Author: Miss Alin

Bekas Pemilik Jenama Adidas, Bernard Tapie Diikat Dan Dirompak Di Kediamannya| Seorang ‘Taikun’ Perancis merangkap bekas pemilik jenama pakaian sukan terkenal, Adidas, Bernard Tapie dan keluarganya telah diserang pencuri selepas rumah mereka dipercayai telah dirompak di Combs-La-Ville, Paris, di sini, baru-baru ini. Keluarga tersebut dipercayai sedang tidur ketika pencuri memecah masuk rumah mereka melalui tingkap di tngkat 1 iaitu sekitar jam 12:30 pagi waktu tempatan. Mereka dilaporkan telah dipukul dan diikat menggunakan wayar elektrik selepas pencuri tersebut selesai merompak rumah mereka. Bernard Tapie, 78 dikatakan telah menerima pukulan di kepala dengan sebatang kayu golf namun mangsa telah menolak untuk diberikan rawatan…

Read More

Lelaki Positif Dadah Guna Alasan Keluarga Susah Untuk Mencuri | Kesusahan hidup tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk seseorang itu mencuri. Malahan ramai lagi yang masih berusaha dengan cara yang betul untuk menambahbaik kehidupan. Namun lain pula yang terjadi pada seorang lelaki warga Indonesia ini. Seorang lelaki warga Indonesia telah ditahan kerana dipercayai mencuri. Aktiviti mencuri itu telah berjaya ditangkap melalui tangkap layar. Beliau dipercayai telah mencuri sekampit beras dan susu di Kota Tinggi, Johor pada sabtu yang lalu. Berdasarkan hasil ujian awal saringan air kencing, keputusan menunjukkan bahawa lelaki terbabit positif dadah jenis heroin. Beliau juga mempunyai 6 rekod jenayah,…

Read More

(Video) Guru Gigih Bawa Laptop Naik Atas Menara, Buat Lawatan Sambil Belajar “Online” Dengan Anak Murid | Program lawatan sambil belajar merupakan satu aktiviti yang sering dilakukan di setiap institusi pendidikan. Bermula dari peringkat rendah sehinggalah Institusi Pengajian Tinggi, program lawatan sambil belajar sering kali diadakan. Namun sejak berlakunya pandemik COVID-19 yang telah melanda dunia, program sebegini tidak dapat untuk dilaksanakan lagi untuk mengelakkan penularan virus COVID-19 dalam kalangan pelajar. Dalam satu ciapan di twitter, terdapat seorang guru yang telah berusaha keras untuk memberikan pengalaman lawatan sambil belajar kepada anak muridnya. Bagi memastikan para pelajarnya dapat merasai peluang sebegitu dn…

Read More

Youtuber Ditanam Hidup-Hidup Dalam Keranda Selama 50 Jam Untuk “Content”  Youtube. Ada Video| Seorang Youtuber terkenal telah  menghabiskan masanya di dalam sebuah keranda selama 50 jam dalam satu cabaran untuk dijadikan sebagai content di Youtube Channel MrBeast, baru-baru ini. Video berdurasi 12 minit dan 39 saat tersebut telah tular di media sosial selepas dia dipercayai membuat satu cabaran untuk tinggal di dalam keranda di bawah tanah selama 50 jam serta telah mendapat tontonan lebih 59 juta bagi video tersebut. Berdasarkan video oleh Mr Beast atau dikenali sebagai Jimmy Donaldson, dia telah berkomunikasi bersama rakan-rakannya yang turut menjayakan cabaran ini melalui…

Read More

Datuk Berusia 73 Tahun Masih Aktif, Berbadan Sado | Berbadan tegap dan berotot sering menjadi idaman para pemuda yang sering ke gimnasium untuk membina badan. Namun seorang datuk yang sudah mencecah usia  73 tahun turut tidak melepaskan peluang untuk mempunyai fizikal sebegitu. Walau sudah berusia, dia masih sihat dan mempunyai fizikal yang sering kali dikatakan sebagai ‘Sado’ dalam kalangan masyarakat. Bukan sahaja masih sihat dan mempunyai badan yang sado, malahan Ayub Said yang berusia 73 tahun ini juga gemar untuk melakukan aktiviti angkat berat. Walaupun dirinya kian dimamah usia, namun dia masih mempunyai tenaga yang luar biasa. Ayub mampu untuk…

