai versi dan bermacam-macam jenis hantu yang mendiami sesuatu tempat di negara Jepun. Ini menimbulkan persepsi bahawa setiap tempat di Jepun mempunyai makhluk mistik tersendiri. Bahkan setiap bangunan dan bandar mempunyai cerita hantu tersendiri, termasuklah di dalam tandas.…
Jenis Hantu-Hantu Malaysia Paling Femes |Pernah tak anda tahu jenis-jenis hantu dan kelebihan yang ada pada mereka? Kali ini kami membawakan kepada anda 12 jenis hantu yang paling popular di kalangan masyarakat Melayu di negara kita. 1. Langsuir Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. IA dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati. Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu. Makhluk itu juga dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir…
Penantian Itu Menyakitkan | 5 tahun aku menanti, menunggu suatu detik terindah yang seperti orang lain miliki. 5 tahun bukan waktu yang singkat untuk orang menasihati aku supaya aku bersabar. Aku tahu ujian tu tanda Allah sayang tapi hati manusia mana tak terasa bila saat orang sekeliling dah bertambah2 anak, tapi aku sorang pun belum ada rezeki. Kadang-kadang aku tak tahu nak luahkan pada siapa sebab bila aku cerita dekat kawan baik aku, mereka macam kurang memahami sebab mereka ada anak. Ada yang suggest untuk aku amik anak angkat, aku terus rasa macam sedih sebab anak angkat ni bukan senang.…
Ternampak Kepala di Tempat Perkuburan |Masa kecik-kecik dulu aku selalu ikut abah aku pergi usrah. kadang-kadang pergi dekat area perumahan dan kadang-kadang kami ikuti tempat jauh iaitu tempat kenalan ayah juga. Jadi aku suka pergi usrah ni kerana banyak pelajaran yang aku jadikan iktibar dalam hidup aku. sebagai anak yang baik, aku ikut je kemana abah aku pergi. Kata ayah aku, sebagai anak lelaki haruslah mempelajari ilmu agama supaya dapat mendidik bakal cucu-cucunya nanti dan dapat dipraktikan dalam seharian hidup aku. Berbalik kepada cerita yang sebenar, aku dan abah aku selalu pergi usrah menggunakan motosikal. Aku ni suka bonceng abah…
Memancing Pada Waktu Maghrib. Ini Kejadian SERAM Yg Jadi. |Manusia merupakan sebaik-baik makhluk ciptaan tuhan di alam maya ini. Firman Allah SWT dalam al-Quran bermaksud : “Sesungguhnya kami telah jadikan manusia sebaik-baik ciptaan.” Manusia juga dikurniakan sesuatu yang tidak ada pada sebarang makhluk lain iaitu sesuatu yang disebut sebagai akal. Namun seringkali manusia sendiri tidak tahu menghargai pemberian tersebut, lalu mempersia-siakannya. Dan inilah kisah seram yang pernah aku alami semasa memancing. BUAT PERSEDIAAN Hari sudah melangkah ke petang. Sebaik selesai menunaikan fardhu asar, aku bergegas ke belakang rumah. Persediaan belum aku buat, sedangkan bila-bila masa dari sekarang bapa…