Resepi Masakan Nasi Goreng Sardin |Assalamualaikum. Kepada anda yang tengah mencari idea untuk buat nasi goreng yang sedap, di sini kami nak kongsikan kepada anda Resepi Masakan Nasi Goreng Sardin yang sangat sedap. Pasti akan buatkan anda rasa terliur. Resepi masakan ni anda boleh tengok cara-cara buat yang dikongsikan oleh khairulaming.
Bahan-bahan Buat Nasi Goreng Sardin:
- 1 biji bawang merah
- 2 ulas bawang putih
- 1 sudu cili boh
- 1 tin kecil sardin
- 1 sudu kicap manis
- Cili padi
- Garam
- 1 biji telur
- 1 mangkuk nasi besar
Cara-cara Masak Goreng Sardin:
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali
- Tumiskan 1 biji bawang merah dan 2 ulas bawang putih. Tumis sehingga naik bau.
- Kemudian, masukkan 1 sudu cili boh. Kacau bahan-bahan tersebut.
- Masukkan 1 tin kecil sardin. Hancurkan sedikit ikan sardin tu.
- Masukkan 1 sudu kicap manis , cili padi. Kacau lagi.
- Kemudian, taburkan garam secukup rasa.
- Pecahkan 1 biji telur dan kacau.
- Akhir sekali, masukkan 1 mangkuk nasi. Gaul sehingga rata ya.
- Da siap. Hidang atas pinggan. Sedapnyaaa.
Tadaaaaโฆ dah pun siap. Nampak senang sahaja kan nak buat. Bukan setakat senang tapi rasa sangat sedap. Nasi Goreng Sardin ni boleh di makan waktu pagi atau malam. Memukau warna merah-merah nasi goreng sardin ni. Hah kepada anda nak cuba buat resepi masakan ni, kami ada sediakan video masakan daripada khairulaming di bawah. Ok. Selamat mencuba naa.
Video Masakan: