Author: Imannina

Imannina merupakan penulis bagi Syarikat Khalifah Media Networks yang mempunyai kepakaran dalam bidang multimedia. Mempunyai pengalaman dalam bidang penulisan selama 2 tahun.

PUTRAJAYA – Kerajaan tidak mencadangkan kenaikan gaji penjawat awam dalam Belanjawan 2023 kerana ia boleh menyebabkan defisit tinggi, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, defisit tinggi boleh mengurangkan keyakinan pelabur terhadap negara kerana mereka tidak yakin ada tekad politik untuk mengurus negara dengan baik. “Apa masalah kita (sekarang ialah), hutang RM1.5 trilion dan defisit (sekarang) 5.6 peratus dan kalau tambah gaji, defisit jadi 6.5 peratus. Tiada orang datang lagi melabur ke negara kerana dia tidak yakin ada kekuatan tekad politik untuk urus negara dengan baik,” kata beliau kepada media selepas menghadiri Forum Antarabangsa:…

Read More

Atlet Muay Thai dari Malaysia, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar membuat penampilan sulung Kejuaraan ONE dengan aksi yang menakjubkan di Stadium Tinju Lumpinee, Bangkok apabila berjaya menewaskan lawannya pada perlawanan kalah mati. Remaja berusia 16 tahun yang berasal dari Sarawak ini hanya mengambil masa 16 saat untuk menumbangkan lawannya yang berusia 18 tahun dari Thailand, Padetsuk Fairtex dalam pertembungan flyweight Muay Thai mereka. Kemenangan ini melayakkan Johan atau lebih dikenali sebagai “Jojo” membawa pulang hadiah kemenangan sebanyak 350,000 baht (kira-kira RM44,533) sebagai bonus prestasi. “Ia adalah impian yang menjadi kenyataan bagi saya untuk membuat penampilan sulung di ONE Championship dan kemenangan…

Read More

PETALING JAYA – “Macam-macam dia komen, kata kita langgar negeri orang, masjid tak reti bahasa nak langgar Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), nak langgar Sultan. Apa benda ni ingat aku bodoh?” Itu respon spontan pendakwah dan penceramah bebas, Ustaz Azhar Idrus ketika mengulas tentang punca pembatalan ceramahnya di Selangor, baru-baru ini. Jelasnya, pihaknya sedia maklum tentang larangan penceramah tanpa tauliah berkuliah di negeri itu, lalu mengusulkan supaya surat sokongan disediakan bagi tujuan berkenan. “Kita tau dah dari zaman Pakatan Harapan (PH) menjadi kerajaan 22 bulan memang tak boleh di Selangor sebab dia nak yang bertauliah saja. Kita mengajar di Kuala…

Read More

Kota Bharu: Polis menahan dua lelaki tempatan berusia 31 dan 39 tahun kerana terbabit dalam kejadian ragut seorang wanita sehingga mangsa mengalami luka kecil di lengan dan tangan kiri di Jalan Kelochor di sini, pada 16 Februari lepas. Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Mohd Rosdi Daud berkata, kedua-dua suspek ditahan di Pasir Puteh, pada 6.30 petang pada Sabtu lepas, hasil risikan dan intipan dijalankan pihak polis. “Susulan penahanan suspek, polis merampas sebuah motosikal yang digunakan sewaktu kejadian dan hasil saringan air kencing mendapati kedua-dua suspek positif dadah, selain turut mempunyai rekod lampau kesalahan dadah. “Kedua-dua suspek direman selama…

Read More

Kuala Berang: “Walaupun sudah 10 tahun berlalu, kejadian yang meragut keceriaan Nik Muhammad Faizul Izwan Nik Abdullah, 13, masih segar dalam ingatan,” kata Asmah Pik, 37. Ini kerana keadaan anak kedua daripada tiga beradik itu kini hanya terlantar akibat lumpuh selepas terjatuh ke dalam tali air berhampiran rumah mentuanya di Kampung Alor Keladi, Besut pada 4.30 petang sekitar Jun 2014. Asmah berkata, anaknya menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu selama dua minggu sebelum dipindah ke wad biasa dan kini tulang belakang anaknya sudah membengkok berikutan terlantar terlalu lama. Menurutnya, akibat kejadian itu…

