Author: Miss Alin

Serangan Bom Tepi Jalan Bunuh 13 Anggota Tentera Di Damsyik, Syria | Sekurang-kurangnya dilaporkan 13 anggota tentera Syria terbunuh dalam satu serangan bom di tepi jalan, ketika bas mereka melintasi jambatan di pusat Damsyik pada waktu awal pagi hari Rabu, menurut media tempatan, baru-baru ini. Menerusi laporan Reuters, dikatakan bahawa stesen tv Kerajaan Syria telahpun menyiarakan beberapa gambar yang diperoleh menerusi akaun telegram berkenaan gambar dari kabin bas yang hangus, dan pekerja penyelamat dapat dilihat mengeluarkan bahagian badannya. Saluran itu melaporkan sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan tiga cedera. Difahamkan, dua alat letupan meletus ketika bas berada di jambatan Hafez al-Assad dan…

Read More

“Cadangan Bagi Rapat Saf Solat Akan Dibincangkan Tidak Lama Lagi”- Idris | Khalifah Media Network – Setelah negara kini berada di fasa Endemik, pelbagai aktiviti seperti melancong. Merentas negeri telah dibenarkan oleh kerajaan dan ia mestilah mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan. Justeru dikhabarkan bagi aktiviti masjid dan surau termasuk cadangan merapatkan susunan saf ketika solat berjemaah bakal dibincangkan tidak lama lagi. Berikutan menurut laporan Sinar Harian, baru-baru ini. Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), beliau sudah mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya mengatur Muzakarah Khas Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam…

Read More

Isu Tindakan Tegas Keatas Golongan Anti Vaksin. Ini Jawapan PM Yang Ditunggu Ramai | Berikutan isu tindakan tegas yang bakal diambil kerajaan bagi golongan antivaksin, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan bahawa Kerajaan bukan berniat mahu menyusahkan mana-mana pihak dengan mengenakan pelbagai peraturan ketika menangani pandemik COVID-19. Beliau berpendapat bahawa golongan yang enggan mengambil vaksin ini hanya menyusahkan diri sendiri kerana tidak menikmati kemudahan yang diberikan kerajaan berbanding mereka yang telah lengkap vaksinasi. Bahkan, tegas Ismail Sabri, golongan itu juga hanya menyusahkan diri sendiri apabila tidak dibenarkan masuk ke dalam masjid, pasaraya dan merentas negeri berbanding penerima…

Read More

Subuh Pertama Di Masjidil Haram Tanpa Penjarakan Fizikal | Khalifah Media Network – Dikhabarkan bahawa solat jemaah Subuh pada hari ini di Masjidil Haram di Makkah, telah berlangsung dengan kapasiti penuh jemaah dan tanpa penjarakan fizikal selepas Arab Saudi melonggarkan sekatan Covid-19, baru-baru ini. Menurut Setiausaha Agung Hal Ehwal Masjidil Haram, Dr. Saad Mohamed Al-Muhaimid, persediaan dibuat untuk pengoperasian penuh masjid itu. Dalam masa sama memastikan keselamatan semua jemaah terjamin. Walaubagaimanapun, beliau menyatakan bahawa jemaah tetap perlu memakai pelitup muka. Ketika mengunjungi masjid suci itu dan mendaftar bagi umrah dan solat menerusi aplikasi Tawakkalna dan Eatmarna. Sebelumnya, pekerja penyelenggaraan dilaporkan sudah…

Read More

(Ada Video) Anak Terlupa Kod Kunci Basikal Yang Dipasang Di Leher Ibu | Kenakalan seorang anak membawa padah selepas dia dikatakan telah memasang kunci basikal di leher ibunya namun terlupa kod kunci terbabit, baru-baru ini. Menurut laporan Oddity Central, seorang wanita di Beijing terpaksa pergi ke balai polis berdekatan bagi mendapatkan bantuan selepas kunci basikal yang dikalungkan di lehernya tidak dapat dibuka.. Pada mulanya, si ibu hanya melayan kerenah anaknya dan menganggap  anaknya yang berusia empat tahun itu hanya sekadar berjenaka, namun semuanya berubah selepas anaknya itu dikatakan telah terlupa akan kod kunci untuk membuka semula. Akibatnya, wanita itu mendapatkan…

