Lelaki Menyamar Menjadi Wanita Mempunyai 20,000 Pengikut Di Youtube | Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah banyak memberi kesan kepada ramai orang. Ada yang kehilangan pekerjaan, dikurangkan bayaran gaji dan banyak lagi. Setiap orang mempunyai ujian hidup yang tersendiri. Di negara Jepun, seorang lelaki telah membuat keputusan untuk menyamar menjadi wanita dan membuka akaun saluran youtube. Dia telah membuka akaun tersebut sebagai seorang wanita bagi mendapatkan pendapatan daripada beberapa video yang dikongsikan di saluran itu. Chiharu, lelaki yang berusia 37 tahun itu telah mengambil inisiatif untuk menyamar menjadi wanita apabila pendapatannya terjejas akibat pandemik Covid-19. Majikannya telah memotong pendapatannya dengan…
Author: Miss Alin
Langgar Perintah Berkurung, Lelaki Maut Didenda 300 ‘Squat-Thrust’| Niat seorang lelaki yang mahu membeli sebotol air di sebuah kedai ketika peritah berkurung dijalankan mengundang padah apabila ia didenda melakukan 300 ‘squat-thrust’ sehingga mengorbankan nyawanya. Manila: Seorang lelaki maut didakwa selepas melakukan senaman ‘Squat-Thrust’ sebanyak 300 kali akibat daripada melanggar perintah berkurung semasa pandemik Covid-19 di Filipina. Menerusi laman Daily Mail, Darren Manaog Penaredondo, 28, meninggal dunia pada 3 April selepas dua hari menerima hukuman itu kerana ditangkap membeli sebotol air dari sebuah kedai di bandar General Trias di pinggir ibu kota Manila pada jam 6 petang. Rakan mangsa, Reichelyn Balce…
Sekatan Jalan Raya Ditambah Bagi Elak Rentas Negeri Ramadhan Ini | Ramadhan bakal menjengah tiba beberapa hari sahaja lagi. Semestinya ia merupakan bulan yang ditunggu oleh semua umat islam seluruh dunia. Pasti ramai yang berperancangan untuk menyambut awal ramadhan bersama dengan keluarga tercinta, tambah-tambah lagi mereka yang sudah lama tidak pulang ke kampung halaman untuk bertemu ahli keluarga yang jauh. Namun begitu, pandemik COVID-19 yang menyerang negera tidak boleh untuk kita ketepikan. Dengan itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertimbangkan untuk menambah sekatan jalan raya di beberapa tempat. Ini adalah bertujuan untuk mengelakkan orang ramai membuat perjalanan rentas negeri bagi…
Lihat Positif Larangan Tazkirah Semasa Tarawih | Larangan supaya tiada tazkirah semasa solat tarawih perlu dilihat secara positif dan tidak wajar dipertikaikan oleh umat islam terutamanya dalam tempoh negara yang masih lagi berjuang untuk melawan serta membendung penularan pandemik Covid-19. GEORGE TOWN – Mufti negeri, Datuk Seri Dr. Wan Salim Mohd Noor berkata, keputusan itu yang dibuat di dalam mesyuarat jawatan kuasa khas yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman baru-baru ini bertujuan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada ibadat solat sunat tersebut. Katanya, solat tarawih itu dilakukan ketika aktiviti dan pergerakan rakyat dibatasi dengan prosedur operasi standard…
Jabatan Mufti Perak Saran Alihkan Replika ‘Capal’ Di Masjid Bagi Mengelak Fitnah| Baru-baru ini telah tular di media sosial mengenai sebuah masjid yang menghiasi mihrab menggunakan replika berbentuk capal di Negeri Perak sehingga mendapat perhatian warganet khususnya Jabatan Mufti Perak, baru-baru ini. https://twitter.com/redzuanNewsMPB/status/1379387478444929026?s=20 Bahagian Fatwa Jabatan Mufti Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata. Hasil siasatan mendapati simbol tersebut telah diletakan di mihrab setahun lepas oleh pihak pengurusan masjid atas dasar hiasan. Serta ingin menzahirkan rasa cinta mereka terhadap Baginda Nabi S.A.W. Tambah beliau, perbuatan tersebut mungkin menimbulkan pelbagai andaian dari pelbagai pihak sehingga dapat menimbulkan spekulasi. Yang kurang menyenangkan serta…
