Lelaki Berusia 93 Tahun Menjadi Youtuber Permainan Video Terkenal | Usia tidak menjadi penghalang kepada seseorang untuk menerokai sesuatu perkara baru yang diminati. Hal i ni telah berjaya dibuktikan oleh seorang lelaki yang berusia 93 tahun dari Jepun apabila beliau kini merupakan seorang youtuber permainan video terkenal. Lelaki itu merupakan seorang pesara pemandu teksi, kini dia banyak menghabiskan masanya dengan bermain permainan video lumba kereta. Dia juga mempunyai saluran YouTube yang memaparkan aksinya memandu kereta di dalam permainan video berkenaan. Lelaki itu mulai menjadi tular apabila cucunya memuat naik video rakaman dia bermain permainan video lumba kereta. Lengkap dengan kelengkapan…
Author: Miss Alin
Operasi Haji Malaysia Ditangguh Oleh Tabung Haji | Kerajaan Arab Saudi telah memuktamadkan bahawa tiada jemaah negara luar termasuk Malaysia yang akan dibenarkan ke Tanah Suci dan keputusan itu telah dimuktamadkan. Selaras dengan keputusan yang dibuat itu, Tabung Haji (TH) hari ini mengambil keputusan untuk menangguhkan segala operasinya berkaitan. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Datuk Seri Amrin Awaluddin, keputusan itu diambil atas faktor keselamatan dan kesihatan semua. TH menerima keputusan yang telah dibuat oleh pihak Arab Saudi dan kerajaan Malaysia dengan hati yang terbuka walaupun sudah bertungkus lumus dan membuat perancangan operasi haji sehingga ke saat…
18 Orang Terbunuh Dalam Insiden Serangan Di Afrin | Sekurang-kurangnya 18 orang terbunuh dalam satu insiden serangan ke atas bandar Arfin yang dikuasai pemberontak di Utara Syria. Kumpulan Pemantau Syria untuk Hak Asasi Manusia, berkata kebanyakan daripada mangsa adalah pesakit dan kakitangan sebuah hospital. Menurut seorang pengawas perang badan pemantau itu, seorang doktor, tiga kakitangan hospital, dua wanita dan dua kanak-kanak terkorban di hospital Al-Shifaa di bandar yang ditahan pemberontak disokong oleh Turki. Menurut kumpulan pemantau itu, seorang komander juga maut di hospital berkenaan sementara itu seramai 23 orang lagi mengalami kecederaan. Seorang wartawan AFP turut menunjukkan visual rakaman pekerja…
Ratusan Anak Ikan Patin Mati Kerana Sisa Kilang Kertas | Kebanyakan kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan disalirkan ke dalam sungai- sungai berkenaan. Masalah timbul apabila cecair kimia yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang boleh mencemarkan air sungai. Terbaru, ratusan ikan sangkar Sungai Pahang di kampung Pengkalan Manggis di Temerloh, mati dipercayai akibat pencemaran berpunca dari sebuah kilang kertas berhampiran. Penduduk mendakwa air Sungai Pahang berubah hitam serta berbau busuk pada 9 Jun lalu menyebabkan anak ikan yang diternak dalam sangkar mati. Sementara itu, pengusaha ikan sangkar, Mohd Zahir Ibrahim, 37, berkata,…
Suami Isteri Berdepan Detik Cemas, Bayi Baru Lahir Tertukar Di Hospital | Seringkali kita lihat kejadian bayi tertukar ini hanyalah dalam drama atau sinetron yang disiarkan di televisyen sahaja. Namun, tidak disangka kejadian seperti ini dialami sendiri oleh seorang wanita yang juga merupakan usahawan dalam talian. Sepasang suami isteri berdepan detik cemas selepas menyedari anak kedua mereka yang dilahirkan Jumaat lalu di sebuah hospital swasta di Shah Alam, tertukar dengan bayi lain, semalam. Kejadian itu dikongsikan usahawan wanita, Siti Suriani yang dikenali sebagai Siti Jamumall melalui satu perkongsian di Facebook (FB) Live bermula pada pukul 7.40 malam semalam. Menurut wanita berkenaan,…
