Sebatang Bar Keluli Tertusuk Pada Muka Pekerja Pembinaan | Akhbar Daily Star kelmarin melaporkan bahawa seorang pekerja pembinaan di Turkiye hampir menemui ajal selepas sebatang bar keluli tertusuk pada mukanya dan menembusi bahagian dalam wajah sehingga beberapa sentimeter dari otaknya. Celal Sayar yang berumur 39 tahun, mengalami kemalangan itu apabila dia terjatuh ke atas sebatang bar keluli di sebuah tapak pembinaan, yang kemudian menembusi tulang pipinya hingga ke belakang mata. Gambar kejadian memaparkan Sayar terbaring dalam keadaan tidak bermaya di atas katil hospital dengan sebatang bar keluli terkeluar dari sebelah kanan mukanya. Sayar dianggap bertuah kerana masih hidup selepas…
Author: Daachayani Arul Sekaran
Empat M@ut Akibat Tanah Runtuh, Banjir | Dalam kejadian tanah runtuh di Gowa, wilayah Sulawesi Selatan pada hari ini, seorang maut manakala seorang lagi masih hilang dikhuatiri tertimbus. Dua kenderaan jenis van dan pikap yang dinaiki mangsa diseret hingga ke bahu jalan menghubungkan Parangloe dan Tinggimoncong ketika hujan lebat serta kondisi tanah yang tidak stabil. Jurucakap Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia Abdul Muhari berkata agensi pengurusan bencana daerah dikerah ke lokasi untuk menyelamat mangsa dan mengalihkan tanah runtuh. Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik meramalkan kawasan itu masih berpotensi mengalami hujan hingga Sabtu ini, katanya dalam satu kenyataan. Sementara itu, Abdul Muhari berkata…
Semasa Siaran Langsung, Gajah ‘Ganggu’ Wartawan | Tugas seorang wartawan ialah melaporkan tentang berita-berita terkini serta menyampaikan maklumat-maklumat kepada masyarakat. Menjadi seorang wartawan tidak mudah kerana akan menghadapi pelbagai rintangan ketika melakukan liputan secara langsung di luar studio. Baru-baru ini satu video yang amat mencuit hati yang telah dikongsi oleh BBC News tentang seekor anak gajah yang menganggu seorang wartawan ketika sedang melaporkan berkenaan aktiviti anak-anak gajah di pusat pemuliharaan untuk Perbadanan Penyiaran Kenya (KBC). Video yang berdurasi 24 saat itu menunjukkan telatah seekor anak gajah menganggu wartawan tersebut ketika membuat liputan siaran langsung. Menerusi video itu dapat dilihat beliau yang sedang…
Ibu Dikecam Kerana Benarkan Anak ‘Ubah’ Mata | Seorang ibu di Jepun menerima kecaman kerana membenarkan anak perempuannya yang berusia sembilan tahun menjalani pembedahan kelopak mata untuk menjadi lebih cantik. Di Jepun, pembedahan plastik adalah sah untuk sesiapa yang berumur di bawah 18 tahun selagi mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga yang sah. Menurut laporan VICE Asia, baru-baru ini, sesetengah ibu bapa menggalakkan anak mereka menjalani rawatan kosmetik sebagai prosedur untuk meningkatkan penampilan fizikal mereka. Dalam episod terbaru siri Deadly Beauty, majalah dalam talian itu memaparkan Rucchi dan Micchi, pasangan ibu dan anak Jepun yang saluran YouTubenya memfokuskan pada solekan dan…
Penduduk Roboh Sekatan Disebabkan Penat Dengan ‘Lockdown’ | Penduduk yang dikenakan perintah berkurung Covid-19 di hab pembuatan di selatan China di Guangzhou, merobohkan sekatan yang bertujuan untuk mengurung mereka di rumah. Penduduk tersebut bertindak melakukan protes di jalanan sebagai memberontak arahan dikuatkuasakan dengan ketat, menurut video dan imej yang tular di media sosial. Beberapa imej menunjukkan orang ramai bersorak dan melintasi sekatan yang dirobohkan dan memenuhi jalanan. Ia selepas daerah Haizhu di bandar itu berada di bawah sekatan yang diperketatkan sejak 5 November. CNN melaporkan, bunyi penghadang logam yang jatuh bergema di seluruh kawasan kejiranan dan sorakan kedengaran dalam rakaman yang…