Read More

Masjidil Haram Dan Nabawi Dibenarkan Untuk Solat Dengan Kapasiti Penuh | Berita gembira buat umat Islam di seluruh dunia selepas kedua-dua masjid utama umat Islam iaitu Masjidil Haram dan Masjid Nabawi dilaporkan bakal membenarkan untuk berjemaah dengan kapasiti penuh, baru-baru ini. Menurut laporan Bernama, berikut merupakan enam  perkara berkaitan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 terbaharu yang diumumkan kerajaan Arab Saudi pada Jumaat. Menerusi infografik yang dimuat naik di laman Twitter rasminya, Kementerian Dalam Negeri (MOI) Arab Saudi memaklumkan kerajaan tidak lagi mewajibkan pemakaian pelitup separuh muka di tempat terbuka, kecuali di beberapa tempat tertentu dan tertutup termasuk di kedua-dua…

Read More

Malaysia Sumbang 5 juta, Bantu Bina Semula Klinik Al-Rimal, Palestin | Malaysia dikhabarkan akan menyumbang kepada Palestin sebanyak RM5 Juta bagi membina semula Klinik Al-Rimal yang menempatkan satu-satunya makmal ujian COVID-19 di Gaza yang mengalami kerosakan akibat serangan udara Israel pada Mei yang lalu. Satu pertukaran Nota (EoN) berkaitan sumbangan terbabit telah dimeterai oleh Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah dan Duta Palestin ke Malaysia Walid Abu Ali di Kementerian Luar (Wisma Putra), di sini pada Khamis. Menurut Saifuddin, sumbangan menerusi Tabung Bantuan Bencana Negara di bawah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu mencerminkan sokongan padu Malaysia terhadap kerajaan dan rakyat Palestin.…

Read More

Ngeri! Dua Kenderaan ‘Terbenam’ Dalam Bumi Ketika Parkir Di Jalan Raya | Dua buah kenderaan dilaporkan dengan ‘dramatiknya’ telah ditelan ke dalam tanah selepas jalan raya tempat kenderaan tersebut diparkir secara tiba-tibanya terbentuk lubang dengan sendirinya di Rusia, baru-baru ini. Menurut laporan Mirror, kejadian tersebut berlaku di sebatang jalan raya di Novosibirsk, iaitu bandar raya ketiga terbesar di negara itu. Jurucakap polis berkata, lubang tersebut dikatakan terjadi disebabkan oleh salah satu paip air panas di bawah tanah telah pecah sehingga menyebabkan kenderaan jenis Toyota Corolla Spacio dan Nissan Juke yang diparkir di luar sebuah bangunan perniagaan tersebut terbenam ke dalam…

Read More

Kejam! Sanggup Bunuh, Gunting Mayat Dan Minum Darah Kawan Akibat Ritual Ilmu Hitam | Gara-gara mempercayai amalan ilmu hitam, seorang lelaki didakwa telah melakukan perbuatan yang kejam terhadap rakannya sendiri selepas dia dilaporkan telah membunuh, memotong mayat mangsa menggunakan gunting, membakar mayat dan meminum darah dalam satu acara ritual di Brazil, baru-baru ini. Mangsa dikenali sebagai Binman Antonio, 33, dikatakan sedang tidur ketika kejadian tersebut berlaku namun tiba-tiba sahaja suspek telah melompat ke atas badan mangsa di sebuah rumah di Samambaia, berdekatan Brasilia, Brazil, menurut laporan daily mail. Hasil siasatan mendapati, suspek telah membunuh mangsa terlebih dahulu sebelum dia menggunting…

Read More

(Ada Video) Wanita Ini Bertindak Goreng ‘Arwana’ Belaan Suami Gara-gara… | Tular satu video di media sosial mengenai aksi berani wanita ini selepas dia dikhabarkan dengan beraninya mengoreng ikan belaan jenis ‘Arwana’ yang dikatakan milik suaminya selepas dikhabarkan malas mencuci akuarium ikan tersebut, baru-baru ini. Gara-gara berasa berang dengan janji ‘manis’ suaminya, isteri ini sempat merekodkan detik-detik ikan tersebut digoreng dan memuatnaik video tersebut ke dalam akaun Tiktok peribadinya. Menerusi video tersebut juga, dia menjelaskan asbab mengapa dia menggoreng ikan terbabit meskipun ia sangat disayangi oleh suaminya. Menurutnya, pada awal kejadian, dia telah beberapa kali meminta agar suaminya membersihkan akuarium…

Read More