Resepi Cucur Maggi | Pernah tak dengar cucur maggi? Selalunya yang banyak kita dengar murtabak maggi ada la, cucur maggi tak pernah la pulak dengarnya kan? Haish, macam-macam la zaman sekarang ni. Tapi bila dah selalu asyik makan cucur yang sama ja, dah naik bosan la pulak. Hari ni apakata kita cuba merasa cucur maggi pulak. Macam manalah rasanya kan? Ni resepi dia.
Bahan – bahan :
1 pek mee segera
5 sudu besar tepung gandum
sedikit bawang besar dipotong dadu
sedikit lobak merah dipotong dadu
sedikit hirisan daun sup
sedikit udang segar
Garam secukup rasa
Sedikit serbuk kunyit
Air bersih secukupnya
Cara -cara :
- Rendam mee segera dengan air panas selama 2 minit.Kemudian toskan. Masukan ke dalam sebuah mangkuk.
- Masukan semua bahan lain kecuali air ke dalam mangkuk berisi mee segera. Kacau rata. (Boleh juga kalau nak masukkan seperti isi ayam,sosej,kentang, daun kucai dan sebagainya- ikut citarasa anda)
- Kemudian masukan air sedikit demi sedikit dan kacau bancuhan. Sehingga anda dapati semua bahan sudah sebati.
- Panaskan minyak dan sedia untuk menggoreng.
- Apabila sudah kekuningan , angkat dan toskan.
- Hidangkan semasa ia masih panas bersama secawan teh. Selamat Mencuba.
Kredit: malay kitchen
Amacam? Senang saja kan. Lepas ni memang selalu la anak mintak buatkan. Dah la sedap, kena pulak dengan selera kan. Memang tak cukup la satu pek maggi tu. Boleh la buat waktu minum petang nanti.