Gara-Gara Mahukan Kereta Mewah, Wanita Rugi RM39,000 | Kehidupan yang kelihatan serba mewah seakan-akan sudah menjadi ikutan dalam masyarakat kita. Perasaan inginkan kemewahan dari segi penampilan dan harta benda kadang menjerat diri mangsa sendiri. Hal sebegini telah berlaku pada seorang wanita dari Kota Bharu, Kelantan. Keinginan seorang wanita u tuk mempunyai kereta mewah milik sendiri telah terkubur apabila dia telah ditipu oleh individu yang berurusan dengannya. Wangnya sebanyak RM39,000 telah lebur apabila ditipu oleh individu yang tidak bertanggungjawab itu. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Kelantan, Superintendan Ahmad Azizul Mohamed berkata, pada 28 Mac lalu, wanita yang berusia 20an itu…
Dua Bekas Pegawai Etnik Uighur Dihukum Mati Terlibat Aktiviti Pemisah |Penglibatan dua orang bekas pegawai kerajaan yang beretnik Uighur dalam ‘aktiviti pemisahan’ mengundang padah apabila mereka berdua dijatuhi hukuman mati. Beijing: Dua bekas pegawai kerajaan daripada ethnik Uighur di wilayah Xinjiang dihukum mati hari ini selepas didapati bersalah kerana terlibat dengan aktiviti pemisah, menurut mahkamah negara itu. Shirzat Bawudun, bekas ketua jabatan kehakiman dijatuhkan hukuman mati yang ditangguhkan untuk tempoh dua tahun kerana cuba untuk memecah-belahkan negara. Bawudun dikatakan berkonspirasi dengan organisasi pengganas, menerima rasuah dan juga melaksanakan aktiviti pemisah. Bawudun didapati bersalah kerana bekerjasama dengan Pergerakan Islami Turkestan Timur-…
Riuh! Belum Sempat Mula, Sekumpulan Pengkayak Terlebih Dahulu ‘Terjun’ Sungai. Ada Video | Aktiviti berkayak merupakan antara aktiviti yang yang sering menjadi pilihan bagi peminat sukan extreme kerana keseronokannya dalam menempuhi jeram yang berbatu serta air sungai yang deras. Namun hal sebaliknya berlaku kepada sekumpulan pengkayak selepas mereka dilihat jatuh tersungkur ke dalam sungai ketika baru sahaja ingin memulakan aktiviti mengkayak di sini, baru-baru ini. https://twitter.com/anthraxxxx/status/1378515848101462020?s=20 Video berdurasi 52 saat yang dimuat naik oleh pengguna sosial media twitter menunjukkan sekumpulan pengkayak yang kelihatan bersemangat itu sedang cuba menurunkan kayak yang mereka naiki ke dalam sebatang sungai melalui tebing yang dilseliputi…
Sedih Putus Cinta, Lelaki Terjah Masuk Pejabat JAWI| Perkara yang melibatkan perasaan terutamanya cinta memang banyak memainkan emosi seseorang. Lebih-lebih lagi apabila kita terlalu mencintai seseorang sehingga kita tidak sanggup untuk kehilangannya. Hal yang sama terjadi kepada lelaki ini yang mengalami patah hati akibat dari putus cinta sehingga beliau sanggup menerjah ruang nikah pejabat Jawi sehingga ia perlu ditenangkan oleh pihak keselamatan. Akibat mengalami tekanan perasaan disebabkan putus cinta, seorang lelaki bertindak memasuki ruang nikah pejabat Jabatan Agama Wilayah Persekutuan (JAWI), pada pagi ini. Menerusi perkongsian yang dikongsikan oleh Facebook rasmi JAWI pemuda terbabit dikatakan datang memasuki kawasan berkenaan tanpa…
Belasah madu menggunakan payung | Kebanyakan remaja pada usia yang masih muda dinihari pastinya sedang menyibukkan diri mereka dengan menyambung pelajaran di mana-mana universiti mahupun kolej. Namun, sebaliknya yang berlaku tehadap seorang remaja perempuan yang berumur 19 tahun,penuntut kolej tahun satu telah disaman atas jenayah yang telah dilakukan bersama ibunya dengan tindakan menyerang madu ibunya dan memukul menggunakan payung. Mereka dihukum selepas mengaku bersalah atas pertuduhan yang dikemukakan. Berdasarkan fakta kes, Suriyawati Jusof, 43, bersama anak keduanya dan seorang anak lelaki telah pergi ke rumah mangsa dan tiba-tiba memukul madunya iaitu isteri pertama dengan menggunakan payung. Mangsa juga dikatakan disepak…