Petua Hamil

| August 3, 2020 | 0 Comments

Petua Hamil | Assalamualaikum. Confession ini di tulis wallahi tiada berniat untuk riak  mahu pun berbangga. Lebih kepada perkongsian. Bismillahirrahmanirrahim. Sejujurnya, bila saya baca pasal wanita yang sedang ber TTC, saya akan emosi. Sebab saya faham. Saya TTC almost 4 years. Mungkin Allah tahu, setakat 4 tahun sahaja yang saya boleh bersabar, dan kuat untuk hadapi benda ni.

Jika anda, yang sedang membaca ni, masih ber TTC atau lebih 4 tahun,
MasyaAllah! Anda hebat! Wallahi! Anda hebat. Sebab Allah tak akan uji
kita melebihi kemampuan kita.

Saya akan kongsikan beberapa petua yang saya cuba, dan alhamdulillah
berkesan (untuk saya).

1. Kesihatan dalaman (wanita)

Sis sekalian, amat penting untuk kita tahu kesihatan kita ni. Macam
saya, saya ada cyst. Di ovari kiri, sebesar 12cm. Allah! rasa gelap
dunia masa tahu tu. Macam mana saya boleh tahu?

Al kisah lepas setahun saya kahwin, saya pernah tak period 50 hari.
Ingatkan mengandung, dah seronok masa tu. Rupanya bila scan, nah 12cm
cyst di ovari kiri. Saya selamat jalani pembedahan secara laporscopic
buang cyst.

2. Pemakanan

Ini tersangat penting. Punca saya dapat cyst maybe sebab saya makan
benda tak sihat. Segala fast food, frozen food nugget sosej tu saya suka
sangat. Buah jarang makan. Lepas tu saya hantu air soya.

Saya pernah terbaca makanan berasaskan soya adalah bahan penggalak cyst.
Boleh baca lanjut di google yea. Sehingga kini, dah 5 tahun saya tak
minum soya. Kalau mnum pun seteguk bagi lepas rindu je.. hehe

3. Berat badan

Dua minggu sebelum saya dapat tahu saya mengandung, saya sedang turunkan
berat badan sebab masa tu jeans dah tak muat. Masa tu juga, saya hanya
makan telur rebus (egg diet). Dan of course tak makan fast food kan.

Saya berjaya turun banyak kilo.. tak silap 5 kilo. Lepas tu, breast saya
bengkak yang teramat, mcm nak pecah dah.. saya tanya pada kawan2. Mereka
cakap ini salah satu tanda pregnant.

Saya cuba bertenang, sebab saya taknak berharap sangat. Tengok2 betul!
Alhamdulillah.

Point saya di sini bukan suruh buat egg diet yea. Point nya saya berjaya
turun kan berat badan sehingga 1st stage bmi normal. Sebelum ni bmi saya
masih tahap normal, tapi hampir mencecah overweight. Faham kan?

4. Doa

Diri sendiri :

Saya berdoa siang malam, terutama masa tahajud. Saya doa begini :

Ya Allah sekiranya jika dgn mempunyai zuriat menjauhkan aku denganMu,
maka kau terbitkan lah rasa redha dan berlapang dada dalam diriku dengan
percaturan mu ini Ya Allah..

Begitu.. sebab saya sangat mengharap nak zuriat.. Doa semasa tahajud ni
umpama anak panah yang tepat sis sekalian.

Anak yatim :

Ada suatu hari, ada seorang anak yatim bagi salam di rumah saya mintak
derma, saya bagi derma dan cakap, adik, tolong doakan akak dapat zuriat
ye.. bergenang air mata budak tu, saya pun sama juga

Ibu kandung :

Ibu saya pergi umrah di Mekah. Dia ada cakap die berdoa di depan Kaabah
agar Allah kurniakan saya zuriat

Orang lain yang tidak diketahui :

Saya tak tahu sama ada adik beradik atau sahabat ada pernah mendoakan
saya atau tak

5. Sedekah

Saya rajin bersedekah sambil berdoa, ya Allah ikhlaskan hatiku utk
sedekah sekian sekian amount pada mak cik/ pak cik ni..

Dan saya rajin bagi kucing makan.. saya cakap, hai kucing, doakan aku
ada zuriat. Saya juga selalu yang teramat belanja orang makan (sekarang
masih begitu insyaAllah)

6. Air kurma + susu kambing

Air ni, buat ni sekali sahaja :

* Kurma, wifey amik segenggam, husband amik segenggam, buang bijik,
buang kulit.

* Blend dengan air susu kambing fresh 1 Liter.

* Air blend tadi, wifey amik semua bacakan surah Maryam ayat 1~12.

* Sampai bacaan dekat ayat (doa nabi zakaria) mintak mintak mintak dengn
Allah.. sebab dia je boleh bagi.. mintak zuriat.. mintak sungguh2..
ingat yea sungguh2..

* Lepas tu, wifey mnum separuh, husband mnum separuh.

* Wifey boleh terus jadikan amalan mnum susu kambing fresh 1 Liter. Susu
kambing ni bagus untuk rahim.

7. Urut

Yang ni kalau tak nak pun boleh.. sebab bukan semua suka berurut kan..
saya urut 2x, untuk naikkan rahim.. ye.. if rahim jatuh, peratus nak
mengandung tu susah sikit..

8. Kun Faya Kun & Sabar

Lepas dah ikhtiar semua, kite tawakal je ok.. insyaallah dengan izin
Allah. Saya pernah sampai tahap tenung muka suami masa tidur,

Ya Allah.. alhamdulillah kau rezekikan aku suami yang baik, penyayang
dan bertanggungjawab. Tak de anak pun tak pe lah Ya Allah.. asalkan aku
ade suami aku.. Ade orang takde suami kan..

Lepas saya redha, tup2 ujian UPT positif. Alhamdulillah. Saya sangat
berharap sis yang sedang menunggu, jangan putus asa. Mesti positif dan
yakin dengan doa sendiri.

InsyaAllah doa2 kita semua, Allah dengar, Allah genggam dan akan
lepaskan satu demi satu, pada waktu yang sangat tepat. InsyaAllah, semua
dengan izinNya

Maaf andai terpanjang confesion ni…

– Hannah (Bukan nama sebenar)

 

Kredit: IIUM Confessions

 

Tags: , , , ,

Category: KESIHATAN, TIPS

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *