Ini Surat Yang Hamas Hantar Kepada Jokowi Buat Ramai Sentap | Pemimpin pejuang Hamas, Ismail Haniyeh kembali menulis surat kepada Presiden Jokowi pada Selasa lalu (18 Mei 2021). Ia adalah berkaitan peningkatan serangan lsraeI terhadap penduduk PaIestine baru ini. SURAT KEPADA JOKOWI Pertama, isi kandungan surat itu meminta supaya Presiden Jokowi untuk segera bertindak bagi mengumpul sokongan dari negara Arab, negara Islam serta komuniti antarabangsa. Tindakan ini bertujuan bagi menyatakan ketegasan mereka dalam menghentikan keganasan serta serangan tentera Zionls ke wilayah Jalur Gaza. Jokowi dipinta untuk memberi sokongan serta mendesak lsraeI bagi menghentikam pengusiran terhadap warga PaIestine di Jurusalem. Ini…
Author: Miss Alin
Masjid Perlis Ditutup Kepada Orang Awam, Elak Penularan Covid-19 | Khalifah Media Networks – Seperti yang kita sedia maklum, Malaysia pada ketika ini sedang menghadapi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik Covid-19 yang menunjukkan peningkatan mendadak dan tidak ada tanda-tanda untuk penularan itu menurun. Kangar: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memutuskan untuk mengehadkan aktiviti pengimarahan semua masjid di negeri ini. Bermula hari ini bagi mengelak penularan tempatan Covid-19. Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, tindakan itu susulan kewujudan kluster baharu. Penularan wabak membabitkan sebuah syarikat perkhidmatan di Kampung Bakau, di sini. Beliau berkata, masjid di…
Ibu Bapa Positif Covid-19, Lima Beradik Jaga Diri Sendiri Kuarantin Di Rumah | Tiada siapa mahu dijangkiti wabak Covid-19 yang pada ketika ini masih belum ada penawar tetapi siapa kita untuk menolak ketentuan Ilahi. Segala yang berlaku ada hikmahnya dan ujian itulah yang menginsafkan kita semua. Gua Musang: Malang tidak berbau apabila lima beradik terpaksa menjaga diri mereka sendiri apabila kedua ibu bapa mereka telah disahkan positif Covid-19. Mereka terpaksa reda untuk kuarantin di rumah dan patuh dengan arahan pihak yang berkenaan. “Kami lima beradik reda kuarantin di rumah dan patuh dengan arahan pihak terbabit apabila ibu bapa disahkan positif…
Guna Nama Melayu ‘Kak Siti Ayam Penyet’, Rupanya Pengusaha Bukan Muslim | Apabila wujudnya norma baharu yang perlu dipatuhi kini, sewajarnya masyarakat takut untuk keluar dari rumah ekoran pandemik Covid-19 yang masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berkurang. Dengan itu, semestinya mereka akan menggunakan perkhidmatan pemesanan makanan secara online untuk memesan apa sahaja makanan yang mereka inginkan hanya dari rumah sahaja. Namun dikatakan, terdapat pengusaha yang menggunakan nama Melayu tetapi dipercayai pengusaha tersebut bukan dari kalangan yang beragama Islam. Johor Bahru: Peniaga bukan Muslim yang menjalankan perniagaan makanan ‘Kak Siti Ayam Penyet’ yang tular baru-baru ini kerana dipercayai mengaburi pelanggan beragama Islam…
Penjaga Stor Ditemui Meninggal Dunia Di Dalam Tandas | Seorang penjaga stor ditemukan meninggal dunia di dalam tandas di Stesen Janakuasa Elektrik Tenaga Nasional Berhad di Paka, Dungun, Terengganu, malam tadi. Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, kira-kira jam 9 malam mangsa, Abdul Raman Abu Bakar, 57, dilihat dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anggota polis bantuan Tuan Sharihairul Ami Tuan Hamzah, 37, yang ketika itu sedang mencari mangsa. Katanya, isteri mangsa menghubungi anggota polis bantuan yang bekerja di situ dan meminta tolong mencari Abdul Rahman setelah ia tidak pulang ke rumah untuk makan tengah hari dan tidak…