Read More

Pengantin Lelaki Berseluar Pendek Semasa Bersanding, Ini Puncanya | Hari persandingan selalunya dihiasi dengan pengantin yang memakai baju serba moden dan mengikut adat. Namun berbeza buat pengantin lelaki ini apabila ia hanya mengenakan seluar pendek sebagai pakaian di hari persandingan. Jakarta: Hari Persandingan sememangnya akan menjadi hari yang bersejarah kerana pada hari itulah kita akan menciptakan momen bahagia bersama pasangan. oleh itu, kebanyakkannya akan memilih untuk memakai busana mewah dan mencantikkan diri supaya momen terindah itu tidak akan terlupakan. Namun baru-baru ini tular di laman media sosial di mana seorang pengantin lelaki yang melangsungkan perkahwinan  di daerah Lengkong, Wilayah Jawa…

Read More

‘Naik Minyak’, Gajah Liar Rosakkan Tanaman Serta Pijak Lembu Sehingga Mati | Penduduk di Kampung Subong, Gua Musang terpaksa berputih mata selepas terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM50,000  angkara seekor gajah liar di sini, baru-baru ini. Kejadian melibatkan seekor gajah liar yang sedang ‘naik minyak’ menyebabkn hasil tanaman kira-kira sebanyak 30o batang pokok pisang  serta dua ekor lembu ternakan  menjadi korban selepas diserang gajah tersebut kira-kira pada jam 10 malam sehingga 3 pagi itu . Menurut seorang penduduk, Zakaria Omar, 53, dalam satu  laporan bahawa gajah tersebut telah dilihat berkeliaran di kebun dua minggu yang lalu namun keadaan dilihat semakin runcing…

Read More

Kapal Dan Mata Wang Zaman Kesultanan Melayu Melaka Ditemui | Zaman Kesultanan Melayu Melaka merupakan institusi Kesultanan Melayu terawal di Tanah Melayu. Wujudnya institusi Kesultanan Melayu Melaka telah bermulalah sistem politik dalam kerajaan melayu yang digelar sebagai kerajaan. Tahun dan zaman silih berganti, namun peninggalan yang ditinggalkan akan tetap menjadi sesuatu yang berharga dan mempunyai nilai yang tersendiri untuk dikenang oleh generasi akan datang. Dengan itu generasi akan datang tidak akan sesekali lupa terhadap sejarah bermulanya institusi beraja di negara kita. 30 kepingan kayu telah ditemui dan dan dipercayai bahawa serpihan kayu tersebut merupakan struktur kapal ataupun kapal karam tinggalan…

Read More

Bayi Lahir dengan Antibodi Covid-19 |Antibodi untuk Covid-19 kebiasaannya terbina selepas seseorang mendapatkan suntikan vaksin yang telah diluluskan oleh Petubuhan Kesihatan Dunia (WHO). Hal yang sama turut terjadi kepada  seorang bayi yang dilahirkan di Sepanyol memiliki antibodi Covid-19 setelah ibunya mengmbil suntikan vaksin ketika hamilkan bayi tersebut. Madrid: Seorang bayi yang dilahirkan di Pulau Ibiza, Sepanyol didakwa memiliki antibodi COVID-19, selepas ibunya telah mengambil suntikan itu pada trimestar ketiga kehamilannya, demikian yang dilaporkan oleh media tempatan. Sampel daripada tali pusat bayi itu yang dianalisis di Hospital Son Espases, Mallorca mengesahkan dia memiliki antibodi terhadap COVID-19, lapor akhbar Sepanyol, ABC. Timbalan…

Read More

Asalkan Sudah Vaksin, Pelancong Luar Boleh Ke Phuket Tanpa Kuarantin |Di kala pandemik yang sedang kita hadapi pada ketika ini banyak tempat-tempat pelancongan tidak kira dalam mahupun luar negara tidak dapat kita kunjungi. Namun, Khabar gembira dari Thailand menyatakan bahawa mereka akan membuka sektor pelancongan mereka terhadap pelancong luar. Bangkok: Buat pengunjung asing yang bercuti di Phuket, Thailand mulai 1 Julai  depan mereka tidak perlu lagi menjalani kuarintin wajib dengan syarat mereka sudah menerima suntikan vaksin. Bloomberg melaporkan kerajaan Thailand membuat keputusan itu hasil perbincangan panel yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Prayuth Chan-Ocha dalam usaha memulihkan semula sektor pelancongan yang…

Read More