Author: Anis Fadila

Cik Anis merupakan graduan universiti. Beliau seorang penulis blog baru tetapi mempunyai skil penyelidikan konten dan SEO yang baik.

Empat anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) terkejut apabila menemui seorang kanak-kanak perempuan seorang diri di sekitar Gunung Jerai dalam kejadian lebih kurang jam 3.30 petang di sini pada Rabu. Penolong Pegawai Rela Daerah Yan, Penguasa Rela Hamzah Zulkeffli berkata, ketika itu anggota sedang membuat rondaan di Gunung Jerai sebelum terlihat kanak-kanak yang dipercayai berusia sekitar tiga tahun itu berkeliaran seorang diri di kawasan tersebut. Menurutnya, atas rasa keprihatinan, anggota bertugas mendekati kanak-kanak tersebut yang ditemui dengan hanya memakai lampin pakai buang di kawasan tempat letak kereta kaki Gunung Jerai. “Seramai empat anggota diketuai Mohd Zaudi Mohd Hashim ketika itu sedang…

Read More

Sejak kecil menumpang kasih bapa angkat, seorang remaja lelaki berusia 16 tahun hidup sebatang kara selepas lelaki yang menjadi tempatnya bergantung selama ini meninggal dunia pada 24 November lalu. Malah kasihnya Muhammad Syakawie Abdullah terhadap Azman Aziz, 50, apabila dia memilih tinggal sendirian di rumah peninggalan bapa angkatnya itu yang dipanggil ayah di Kampung Pupuh, Ampangan di sini. Kata Muhammad Syakawie yang mesra dipanggil Awie, dia mahu terus tinggal di kediaman itu kerana berhampiran dengan kubur bapa angkatnya kira-kira 60 meter dari rumah. “Saya nak duduk sini (rumah peninggalan arwah) kerana nak dekat dengan kubur ayah dan nak jaga rumah.…

Read More

Seorang lelaki di Jalan Pengkalan Chepa, di sini dikejutkan dengan kehadiran seekor ular sawa batik seberat 70 kilogram (kg) yang ‘bersembunyi’ di atas sebatang pokok durian di rumahnya di sini pada Rabu. Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kota Bharu, Kapten (PA) Md Fadir Md Nor berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.11 pagi daripada seorang lelaki yang dikenali sebagai Tan. “Anggota yang bertugas telah memanjat pokok tersebut dan mengambil tindakan memotong dahan yang terdapat reptilia itu,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Menurut beliau, pihaknya mengambil masa selama 10 minit untuk menangkap ular sawa batik sepanjang tiga meter…

Read More

Niat seorang kanak-kanak perempuan membantu ibunya menghantar makanan yang dipesan pelanggan bertukar tragedi apabila dia diserang seekor anjing. Kanak-kanak malang itu cuba berlari ke rumahnya sebelum terjatuh di jalan dan diserang anjing berkenaan yang dipercayai kepunyaan jiran. Insiden itu berjaya dirakam melalui kamera papan pemuka (dashcam) kereta seorang saksi yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian. https://www.tiktok.com/@cikmel84/video/7180779320258923802?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7160982544993191426 Tindakan pemandu kereta itu membunyikan hon secara bertalu-talu bagi menakutkan anjing berkenaan akhirnya menyelamatkan mangsa daripada terus diserang sebelum anjing tersebut beredar. Bercakap kepada Mstar, ibu kanak-kanak itu, Zuraidah Ibrahim berkata, video tersebut rakaman kejadian itu dikongsikan di akaun Tiktok bulan lalu. Walaupun…

Read More

Polis mengesahkan kehilangan remaja perempuan dari Taman Salak Maju di sini, yang ditularkan menerusi aplikasi Whatsapp. Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, laporan kehilangan Salsabila Putri Mad Nasir, 13, dibuat oleh abang remaja itu, Mohammad Fitra Mad Nasir di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi, kira-kira 10 pagi semalam. “Menurut laporan yang dibuat abangnya, kehilangan Salsabila Putri disedari pada jam 2.30 pagi semalam (25 Dis). “Kes ini masih dalam siasatan pihak polis dan diklasifikasikan sebagai Orang Hilang,” katanya dalam kenyataan hari ini. Wan Kamarul Azran berkata, menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan…

