Tidak Sedar Isteri Tertinggal Sejauh 150km | Seorang suami di Thailand melakukan kesalahan ‘besar’ apabila meninggalkan isterinya lebih 150 kilometer (km) selepas berhenti membuang air kecil di tepi jalan. Kejadian berlaku ketika Boontom Chaimoon, 55, dan isterinya, Amnuay Chaimoon dalam perjalanan pulang ke Maha Sarakham dari Bangkok selepas bercuti sempena Hari Natal lalu. India Times melaporkan percutian pasangan itu berjalan lancar hinggalah mereka nekad pulang untuk menyambut tahun baharu di rumah dan bergerak pada jam 3 pagi. ketika perjalanan itu, Boontom tiba-tiba berasa mahu kencing dan memberhentikan keretanya di tepi jalan, namun dia tidak sedar isterinya turut keluar dari kereta…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Ingatkan Sakit Biasa, Rupanya Lipas Dalam Telinga | Satu video memaparkan seorang wanita terpaksa dikejarkan ke hospital selepas telinganya dimasuki seekor lipas menjadi tular di media sosial Indonesia, lapor Suara.com. Video yang di muat naik oleh @fakta.indo di Instagram pada Khamis, 29 Disember lalu telah menunjukkan seorang jururawat di hospital sedang memeriksa telinga seorang wanita. Berdasarkan video itu, jururawat tersebut dilihat berjaya mengeluarkan seekor lipas daripada telinga pesakit dengan menggunakan pengepit. Menurut keterangan di video tersebut, wanita itu pada awalnya mengadu sakit di telinga kanannya. Setelah pemeriksaan dilakukan, ternyata terdapat seekor lipas di dalam telinga wanita berkenaan. Kejadian yang menimpa wanita…
Helikopter Bertembung: Empat Terbunuh, Tiga Cedera Parah | EMPAT penumpang terbunuh, manakala tiga lagi cedera parah dalam nahas dua buah helikopter bertembung di Gold Coast, Selatan Brisbane, Australia pada Isnin. Menurut laporan agensi antarabangsa, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2 petang waktu tempatan di lokasi pelancongan itu. Siasatan awal mendapati bahawa kedua-dua helikopter berkenaan bertembung sesama sendiri, sebelum terhempas di beting pasir tidak jauh dari pantai Sea World Resort. Difahamkan, ketika kejadian tersebut kira-kira 13 penumpang menaiki kedua-dua buah helikopter berkenaan. Enam penumpang lain telah mengalami kecederaan ringan termasuk luka akibat terkena serpihan kaca dan telah dihantar ke hospital berhampiran…
Angkasawan ‘Terperangkap’ Di ISS | Sekumpulan angkasawan terperangkap di orbit mengelilingi Bumi, selepas kapal angkasa dinaiki mengalami kerosakan besar. Portal The National News melaporkan, penyelamat sedia untuk membawa mereka pulang, tetapi ada satu masalah besar. Hanya ada empat kerusi, namun terdapat tujuh angkasawan. Kedengarannya seperti plot filem Hollywood, Armageddon atau Gravity. Sebenarnya, ia dilema kehidupan sebenar yang mungkin dihadapi angkasawan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) selepas kapsul Soyuz Rusia rosak teruk sehingga mungkin tidak dapat dibaiki. Angkasawan Rusia, Dmitry Petelin dan Sergey Prokopyev serta angkasawan Amerika Syarikat,Frank Rubio tiba di ISS pada September dengan kapal Soyuz sama dijadualkan membawa mereka…
Enggan Tegakkan Tempat Duduk Dalam Pesawat, Lelaki ‘Lunyai’ Dibelasah | Gara-gara enggan meletakkan tempat duduk ke posisi asal sebelum pesawat berlepas, seorang lelaki diserang oleh penumpang pesawat lain. Walaupun pramugara meminta semua penumpang meletakkan tempat duduk pada kedudukan tegak dan memasang tali pinggang keledar, lelaki itu tetap berdegil dan gagal mematuhi arahan tersebut. Penumpang itu memberikan alasan dia perlu berbaring kerana mengalami sakit belakang ketika menaiki pesawat Thai Smile Airways yang akan berlepas ke Kolkata, India dari Bangkok. Penumpang itu berkata dengan penuh angkuh bahawa dia kerap menaiki pesawat dan tahu apa yang dia buat sekarang. Kru kabin berusaha menjelaskan…
