Author: Daachayani Arul Sekaran

Cik Daachayani merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Pengerusi Amanah Kedah Dipecat | Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi, Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah, dipecat daripada parti berkenaan berkuatkuasa serta-merta kerana didapati telah melanggar perlembagaan parti. Keputusan berkenaan diputuskan selepas Jawatankuasa Pengurusan Nasional Amanah yang bermesyuarat hari ini mendapati Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Alor Mengkudu itu telah melanggar Perlembagaan, mengingkari keputusan-keputusan dan melakukan perbuatan yang bertentangan dengan kepentingan parti. Menerusi Datuk Hatta Ramli, Setiausaha Agung Amanah, keputusan memecat Phahrolrazi dibuat berasaskan peruntukan kuasa di bawah Fasal 6.2 (b) Perlembagaan Parti. Sehubungan itu, jelas Hatta, Timbalan Datuk Ismail Salleh, Pengerusi Amanah Negeri Kedah, akan menjalankan tugas-tugas Phahrolrazi berkuatkuasa…

Read More

Apapun Berlaku, Mahasiswa Mahu Balik Mengundi | Perjalanan beratus kilometer merentasi laluan udara bukan penghalang buat kebanyakan mahasiswa dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi kali pertama pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) nanti. Mahasiswa bersemangat untuk ‘balik kampung’ bagi memilih calon dan parti pilihan masing-masing biarpun terdapat kekangan seperti harga tiket penerbangan yang terlalu tinggi disebabkan tidak mahu melepaskan manfaat pelepasan lima hari yang diberikan kepada pelajar institusi pendidikan tinggi (IPT). Pelajar Universiti Selangor (Unisel) Mohd Aznirulnaim Abd Azis, 22, dari Tawau, Sabah teruja untuk mengundi buat pertama kali dan telah membeli tiket penerbangan lebih awal…

Read More

Perpustakaan Terkejut Sebuah Buku Dipulangkan Selepas 84 Tahun | Seorang lelaki bertindak memulangkan sebuah buku tebal yang dipinjam oleh datuknya walaupun telah lewat selama 84 tahun dan 2 minggu menyebabkan kakitangan perpustakaan terkejut. Daily Mail, Paddy Riordan telah menemui buku tersebut dari barangan tinggalan datuknya sebelum memutuskan untuk memulangkan buku itu semula di perpustakaan tersebut. Paddy dilaporkan terpaksa membayar sebanyak £18.27 (RM100) sebagai denda terhadap kelewatan memulangkan buku yang dipinjam oleh datuknya itu. Memetik laporan Daily Mail, buku bertajuk Red Deer hasil karya Richard Jefferis itu sepatutnya dipulangkan pada 11 Oktober 1938. Selepas menjadi barang tinggalan milik datuknya yang meninggal…

Read More

Penganalisis Jangka Ringgit Kembali Kukuh 2023 | Penganalisis berkata ringgit yang kekal lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika ini dijangka kembali mengukuh semula bermula suku kedua tahun depan. Dr Anthony Dass, Ketua Ahli Ekonomi dan Ketua Penyelidik Kumpulan AmBank Research, bagaimanapun menjangka mata wang tempatan kekal lemah pada suku keempat tahun ini dengan unjuran berada pada paras RM4.70 sedolar. Be;iau berkata, ketidaktentuan luaran dan domestik kekal sebagai penyumbang utama kepada kelemahan ringgit. Selain itu, jelasnya, perbezaan antara kadar faedah dengan AS kekal meluas, yang mana ia memihak kepada dolar. Seterusnya, pihaknya menjangkakan ringgit akan terus melemah berbanding dolar AS sehingga…

Read More

AstraZeneca Berisiko, Menyebabkan Pembekuan Darah | Daripada satu kajian antarabangsa menyatakan pengambilan vaksin Covid-19 keluaran AstraZeneca adalah berisiko 30 peratus lebih tinggi berbanding suntikan Pfizer menyebabkan pembekuan darah satu kajian antarabangsa. Selepas kajian terdahulu menunjukkan bahawa dalam sebilangan kecil kes trombosis dengan sindrom trombositopenia (TTS) boleh menjadi kesan sampingan yang mungkin daripada vaksin Covid-19 yang menggunakan vektor adenovirus atau virus ‘rekayasa’ seperti dari AstraZeneca dan Johnson & Johnson, beberapa negara telah pun mengubah nasihat masing-masingnya. TTS menghasilkan pembekuan darah yang berpotensi mengancam nyawa dengan tahap platelet darah yang rendah iaitu serpihan sel kecil dalam darah manusia yang menghalang pendarahan. Kajian…