Pecah Rekod, Pengantin Perempuan Terima Mas Kahwin RM14.5 Juta | Media tempatan melaporkan bahawa seorang pengantin lelaki Kuwait menawarkan pengantin perempuannya, mas kahwin AS$3.2 juta (RM14.5 juta), menjadikan antara yang tertinggi dicatatkan dalam sejarah negara itu. Portal Gulf News memetik laporan akhbar Al Rai, pengantin lelaki memberi pasangannya cek bank untuk satu juta dinar Kuwait. Akhbar itu memetik pihak berkuasa mengatakan, nilai mas kahwin di Kuwait antara KD1 dan 250,000 mengikut status sosial pengantin lelaki atau keinginannya untuk mendaftarkan mas kahwin dalam akad nikah atau tidak. Tahun lalu, Kuwait mencatatkan gabungan kadar perkahwinan dan perceraian tertinggi dengan kadar perkahwinan meningkat…
Lelaki Disangka M@ti ‘Hidup’ Semula | Seorang lelaki yang disangka sudah meninggal dunia, dikejarkan ke hospital selepas didapati masih bernafas ketika berada di dalam keranda. Menurut laporan Kompas, lelaki dikenali sebagai Us yang menetap di daerah Bogor, Jawa Barat ketika ini sedang dirawat di Hospital Besar Wilayah (RSUD) Kota Bogor untuk rawatan lanjut. Dalam pada itu, Ilham Chaidir, pengarah utama hospital telah memaklumkan bahawa Us hanya mengalami gangguan kesedaran. Beliau juga menyatakan bahawa pesakit ini datang dalam keadaan tidak sedarkan diri, kemudian dirawat, tiada masalah dan boleh berpindah ke bilik. Sementara itu, abang kepada Us, Saputra menjelaskan, kejadian terjadi pada hari…
Israel Tembak m@ti Remaja Perempuan Palestin | Kekejaman tentera Israel berterusan apabila mereka menembak mati seorang remaja perempuan berusia 15 tahun ketika serbuan di Tebing Barat, awal pagi semalam. Insiden terbaharu itu dikecam hebat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan kumpulan hak asasi manusia. Kementerian Kesihatan Palestin berkata, mangsa dikenali sebagai Fulla al-Masalmeh maut di tempat kejadian, di bandar Beitunia. Katanya, Fulla tinggal bersama ibunya di al-Bireh berhampiran Ramallah. Dalam pada itu, keluarga mangsa termasuk ibu, abang dan kakaknya tidak dapat menahan emosi dan enggan ditemu bual ketika melakukan pengecaman di bilik mayat Kompleks Perubatan Palestin di Ramallah, petang semalam. Tentera…
Suspek Letupan Bom Istanbul Berjaya Ditangkap | Akhbar The Sun semalam melaporkan bahawa suspek insiden pengeboman di Istanbul, Turkiye, mengaku meletupkan bom dalam serangan itu yang mengorbankan enam nyawa. Sebuah video menunjukkan detik wanita berkenaan, Ahlam Albashir diberkas dan digari selepas polis menyerbu pangsapurinya. Dia dilihat meniarap di atas lantai ketika anggota polis mengacukan pistol ke arahnya. Beberapa rakaman sistem televisyen litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek melarikan diri dari tempat kejadian sambil memegang sekuntum bunga mawar berwarna merah beberapa saat sebelum bom meletup. Polis Turkiye kini menamakan warga Syria itu sebagai suspek, yang didakwa telah dilatih menjadi pegawai risikan oleh…
Banglo Ditimpa Tanah Runtuh Tiga Beranak Terselamat | Tiga beranak berdepan detik cemas apabila rumah banglo didiami mereka di Taman Halaman, Ampang Jaya, ditimpa tanah runtuh dalam kejadian awal pagi tadi. Dalam kejadian kira-kira jam 2 pagi itu, tiga beranak yang terselamat tanpa sebarang kecederaan itu terdiri pasangan suami isteri masing-masing berusia 39 tahun dan anak lelaki mereka berusia 11 tahun. Norazam Khamis, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, berkata pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 2.26 pagi dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ampang dikejarkan ke lokasi. Sejurus anggota bomba tiba, pemeriksaan mendapati tanah…