Penduduk Sangka Ternampak UFO, Rupanya Roket Tentera | Khabar angin mengenai penampakan objek terbang tidak dikenali (UFO) sehingga meninggalkan jejak wap berwarna pelangi dan cahaya misteri di ruang udara Korea Selatan rupa-rupanya hanya latihan ketenteraan. Perkara itu disahkan selepas tentera negara itu mengaku pihaknya adalah ‘dalang’ di sebalik objek misteri yang heboh diperkatakan dalam media sosial. Menurut Kementerian Pertahanan, objek melambung tinggi di langit itu adalah satu bentuk roket baharu yang sedang dibangunkan oleh pihak tentera. Pihaknya menjelaskan latihan tersebut tidak dimaklumkan lebih awal kerana melibatkan isu sensitif keselamatan ketenteraan negara. Bagaimanapun, bentuk roket yang menimbulkan situasi panik dalam kalangan…
18 Kanak-kanak M@ti Selepas Minum Ubat Sirap | Sekurang-kurangnya 18 kanak-kanak Uzbekistan maut selepas dipercayai mengambil sirap ubat keluaran sebuah farmaseutikal India. Kementerian kesihatan negara itu berkata, 18 daripada 21 kanak-kanak mengambil sirap Doc-1 Max, sebelum mengalami penyakit respiratori akut dan meninggal dunia. Mengikut laman web syarikat berkenaan, ubat itu dipasarkan sebagai rawatan untuk gejala selesema. Ia didakwa mengandungi Ethylene Glycol yang menurut kementerian itu dalam kenyataan yang dikeluar kelmarin, adalah bahan toksik. Turut dilapor bahawa kanak-kanak diberikan ubat sirap itu tanpa preskripsi doktor, sama ada oleh ibu bapa atau atas nasihat ahli farmasi. Bagaimanapun, tidak pasti sama ada kesemua mereka…
[VIDEO] Lelaki Semangat Nak Kahwin Sampai Salah Tarikh Nikah | Pastinya mendebarkan buat kedua-dua belah pihak apabila menanti hari untuk menghalalkan hubungan. Pelbagai aspek yang dirisaukan buat bakal pengantin dalam memastikan kelancaran majlis yang bakal berlangsung. Namun, lain pula kisah pemuda ini yang terlebih semangat untuk berkahwin apabila mahu berangkat terus ke lokasi nikah pada Isnin lalu. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda yang lengkap berbusana itu kelihatan sudah bersedia untuk akad nikah sebagai suami. Ketika sedang menuju ke pintu untuk keluar, pemuda tersebut mula menyedari dirinya tersalah tarikh nikah apabila ditegur oleh kakaknya. Melulu masuk ke bilik…
Rusuhan Di Peru Ragut 28 Nyawa | Gelombang rusuhan yang melanda Peru sudah meragut 28 nyawa sejak minggu lepas, menurut Pejabat Ombudsman pada Selasa. Menurut laporan Pejabat Ombudsman, Sputnik melaporkan bahawa seramai 22 orang awam maut dalam pertempuran, enam orang akibat nahas jalan raya yang berkaitan dengan langkah sekatan susulan rusuhan itu. Selain itu, 661 orang termasuk 371 orang awam dan 290 pegawai polis cedera dalam rusuhan ini. Bantahan terhadap kerajaan sementara mula tercetus di seluruh Peru berikutan pemecatan dan penyingkiran bekas presiden Pedro Castillo pada 7 Disember. Perdana Menteri, iaitu Dina Boluarte telah mengangkat sumpah sebagai presiden baharu dua…
Ibu Meninggal Dunia Sehari Selepas Sambut Ulang Tahun Kelahiran Anak Kali Pertama | Setiap pasangan ibu bapa semestinya ingin menyambut ulang tahun kelahiran anak mereka dengan pelbagai persediaan bagi memeriahkan lagi majlis yang bakal disambut bersama. Menerusi perkongsian di TikTok, pasangan suami isteri itu menyambut hari kelahiran anak mereka, Haider Yusuf yang berusia setahun. Namun, kejadian yang tidak diduga itu menyayat hati seluruh keluarga apabila ibu, Athirah Jaafar, meninggal dunia sehari selepas meraikan ulang tahun pertama anaknya. Al-Fatihah Athirah Jaafar. Semoga ibu Yusuf ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Semoga Yusuf membesar menjadi anak yang soleh. Sementara itu, Allahyarhamah Athirah sempat…