Resepi Cara Buat Cheezy Corndog|Hari ni kami nak kongsikan resepi cara buat Cheezy Corndog dengan menggunakan beberapa bahan mudah untuk buat Cheezy Corndog. Resepi Cheezy Corndog yang dibaluti dengan cheese di dalamnya akan membuatkan anda rasa terliur untuk mencuba. Kalau anda masih tidak tahu cara-cara untuk membuatnya, jom kita tengok resepi cara buat Cheezy Corndog daripada khairulaming ni.
Bahan-Bahan Buat Cheezy Corndog:
- 3 sosej yang telah direbus
- 6 keping keju
- Lidi secukupnya
- 2 cawan tepung gandum
- 2 biji telur
- Garam dan lada hitam
- 1 sudu tepung penaik
Cara-cara Memasak Cheezy Corndog:
- Balutkan sosej dengan dua keping keju.
- Kemudian, cucukkan setiap sosej tadi dengan lidi.
- Selepas itu, sejukkan sosej di dalam freezer selama 20 minit.
- Untuk membuat adunan tepung, masukkan 2 cawan tepung gandum bersama 2 biji telur, garam, lada hitam, 1 sudu tepung penaik dan 1 ½ cawan susu segar. Kacau sehingga sebati adunan tersebut
- Setelah itu, celupkan sosej yang telah sejuk tadi ke dalam adunan tepung.
- Panaskan minyak masak dan goreng sosej sehingga warna keperangan.
- Hidangkan sosej yang telah siap goreng bersama sos cili dan mayonis di atasnya dan selamat menjamu selera.
Simple sahaja bahan-bahan yang diperlukan untuk Resepi Cara Buat Cheezy Corndog ni. Kalau nak lebih faham cara membuat resepi ni, boleh tengok video yang telah kami sediakan dekat bawah ni. Selamat mencuba.
Video Cara Buat Cheezy Corndog:
Kredit : Instagram khairulaming