10 Anggota Pembersih Lombong Maut Dalam Serangan Senjata Di Afghanistan | Seorang lelaki bersenjata dan bertopeng dilaporkan telah menyerbu perkarangan organisasi pembersihan lombong di utara Afghanistan sebelum membunuh sekurang-kurangnya 10 pekerja dan mencederakan 16 yang lain menurut laporan media tempatan, baru-baru ini. Dikatakan tempat tersebut mempunyai lebih 110 pekerja di kem badan amal HALO Trust ketika itu di wilayah Baghlan pada waktu serangan pada Selasa malam. James Cowan, ketua eksekutif organisasi yang berpusat di UK, memberitahu Al Jazeera bahawa lelakibersenjata itu ingin mencari orang tertentu dari kumpulan etnik tertentu. Kemudian pada hari Rabu, kumpulan pemantau perisikan SITE mengatakan kumpulan bersenjata…
Hutan Di Pinggir Baitulmaqdis Milik Israel Terbakar | Sejumlah penduduk perlu berpindah apabila sebuah kawasan hutan di pinggit Baitulmaqdis terbakar. Penduduk di situ terpaksa berpindah pada rabu sebelum sebelum anggota-anggota bomba Israel berjaya mengawal kebakaran itu. sebuah lebuh raya dari Baitulmaqdis ke Tel Aviv telah ditutup disebabkan oleh kebakaran itu. Sebuah laluan kereta api yang menghubungkan dua bandar utama Israel turut sama ditutup. Polis menyatakan kebakaran itu yang berlaku kira-kira 15 kilometer ke barat laut Baitulmaqdis berjaya dikawal selepas ia merebak ke kawasan seluas 265 hektar walaupun kebakaran kecil masih berlaku. Setakat ini punca kebakaran masih tidak diketahui. Kebakaran itu…
Keluarga Islam Di Kanada Terbunuh Dalam Serangan Trak Akibat ‘Islamophobia’ | Islamphobia sekali lagi menimbulkan kerisauan umat Islam selepas seorang lelaki telah didakwa membunuh empat anggota keluarga Muslim Kanada dengan membawa mereka ke dalam trak pikapnya, menyasarkan mereka dalam serangan yang didorong oleh kebencian, kata polis, baru-baru ini. https://twitter.com/reuterspictures/status/1402257192607227913?s=20 Polis di London, Ontario mengatakan bahawa Nathaniel Veltman iaitu suspek berusia 20 tahun melompat di tepi kenderaannya pada hari Ahad, memukul lima anggota keluarga, berusia antara 9 hingga 74 tahun, dan kemudian memandu dengan kelajuan tinggi . Veltman, seorang penduduk London yang ditangkap selepas kejadian itu, telah didakwa dengan empat tuduhan…
500 Juta Dos Vaksin Covid-19 Bakal Disumbang Kepada Negara Miskin – Joe Bidin | Amerika Syarikat (AS) difahamkan telah mengumumkan untuk menyumbang kira-kira 500 juta dos vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech kepada 92 buah negara yang berpendapatan rendah untuk tempoh-tempoh akan datang menurut laporan media tempatan. Pengumuman insentif tersebut bakal diumumkan oleh Joe Biden iaitu sebelum bermulanya Sidang Kemuncak G7 pada Khamis tidak lama lagi selepas mereka dijangka akan mengedarkan 200 juta dos pada tahun ini manakala bakinya diedarkan tahun depan. Amerika Syarikat sebelum dilaporkan berdepan dengan tekanan agar negara tersebut dapat meningkatkan akses vaksin kepada negara berpendapatan rendah. Menurut ulasan…
Polis Kesan Penipuan Yang Ditawarkan Agensi Pelancongan Berkaitan Pakej Haji | Khalifah Media Networks – Sebagai umat islam, menunaikan ibadah haji merupakan salah satu rukun islam yang kelima. Perjalanan untuk menunaikan ibadat haji tidak sama dengan perjalanan lain yang bersifat peribadi seperti bekerja dan melancong. Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan satu bentuk penipuan berkaitan pakej haji, umrah dan badal haji bagi tahun 2021. Berikutan yang ditawarkan beberapa agensi pelancongan sejak kebelakangan ini. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Kamarudin Md Din berkata, penawaran pakej sedemikian amat meragukan. Hal ini kerana ia ditawarkan walaupun dalam tempoh negara dilanda…