Takbir Raya Dari Rumah ke Rumah Adalah Tidak Dibenarkan Di Perak | Khalifah Media Networks – Jabatan Agama Islam Perak (JAPIK) telah menetapkan bahawa takbir raya dari rumah ke rumah adalah tidak dibenarkan. Di seluruh negeri itu pada sambutan hari raya Aidilfitri. Takbir raya sangat sinonim dengan Bulan Syawal yang sering ditunggu-tunggu oleh umat muslim di Malaysia.
Menurut Pengarah JAPIK Datuk Mohd Yusop Husin, kenyataan tersebut telah ditetapkan setelah mendapat nasihat daripada MKN Negeri Perak. Bagi mengekang penularan wabak COVID-19 di negeri tersebut. Namun begitu, solat berjemaah, solat Jumaat, solat jenazah, solat tarawih dan solat sunat Aidilfitri juga dibenarkan. Berikutan di kawasan-kawasan berkenaan, mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
Mengikut pekeliling yang diedarkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Jemaah masjid dan surau di seluruh negeri. Tetapan bilangan jemaah yang diberikan adalah sebanyak 120 orang di semua masjid. Turut juga surau diri Jumaat dan surau di seluruh negeri Perak.
Walau bagaimanapun, bilangan tersebut dikecualikan bagi masjid-masjid negeri dan daerah yang dibenarkan dengan had maksimum 250 jemaah. Tidak termasuk pegawai masjid dan anggota jawatankuasa kariah dengan jarak fizikal sekurang-kurangnya satu meter antara jemaah.
Menurut Mohd Yusof, jamuan hari raya hanya dibenarkan selepas menunaikan solat sunat Aidilfitri di masjid dan surau yang hanya dibenarkan di kawasan PKPP dan PKPB sahaja. Tambahnya lagi, ziarah kubur juga hanya dibenarkan di kawasan PKPB serta PKPP dan terhad kepada enam orang sahaja bagi setiap petak kubur dan tidak melebihi 30 minit.
Selain itu, aktiviti keagamaan di kawasan PKPD adalah tidak dibenarkan sama sekali bagi mengekang penularan -wabak Covid-19 di negeri tersebut.
Sumber: Astro Awani