Author: Miss Alin

Mesir Anjur Perarakan Terbesar Pemindahan Mumia Firaun Di Kaherah | Perarakan secara besar-besaran telah diadakan di Mesir bagi memindahkan 22 mumia diraja mesir  dari Muzium Mesir di Tahrir ke Muzium Tamadun Nasional Mesir di Fustat di Kaherah, baru-baru ini. Perarakan bersejarah yang digelar ‘Perbarisan Emas Firaun’ itu telah disiar secara langsung kepada umum untuk melihat mumia tersebut dibawa menggunakan kenderaan berhias ala-ala Mesir Kuno. Ia juga melalui laluan sekitar bandar raya tersebut  serta dikawal ketat oleh pasukan keselamatan. Media tempatan turut melaporkan laluan konvoi tersebut telah melalui jalan raya yang dipasang lampu serta sepanduk sehingga menjadi tarikan penduduk setempat di…

Read More

“Lama Sangat Doh Dok Gi Sekolah…” ‘Mowgli Malaysia’ Teruja Kembali Ke Sekolah| Sesi persekolah telah beberapa kali tergendendala disebabkan oleh pandemik COVID-19 yang melanda negara. Namun Kementerian Pelajaran Malaysia tidak pernah mengabaikan pendidikan para pelajar Malaysia. Sesi pembelajaran diteruskan secara di atas talian. Namun begitu, kini sesi persekolah telah dibuka kembali secara berperingkat bagi mengawal penularan virus COVID-19. ‘Mowgli Malaysia’ merupakan gelaran yang diberikan kepada pelajar tingkatan 3 yang pernah tular pada tahun 2019 menerusi gambar yang diambil oleh jurugambar tempatan. Nama sebenarnya adalah Muhammad Syukur Khamis, merupakan pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin (SMKPM) di Terengganu. Beliau merasa amat…

Read More

Ibu Sakit, Ayah Pula Buta Disimbah Asid| Sudah jatuh ditimpa tangga begitulah kata-kata yang sesuai untuk digambarkan buat keluarga ini apabila si ibu disahkan mempunyai kanser manakala sang ayah buta disimbah asid. Kangar: Seorang pemuda sanggup berhenti bekerja sebagai mekanik demi menjaga ibunya yang menghidapi sakit kanser usus tahap tiga dan bapanya yang buta akibat disimbah asid dirumah mereka iaitu di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sena, di sini. Pemuda yang diberi nama Quah Kah Boon,27, merupakan anak tunggal kepada pasangan itu telah memikul tanggungjawab sebagai ketua keluarga setelah tragedi yang menimpa ayahnya Quah Swee Choong,55, pada September 2010. Swee Choong…

Read More

Mungkin Ramai Yang Tak Tahu, Boleh Buat Tuntutan Kerugian Pertunangan Jika Putus Tunang | Setiap yang berkasih semestinya menginginkan pengakhiran yang membahagiakan. Dimulakan dengan majlis bertunang bagi mengikut adat, dan disusuli dengan majlis pernikahan dan juga resepsi. Namun begitu tidak semua perancangan akan berakhir mengikut apa yang dirancang bersama seperti sebelumnya. Ikatan pertunangan merupakan satu langkah awal sebelum sepasang pasangan menjejakkan kaki ke alam perkahwinan. Langit tidak selalunya cerah, sama juga sepertimana perhubungan diantara manusia. Sekiranya apa yang telah dirancang tidak dapat diteruskan dengan jayanya dan berakhir dengan perpisahan, satu pihak lagi haruslah mengetahui apa tindakan yang perlu diambil. Ini bagi…

Read More

Sel Kanser Payudara Lebih Agresif Serang Lelaki |Bila bercakap mengenai kanser payudara semestinya ramai berfikir bahawa ia penyakit yang hanya akan dihidapi oleh kaum wanita sahaja. Namun, kanser payudara ini sebenarnya akan menyerang tidak mengira jantina. Kota Bharu: Penyakit kanser payudara sememangya lebih banyak berlaku kepada kaum wanita namun ia tidak bererti penyakit ini tidak akan menyerang lelaki. Penyakit ini bahkan lebih agresif ketika menyerang lelaki dan boleh membawa maut sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan segera. Pakar Perunding Bedah Kanser Payudara dan Edokrin Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) , Datuk Dr Imi Sairi Ab Hadi berkata secara purata…

