Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

Bayi Tak Sempat Sentuh Ibu. Wanita Maut Lepas Lahirkan Anak Kerana Covid-19. | Moscow: Baru dilahirkan, tetapi seorang bayi lelaki di St Petersburg, Rusia, tidak sempat mengenali ibunya selepas wanita itu meninggal dunia akibat Covid-19. Malah, datuk dan nenek bayi itu sebelum ini juga meninggal dunia akibat virus sama. Ia menyebabkan bayi itu menjadi satu-satunya ahli keluarganya yang terselamat daripada Covid-19. Mirror UK melaporkan bahawa sebelum ini, datuk kepada bayi itu, Kirey Pinchin, 64, dimasukkan ke hospital bagi menjalani pembedahan. Bagaimanapun, selepas lapan hari discaj dari wad, lelaki itu meninggal dunia akibat Covid-19, pada 5 November lalu. Ia disusuli isteri…

Read More

Rampas Dadah Dalam Lokap Polis.| Johor Bahru: Sejumlah dadah jenis syabu dan heroin dirampas daripada tahanan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dekat sini, Ahad lalu. Ujian saringan air kencing yang dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) terhadap 129 tahanan reman di lokap terbabit turut mendapati 22 daripadanya adalah positif dadah. Sumber berkata, empat anggota polis bertugas menjaga lokap itu turut menjalani ujian saringan air kencing dan mendapati seorang daripadanya positif dadah methamphetamine. Menurut sumber lagi, dipercayai anggota polis yang positif dadah itu turut…

Read More

Jenazah Masih Elok Dan Wangi Walaupun Sudah 3 Tahun Dikebumikan. | Tular di Indonesia, jenazah seorang kiai masih lagi kekal elok walaupun sudah tiga tahun dikebumikan. Jenazah yang dikenali sebagai KH Ahmad Baidowi itu merupakan seorang kiai di Dusun Banbalang, Desa Batoporo Barat, Madura. Kuburnya dipercayai telah musnah kerana hujan lebat pada Isnin lalu. “Hujan turun dengan sangat lebat pada Isnin lalu, ada beberapa pelajar sekolah agama yang melihat kubur bapa dan melaporkan kepada saya,” kata anak kepada Allahyarham kiai itu, KH Sufyan Ahmad. Mereka bersama-sama membaiki kubur itu dengan bantuan penduduk setempat. Sufyan yang juga seorang kiai mengaku cukup…

Read More

Berang Tak Dapat Beli Arak. Abang Pukul Adik. | Butterworth: Berang ditegur kerana kerap meminta wang daripada ibu mereka untuk membeli minuman keras menyebabkan seorang penganggur memukul adiknya dengan kerusi plastik di sebuah rumah di Taman Desa Murni di sini, petang semalam. Dalam kejadian pada 6 petang itu, adik lelaki itu berusia 31 tahun yang tinggal di Paya Terubong ke rumah itu untuk melawat ibu bapanya tetapi dikejutkan dengan perbuatan abang sulungnya berusia 34 tahun mendesak ibu mereka untuk memberikan wang. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, adiknya menegur supaya menghentikan perbuatan itu namun…

Read More

Kecut Perut Lihat Seorang Kanak-Kanak Atas Bumbung Apartmen.| SHAH ALAM – Satu klip video yang memaparkan seorang kanak-kanak sedang berjalan di atas bumbung sebuah apartmen tular di media sosial sejak beberapa hari lalu. Menerusi perkongsian di laman Facebook Rizal Hakimm, klip video berdurasi 0:26 saat itu memaparkan kelibat kanak-kanak berkenaan berada seorang diri di atas bumbung apartmen terbabit yang dipercayai terletak sekitar Kajang. Sehingga jam 6 petang tadi, video tersebut yang dimuat naik sejak 26 November lalu telah mendapat sebanyak 146 perkongsian dan 178 komen daripada netizen yang rata-ratanya menyatakan kebimbangan risiko bahaya berikutan tindakan kanak-kanak itu. Seorang netizen dikenali…