Read More

Penambahan PPS Untuk Kelancaran Pusat Pengundian | Jika bencana banjir melanda dalam tempoh kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU) yang bermula 5 November ini hingga hari pengundian pada 19 November, mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dijangka akan bertambah. Datuk Khirudin Drahman, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, berkata tindakan itu antara pelan kontigensi akan dilaksanakan bagi PPS yang turut dijadikan pusat mengundi. Beliau berkata, langkah itu perlu berikutan lokasi pusat mengundi yang sudah diwartakan sukar diubah kerana ia membabitkan daftar pengundi yang sudah ditetapkan. Selepas Majlis Persaraan 2022 bagi anggota JBPM Sarawak, Beliau juga berkata PPS…

Read More

Ribut Angkasa Menyebabkan ‘Kiamat Internet’ | Pada dekad yang akan datang fenomena ribut besar yang berlaku di angkasa lepas mampu mencetuskan “kiamat internet” telah dilaporkan oleh Daily Star. Saintis menyatakan bahawa ribut besar itu bakal menyebabkan orang ramai terputus talian selama berbulan-bulan malahan mungkin bertahun-tahun susulan satelit di angkasa lepas rosak dan seterusnya menyebabkan talian kuasa terputus. Peristiwa yang misteri itu tidak dapat diramalkan bahkan ianya juga berpotensi memusnahkan astrofizik yang dipetakan buat kali pertama menggunakan ‘cincin pokok’. Saintis juga menyatakan bahawa hutan merupakan sebuah tempat pemerhatian yang sesuai untuk melihat radiasi kosmik dan menjadi arkib sejak ribuan tahun lalu.…

Read More

Takut Ugutan “Ah Long”, Lelaki Terdesak Bakar Mesin ATM | Seorang lelaki tekad mencuri wang dengan membakar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank, akibat terdesak berhutang dengan sindiket peminjam wang ‘Ah Long’ di Wangsa Melawati, ibu negara, pada hari Isnin ini. Menurut Superintendan Ashari Abu Samah, Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, pihaknya menerima laporan orang awam mengenai mesin ATM tersebut dibakar dan terdapat kesan cubaan menebuk lubang untuk mencuri wang. Beliau berkata, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) juga memaparkan kelibat seorang suspek telah menasuki dan membakar mesin berkenaan menggunakan tong bahan api namun cubaannya gagal. Beliau juga menyatakan dalam kenyataan…

Read More

Mahkamah Kekal Keputusan Lokman Adam Dipenjara Sebulan |  Pada hari ini, Mahkamah Rayuan, memutuskan bahawa Datuk Lokman Noor Adam, bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, kekal dipenjara sebulan mengikut keputusan Mahkamah Tinggi, tahun lalu. Selepas didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB), membabitkan Datuk Seri Najib Razak, Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman itu terhadap Lokman. Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Datuk Seri Kamaludin Md Said bersama Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Nordin Hassan, secara sebulat suara membuat keputusan itu selepas Mahkamah Tinggi didapati tidak membuat kesilapan apabila menjatuhkan hukuman…

Read More

Pearly-Thinaah Singkir Juara Terbuka Malaysia | Pearly Tan dan M. Thinaah, beregu wanita utama negara telah melakar kejutan apabila menyingkirkan juara bertahan Terbuka Malaysia, Apriyani Rahayu dan Siti Fadia Silva Ramadhanti dari Indonesia pada pusingan pembukaan Terbuka Perancis 2022, pada hari ini. Pearly-Thinaah yang merupakan pasangan bukan pilihan menumpaskan beregu pilihan ketujuh itu, 22-20, 19-21, 21-7 dalam pertarungan rubber set selama 74 minit yang diadakan di Stade Pierre de Coubertin, Paris. Seterusnya, pasangan Malaysia yang menduduki ranking ke-11 dunia itu akan berdepan satu lagi gandingan Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Amalia Cahaya Pratiwi, yang menewaskan Stine Kuespert-Emma Moszczynski dari Jerman, 18-21, 21-9,…

Read More