Kejam! Wanita Dirog*l 4 Lelaki Bergilir-gilir, Anak Maut Dicampak Suspek | Nasib malang menimpa seorang wanita berusia 19 tahun selepas dia dilaporkan di Rokan Hulu, Riau, Indonesia ini apabila dia dikatakan telah dirogol oleh empat orang lelaki. Lebih menyedihkan , dia yang merupakan seorang ibu terpaksa kehilangan anaknya selepas dikhabarkan anaknya yang masih bayi turut dilaporkan meninggal dunia akibat dihempas oleh lelaki berkenaan. Menurut mangsa, dia telah mengakui bahawa dirinya telah dirogol oleh empat orang lelaki secara bergilir-gilir dalam kejadian yang tragis itu. Jelasnya, dia berasa takut kerana suspek-suspek tersebut mengancam dengan memakai pisau dan ada juga yang memakai senjata…
Author: Miss Alin
(Ada Video) Amerika: Ngeri! Detik Tornado ‘Gergasi’ Melanda Kentucky | Sebuah video ‘menggemparkan’ telah dimuat naik di media sosial yang memaparkan kejadian puting beliung dan cuaca buruk di Kentucky, Amerika Syarikat, menerusi laporan fox32chicago. https://twitter.com/mitchell_knight/status/1469656473068265479?s=20 Rakaman yang berdurasi 35 saat telah dimuatnaik oleh Eddit Knight dari Sacramento di laman Twitter dimana dapat dilihat kejadian tersebut kelihatan seperti ‘filem seram’. Video itu pada awalnya berkelip dari hitam legam dan kemudiannya menjadi cerah apabila puting beliung hadir dan langit diterangi dengan kilat. Menerusi ciapan oleh Eddit Knight di laman Twitternya, dia mengatakan bahawa video itu dipercayai satu puting beliung yang mengembara sejauh…
(Ada Video) Kenapa Makanan Yang Dibaca Ayat Ruqyah Mahal ? Bolehkah Perkara Ini Diniagakan? | Khalifah Media Networks – Dewasa ini, kelihatan semakin tumbuh bagai cendawan produk-produk perniagaan yang kononnya dibacakan ayat al-Quran sama ada sepenuhnya 30 juzuk atau sebahagiannya. Namun tidak dapat juga dinafikan bahawa berlakunya peningkatan dalam kesedaran orang ramai terhadap potensi besar sektor perubatan Islam yang dilihat sebagai alternatif kepada perubatan konvensional menyebabkan banyak pihak mengambil bahagian menawarkan perkhidmatan ini. Sebagai strategi melariskan jualan, produk berkenaan dilabel dengan perkataan seperti dibacakan 30 juzuk al-Quran, dibaca ayat Ruqyah selain disebut sebagai makanan sunah. Produk ini juga dijual dengan harga…
(Ada Video) Kalau Niat Puasa Untuk Kurus Dapat Pahala Tak ? | Khalifah Media Network – Puasa merupakan salah satu rukun Islam yang wajib diketahui, diyakini dan diamal kan oleh seseorang muslim. Bagi setiap Muslim yang berpuasa, Allah akan memuliakannya. Puasa yang kita lakukan ini bukan sahaja akan memberi kepentingan di akhirat malah turut memberi manfaat dalam kehidupan kita di dunia juga. Salah satu kebaikan berpuasa di dunia ialah puasa dapat menjaga kesihatan tubuh badan setiap orang dan menjauhkan mereka daripada penyakit. Sedangkan salah satu manfaat untuk akhirat, iaitu puasa dapat menjadi perisai kita dari bahang panasnya api neraka kelak. Selain itu, puasa juga mempunyai faedah perubatan. Malah,…
(Ada Video) Detik Cemas Wanita Dan Dua Kanak-kanak Hampir ‘Digilis’ Kereta Api | Rakaman video CCTV menunjukkan detik cemas seorang wanita dan dua anaknya yang nyaris dilanggar kereta api setelah rakaman tersebut tular di media sosial selepas motosikal yang dinaiki mereka tiba-tiba mati di tengah landasan kereta api, baru-baru ini. Menerusi video tersebut, kelihatan seorang ibu sedang menunggang sebuah motosikal bersama dua anaknya yang membonceng di belakang sedang melintasi satu landasan kereta api. Namun, secara tiba-tiba motosikal yang ditunggang bersama dua anaknya itu berhenti di tengah-tengah landasan kereta api tersebut. Wanita tersebut kelihatan panik dan cuba untuk menolak motornya menyeberangi…