Read More

Meninggal Dunia Lepas Selesai Solat Maghrib Berjemaah. | Kluang: “Saya lihat mulutnya terkumat-kamit ketika diajarkan mengucap dua kalimah syahadah,” kata saksi kejadian seorang noja Masjid Jamek Al-Yahya, Taman Kluang Barat di sini, yang meninggal dunia sebaik selesai solat Maghrib berjemaah malam tadi. Dalam kejadian kira-kira 7.20 malam itu, Ibrahim Yasir, 70, menghembuskan nafas di pangkuan seorang jemaah, Kapten (B) Harun Othman, 59. Menurut Harun, sebaik selesai solat Maghrib, dia melihat arwah melambai sebanyak empat kali kepadanya sebelum dia menghampirinya untuk mendapatkan kepastian. “Ketika itu jemaah baharu sahaja habis mengaminkan doa dibaca imam dan sebaik menghampiri arwah, dia minta urut badan…

Read More

Kanak-Kanak 4 Tahun Maut Dicampak Dari Tingkat Empat. | Kuala Lumpur: Kanak-kanak berusia empat tahun maut dipercayai dicampak dari tingkat empat apartment di Danau Kota, di sini, hari ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Abd Hamid berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 8 pagi. “Siasatan mendapati, suspek warga Nigeria berusia 42 tahun cuba merogol salah seorang anak tirinya yang sedang tidur di ruang tamu namun cuba dihalang oleh isteri dan anak-anak yang lain. “Anak tiri mangsa berusia 19 hingga 29 tahun itu cuba menghalang suspek berang dengan kejadian itu, suspek mengamuk…

Read More

Seorang Lelaki Tak Sedarkan Diri Dalam Kereta. | Kuala Selangor: Seorang lelaki tidak sedarkan diri terperangkap dalam kereta akibat mabuk di hadapan sebuah restoran di Bandar Baru Kuala Selangor, di sini, semalam. Dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, orang ramai yang melalui lokasi itu berasa curiga melihat kereta yang diparkir di hadapan restoran terbabit. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 8.11 malam. “Sepasukan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Selangor dikejarkan ke lokasi kejadian. “Sejurus tiba, terdapat seorang lelaki berada dalam kereta…

Read More

Doktor Maut Ditetak Perompak Di Rumah Miliknya. | Kuala Lumpur: Doktor maut dipercayai ditetak dalam kejadian rompakan di rumahnya di Bangsar di sini, pagi ini. Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, mangsa bersama isterinya berada di rumah sebelum diserang dua lelaki yang memecah masuk mereka. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, kejadian dikatakan berlaku ketika bekalan elektrik di kawasan perumahan berkenaan terputus. “Berdasarkan maklumat awal, dua lelaki bersenjata tajam memecah masuk rumah mangsa. “Mangsa cedera ditetak suspek di bahagian leher dan badan manakala isteri ditetak di bahagian tangan,” katanya ketika dihubungi Harian Metro hari ini. Beliau berkata,…

Read More

Selsema Burung Dikesan Di Jepun. |TOKYO, 26 Nov (Bernama) — Sejumlah 146,000 ekor ayam akan dihapuskan di Hyogo, yang menjadi wilayah ketiga dijangkiti virus selesema burung, lapor agensi berita Sputnik, memetik media Jepun pada Khamis. Pihak berkuasa juga telah melaksanakan kuarantin pada jarak 10 kilometer (lebih enam batu), yang melarang semua pergerakan melibatkan ternakan dan telur ayam, lapor agensi berita Kyodo. Selsema H5 yang sangat patogenik pertama kali dikesan di sebuah ladang ternakan di wilayah Kagawa, dengan hampir 4,000 ayam mati antara 1 dan 4 November. Sejak itu, tujuh lagi wabak dikesan di wilayah ini, dan pihak berkuasa memerintahkan pembasmian…

Read More