Read More

Bimbang laluan ke rumahnya di sebuah perkampungan atas air di sini, terjejas akibat fenomena air pasang, enam sekeluarga sanggup bermalam dalam kereta sebagai langkah keselamatan malam semalam. Riden Abdul Mutalib, 43, berkata dia sekeluarga keluar rumah yang kedudukannya hampir dengan kawasan darat di Kampung Forest kira-kira jam 9 malam selepas mendapati paras air laut mulai meningkat. “Kami risau jika jambatan (ke rumah) roboh nanti, ia menyukarkan kami keluar rumah untuk menyelamatkan diri. “Sudahlah banyak rumah di laut sudah roboh (kejadian malam Sabtu lalu). Jadi, tiada lampu di sana, menyebabkan keadaan gelap,” katanya ketika ditemui di kampung itu. Pada malam Sabtu…

Read More

Empat mangsa yang dijumpai hari ini, dalam tragedi tanah runtuh di sebuah tapak perkhemahan, di Jalan Batang Kali-Genting Highlands, ditemui berada dalam satu khemah yang sama. Walau bagaimanapun, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Suffian Abdullah, berkata pihaknya tidak dapat memastikan lagi sama ada mereka merupakan sebuah keluarga atau tidak. “Empat mayat tersebut terdiri daripada seorang lelaki dewasa, seorang wanita dewasa, seorang kanak-kanak lelaki, dan seorang kanak-kanak perempuan. “Mereka dijumpai sedalam tujuh meter di Sektor C (Riverside) dan berada dalam satu bungkusan khemah yang sama, sekitar pukul 10.39 pagi tadi. “Keadaan anggota badan masih sempurna dan berpakaian tetapi sudah mula…

Read More

Kejadian mengugut warga asing meminta wang bukan sahaja berlaku dalam filem namun realitinya berlaku dalam kehidupan kita. Ini dibuktikan apabila tular sebuah video seorang lelaki dipercayai bertindak mengugut warga asing dihadapan anaknya pada Selasa di Kedah. Insiden tersebut berjaya dirakam menerusi telefon pintar seorang peniaga yang sedang menjalankan perniagaan di kawasan kejadian. Lelaki yang memakai topi itu dilihat mengambil barangan di dalam raga motosikal mangsa sebelum tangan suspek mengambil barang peribadi warga asing terbabit. Ketika kejadian, lelaki warga asing itu dilihat bergelut dengan suspek sehingga menyebabkan anaknya ketakutan dan menangis. Namun secara tiba-tiba seorang individu yang berada di lokasi menghalang…

Read More

Kecoh Puntianak ‘Rembat’ Ayam Dalam Reban. Ada Video.. | Baru-baru ini Kecoh di aplikasi TikTok sejak malam tadi. Mengenai video perkongsian pengguna @Otai42 memaparkan seekor puntianak yang sedang berdiri di tepi sebuah reban ayam. Memang meremang dan menakutkan lihat video yang berjaya dirakam itu. Kecoh Hantu Kuntilanak Curi Wang Penduduk Kampung Hantu wanita, kuntilanak atau puntianak didakwa mencuri wang sejumlah penduduk tempatan. Di sebuah wilayah di Jawa Barat, Indonesia, lapor portal berita majalengka.com semalam. Menurut portal berita itu yang memetik laporan Bolokotono TV di Youtube. Kejadian aneh tersebut berlaku pada tahun lalu ketika Covid-19 menular di kecamatan Cigasong, Majalengka. Seorang…

Read More

Penduduk di sekitar Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan dikhabarkan bakal menghadapi ancaman banjir yang lebih besar susulan sebahagian benteng membabitkan projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok di Kampung Tersang pecah pada Selasa. Difahamkan, insiden itu berlaku akibat deras air banjir yang melanda di negeri itu dan sekali gus menyebabkan arus air memasuki ke kawasan perumahan penduduk di kawasan terbabit. Memetik laporan Bernama, benteng berkenaan dibina pada 2018 dengan panjang hampir 20 kilometer di kawasan berkenaan dan pernah dibaik pulih sebelum ini kerana retak akibat banjir. Rakaman kejadian itu hangat diperkatakan warganet dan rata-rata meluahkan kerisauan berhubung situasi buruk…

Read More