(Ada Video) Lubnan: 12 Maut Dalam Letupan Di Kem Pelarian Palestin | Dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 12 orang penghuni kem pelarian Palestin, Burj Shamali di selatan Lubnan maut dalam insiden letupan, baru-baru ini. https://twitter.com/SaadAbedine/status/1469404264334303236?s=20 Menurut laporan Aljazeera, tiada angka rasmi telah dikeluarkan berkaitan mangsa maut dan cedera di kem tersebut. Laporan awal menyebut, bahawa punca kebakaran bermula daripada satu lori tangki diesel dan kemudian merebak ke masjid berdekatan yang dikawal kumpulan pejuang Palestin. Menerusi Aljazeera, kebakaran berkenaan kemudian mencetuskan letupan di gudang senjata yang disimpan di masjid berkenaan. Media tempatan turut melaporkan Pendakwa Raya telah mengarahkan agensi keselamatan dan pakar senjata menjalankan…
(Ada Video) Bila Nabi SAW Wafat Siapa Mandikan Jenazah Baginda ? | Khalifah Media Network – Wafatnya Nabi Muhammad SAW merupakan duka bagi seluruh kaum Muslimin dan para kerabatnya. Ketika beliau wafat, dikatakan sejumlah tokoh besar Islam pun mengurusi jenazah beliau dengan penuh hormat. Ia diceritakan dalam kisah akhir detik kehidupan Nabi SAW seperti yang diceritakan oleh Anas Bin Malik. Kata beliau (yang bermaksud: ” Sesungguhnya Abu Bakar mengetuai solat orang ramai ketika Nabi SAW sakit yang mana ia adalah kesakitan yang menyebabkan Rasulullah SAW wafat. Sehingga tiba hari isnin, orang ramai pada ketika itu berada di dalam saf. Kemudian Rasulullah…
Guru Besar Bersubahat Bersama 9 Guru Lelaki Didakwa R*gol 4 Pelajar | Seramai sembilan guru termasuk seorang guru besar di sebuah sekolah kerajaan didakwa telah melakukan jenayah berat iaitu merogol dan mencabul empat murid di daerah Rajasthan Alwar, India, baru-baru ini. Lapor India Today, kes terbongkar selepas bapa kepada salah seorang mangsa bertanyakan alasan anaknya tidak mahu pergi ke sekolah. Mangsa yang menduduki kelas 10 kemudian memberitahu dia menjadi mangsa rogol secara berkumpulan di sekolah terbabit lebih setahun. Pelajar itu dilaporkan telah mendakwa dua guru perempuan lain bertindak merakamkan perbuatan terkutuk tersebut. Pegawai Polis Mandhana, Mukesh Yadav berkata, pihaknya menerima tiga…
(Ada Video) Lelaki ‘Tersembam’ Atas Meja Tak Sedarkan Diri, Nyaris Maut Tersedak Makanan | Telah tular satu video memaparkan detik-detik cemas seorang lelaki yang tercekik makanan di sebuah restoran di Brazil, lapor Daily Mail, baru-baru ini. Menerusi satu rakaman CCTV, lelaki tersebut dilaporkan dilihat sedang makan seorang diri sebelum memegang kepalanya dan tersembam di atas meja. Beberapa orang pelanggan lain yang juga sedang makan di restoran di perhentian Graal Petropen, Sao Paulo itu terus berlari ke arah mangsa dan cuba menyelamatkan lelaki terbabit yang dilihat terkulai berdekatan meja makannya. Seorang pekerja restoran turut dilihat datang ke tempat kejadian dan melakukan…
(Ada Video) Makcik Sanggup Redah Bahaya Demi Rakam Ombak Besar | Telah tular satu video di media sosial berkenaan seorang wanita mempamirkan lagak ‘ngeri’ selepas dia diihat berani merakamkan detik kedatangan ombak besar di pantai, dipercayai berlaku di sekitar kepulauan Indonesia, baru-baru ini. Menerusi rakaman video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok, @Ardinatacol, wanita terbabit pada asalnya dilihat berada di kawasan rumput berdekatan pantai sambil memegang kemas sebuah kamera beserta monopod di tangan. Dia kemudiannya tersenyum ke arah kamera sambil menantikan kedatangan ombak besar dari arah laut menuju ke situ, dalam masa sama sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan. Dalam…