Penduduk New York Adakan Tunjuk Perasaan Bantah Serangan Israel Terhadap Palestin | Setelah beberapa negara barat lain menunjukkan solidariti mereka terhadap rakyat Palestin dengan turun ke jalan raya bagi mengadakan tunjuk perasaan, kali ini penduduk New York juga dilihat turut serta turun ke jalan bagi mengadakan demonstrasi bagi membantah serangan yang telah dilakukan oleh tentera Zionis terhadap rakyat Palestin sehingga mengakibatkan kematian orang awam yang tidak berdosa. Penduduk New York kini dilihat telah berhimpun di jalan-jalan raya di pusat bandar Manhattan sambil mengibarkan bendera Palestin serta memakai selempang “keffiyeh” ketika berhimpun di hadapan Konsulat Jeneral Israel di New York, baru-baru…
Pesawat Perancis Guna Minyak Masak Terpakai Bagi Kurangkan Pelepasan Karbon Di Udara | Pesawat jenis Airbus 350, AIR France-KLM dilaporkan telah menerbangkan pesawat tersebut dari Paris menggunakan bahan api bio bagi mengadaptasi penggunaan bahan bakar dengan pelepasan karbon yang agak rendah. Langkah tersebut telah diambil oleh syarikat penerbangan berkenaan semasa pesawat jenis Airbus tersebut dijadualkan membuat penerbangan ke Montreal, Kanada berikutan pesawat tersebut dikatakan telah digerakkan dengan campuran 16% bahan bakar penerbangan lestari (sustainable aviation fuel atau SAF). Penerbangan Air France 342 itu berlepas dari lapangan terbang Charles de Gaulle menggunakan bahan bakar tersebut yang dihasilkan oleh syarikat penapisan minyak Total di…
‘Sportcheck’ Tempat Kerja Perlu Dilakukan, Elak Penularan Wabak Covid-19 | Pada hari ini, kita semua sedang berhadapan dengan situasi yang agak membimbangkan berikutan penularan jangkitan Covid-19 yang semakin meningkat di negara ini. Kuala Lumpur: Pemeriksaan mengejut perlu dilakukan pihak berkuasa di tempat kerja bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sekali gus mengekang penularan jangkitan Covid-19. Presiden Persatuan Pengguna Melayu Malaysia (PPMM), Che Hassan Che Johan berkata, ia susulan peningkatan kes positif Covid-19 di negara ini yang membimbangkan dengan hampir setiap hari terdapat kluster baharu berkaitan tempat kerja dilaporkan. Menurutnya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Jabatan Tenaga Kerja (JTK) dan Polis…
Rejim Zionis Teruskan Cubaan Bunuh Pemimpin Pejuang Hamas | Serangan demi serangan yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas Palestin walaupun mendapat kutukan yang bertubi-tubi daripada orang ramai di seluruh dunia ekoran tindakan kejam yang dilakukan mereka. Baitulmaqdis: Rejim zionis telah melakukan dua cubaan membunuh pemimpin pejuang Hamas dalam serangan berterusan di Semenanjung Gaza, sejak 10 Mei lalu, seperti dilaporkan Agensi Anadolu yang memetik laporan media Israel, semalam. Sumber risikan rejim zionis berkata, tentera gagal membunuh ketua Briged Ezzeddin al-Qassam Hamas, Muhammad Deif, tetapi enggan mengulas lanjut, seperti dilaporkan akhbar Times of Israel. Dalam pada itu, dikatakan pembunuhan Muhammad Deif adalah…
Viva Palestina Malaysia Hantar Lebih Banyak Bantuan Perubatan Di Gaza | Seperti yang kita tahu, serangan rejim Zionis terhadap Palestin semakin berterusan dan masih tidak serik walaupun telah mendapat kutukan dan kecaman orang ramai di seluruh negara. Bahkan, tindakan tentera Israel yang menyasarkan serangan udara mereka terhadap institusi kesihatan dikatakan akan memberi kesan yang amat buruk kepada sistem penjagaan kesihatan di Gaza. Kuala Lumpur: Pengerusi Viva Palestina Malaysia (VPM), Datuk Dr Musa Mohd Nordin, berkata pihaknya bertindak segera dengan menghantar lebih banyak bekalan perubatan kepada Kementerian Kesihatan di Gaza yang bernilai RM42,000. Menurutnya, sumbangan yang berjumlah sebanyak RM126,000 untuk tujuan perubatan…