Read More

4 Orang Terbunuh Termasuk Seorang Kanak-Kanak Dalam Nahas Tembakan Di California | Sekurang-kurangnya empat orang termasuk seorang kanak-kanak telah terbunuh dalam nahas tembakan di sebuah kompleks perniagaan berdekatan Orange, California baru-baru ini setelah mencatatkan tiga insiden penembakan secara besar-besaran yang disaksikan oleh masyarakat tempatan dua minggu terakhir ini. Jurucakap polis mendedahkan penembakan tersebut berlaku di sebuah kompleks perniagaan berdekatan sini kira-kira jam 5:30 petang waktu tempatan dan telah mengorbankan lebih empat orang termasuk seorang kanak-kanak serta didapati dua orang telah tercedera termasuk suspek tembakan tersebut. Sambungnya lagi, pegawai telah mengambil tindakan selepas menerima panggilan kecemasan mengenai tembakan yang berlaku di…

Read More

Tiada Pelanggan Ketika Covid, Pembawa Beca Hidup Seperti Gelandangan Akibat Hilang Punca Pendapatan | Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dijalankan, sesetengah sektor yang melibatkan pelancongan terpaksa bergelut untuk mencari sumber pendapatan. Hal tersebut turut dirasai oleh pembawa beca di Pulau Pinang yang menghadapi kejatuhan ekonomi ketika ini. Sebilangan besar daripada mereka yang rata-ratanya merupakan golongan warga emas telah mengubah kenderaan beca mereka menjadi tempat tinggal kerana sudah tidak mampu membayar sewa bilik malah sesetengah daripada mereka terpaksa ke tandas awam untuk mandi serta mencuci pakaian. Menurut salah seorang pemandu beca, Samsudin Ahmad, 65 dalam satu laporan mengatakan dia telah tinggal di…

Read More

Remaja 15 Tahun Mati Ditembak Di Pangsapuri Spokane Valley | Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun telah mati ditembak di luar sebuah pangsapuri di Spokane Valley di sini, baru-baru ini. Wakil Sheriff Lembah Spokane dipanggil ke kompleks perumahan di blok 9700 East Sixth Avenue setelah penduduk setempat di situ membuat laporan terdengar banyak bunyi tembakan kira-kira jam 10:50 malam, menurut laporan Spokesman Review. Pasukan penyelamat telah menemui mangsa dengan kesan luka tembakan yang mengancam nyawa sebelum memberikan bantuan perubatan kepadanya. Anggota bomba Spokane Valley serta pegawai perubatan ambulans American Medical Response tiba di lokasi namun mangsa telah disahkan meninggal di…

Read More

Kejam! Jurusolek Mati Dirogol, Dipenggal Dan Kepalanya Direbus Di Atas Dapur Gas | Seorang wanita berusia 19 tahun ditemui mati dalam keadaan mengerikan di sebuah pangsapuri berdekatan Bandar Almaty, Kazakhstan, baru-baru ini. Mangsa dikenali sebagai Ayazhan Edilova, 19, yang merupakan seorang jurusolek disyaki telah diperkosa oleh suspek sebelum dia dibunuh dengan kejam di rumah suspek. Suspek telah ditahan di rumahnya selepas pihak polis menjumpai kepala mangsa yang sedang merenung ke hadapan berada di atas sebuah dapur gas. Bahagian anggota lain mangsa turut dijumpai di tong sampah berdekatan rumah suspek selepas pihak polis membuat pencarian di kawasan sekitar untuk mendapatkan bukti.…

Read More

Bunga Sakura ‘Mekar’ Sebelum Masanya Di Jepun, Krisis Iklim Menjadi Penyebab | Bunga Sakura memainkan peranan dalam mempengaruhi budaya rakyat tempatan Jepun selama berabad lamanya kerana sering digunakan dalam puisi serta sastera tentang kerapuhan mereka yang dilihat sebagai simbol kehidupan, kematian serta kelahiran semula. Bunga Sakura yang sinonim dengan negara matahari terbit, Jepun dilaporkan telah mencapai puncak kemekarannya awal tahun ini daripada tahun-tahun sebelumnya sejak mereka membuat catatan rasmi mengenai bunga Sakura sejak 70 tahun yang lalu. Hal ini telah dikaitkan dengan krisis iklim seperti pemanasan global yang melanda, menurut pakar. Juga dikenali sebagai Cherry Blossom, ia biasanya mencapai kemuncak…

Read More