Read More

PETALING JAYA – Kekecohan orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) semalam, akhirnya terjawab dengan ketibaan pelakon terkenal Korea Selatan, Park Seo Joon, di Malaysia. Menerusi video yang dimuat naik oleh @ariffsyauqi di TikTok, kelihatan peminat-peminat Seo Joon berlari dan menjerit ketika menyambut ketibaannya. Pengguna tersebut kemudiannya membandingkan situasi tersebut dengan jemaah umrah yang sedang menunggu untuk berlepas ke Tanah Suci, tidak jauh dari kawasan terbabit. Kelihatan jemaah umrah tersebut ‘terlopong’ dan terhibur dengan gelagat peminat-peminat setia aktor Korea Selatan itu. Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian pengguna media sosial yang rata-ratanya terdiri daripada peminat Seo Joon, tidak berpuas…

Read More

Kuala Lumpur: Seorang pemandu teksi ditahan kerana disyaki mencabul seorang anggota polis wanita dalam kejadian di sebuah medan selera di AU5, Lembah Keramat, Taman Melawati di sini, kelmarin. Dalam kejadian kira-kira jam 10.55 pagi itu, anggota polis wanita berusia 30 tahun itu sedang berdiri berhampiran meja untuk memilih kuih sebelum seorang lelaki yang berada di belakang meraba punggungnya. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata anggota polis terbabit yang bertugas d Balai Polis Hulu Kelang itu kemudian bertanyakan lelaki itu kenapa dia berbuat demikian. Bagaimanapun, katanya suspek tidak mengaku dan menyalahkan pengadu kerana berdiri di kawasan…

Read More

JELI – Seorang buruh dicekup selepas disyaki mencabul anak perempuannya di dalam sebuah bilik di rumah mereka di Kampung Legeh, Ayer Lanas, di sini pada Isnin lalu. Lelaki berusia 46 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian kira-kira pukul 8.30 malam pada hari yang sama. Kejadian berlaku kira-kira pukul 10 pagi semasa mangsa yang berusia 20 tahun itu dikatakan terjatuh di dalam biliknya selepas tidak sihat. Mangsa kemudian dibawa oleh bapanya ke dalam sebuah bilik sebelum lelaki itu bertindak mencabul wanita tersebut. Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Saari Yaacob ketika dihubungi Kosmo! mengesahkan kejadian tersebut. Menurutnya,…

Read More

Bayangkan perut sudah kenyang selepas menjamah hidangan, namun tiba-tiba mata anda tertangkap satu bendasing pada pembungkus makanan tersebut. Sudah pasti secara automatik, tekak serta-merta terasa loya dan ingin memuntahkan kembali makanan yang dijamah sebentar tadi. Begitulah pengalaman menjijikkan yang dilalui seorang wanita apabila dia menyedari kewujudan bendasing disyaki telur haiwan pada daun pisang yang membaluti nasi lemaknya. Menerusi video yang dikongsikan di aplikasi TikTok, kelihatan beberapa biji telur bersaiz kecil seperti biji sagu yang tersusun pada daun pisang. “My mom kata itu telur katak tapi pasangan saya nak sedapkan hati, dia cakap itu biji selasih. Saya tak mahu lagi makan…

Read More

SHAH ALAM – Dua buah mesin pengeluaran wang automatik (ATM) diletupkan penjenayah dalam rompakan di sebuah bank di Setia Alam di sini awal pagi Khamis. Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 6 pagi. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, siasatan lanjut masih dijalankan di lokasi kejadian. “Ada berlaku kejadian sebuah mesin ATM diletupkan penjenayah, siasatan lanjut masih dijalankan pihak polis. “Perkembangan akan dikongsikan selepas ini,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian. Sebelum ini, kes yang sama juga hampir pernah berlaku di kawasan Bangi apabila sebuah mesin ATM di Wisma Unikeb yang dipercayai dilakukan dua lelaki bertopeng yang…

Read More