Kasih hingga ke akhir hayat, remaja terkorban lepas nekad cuba selamatkan ibu lemas di pantai ketika kutip plastik. Remaja perempuan 18 tahun dilapor terkorban selepas menyelamatkan ibunya daripada lemas di sebuah pantai di Balikpapan, Kalimantan Timur. Menurut Detik.com, video tular di media sosial memaparkan remaja tersebut nekad berenang di lautan bagi membantu ibunya yang ‘ditarik ombak’. Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Balikpapan Selatan, Iptu Hendri Saragih berkata mangsa berusaha untuk menyelamatkan ibunya namun dia pula yang dihanyutkan dan ditemui mati. Menurutnya, mangsa cuba menyelamatkan ibunya yang ditarik ombak, kebetulan ketika itu airnya tinggi, akhirnya mangsa dihanyutkan dan ditemui mati. Jelasnya lagi,…
Author: Admin Hanisah
Kehilangan seorang lelaki menimbulkan misteri buat isteri dan empat anak mereka apabila dia gagal dikesan selepas keluar daripada rumah bapanya di Kampung Jalan Baru, Kilang Bata dekat sini sejak tiga bulan lalu. Mohd Azhar Che Mansor, 36, keluar rumah dengan menunggang motosikal SYM merah serta hitam milik bapanya tanpa membawa sebarang dokumen dan telefon bimbit pada 16 Mei lalu. Kehilangan lelaki terbabit disedari ahli keluarga selepas hampir sebulan dia keluar rumah sebelum bapanya membuat laporan polis pada 7 Jun lalu. Isterinya, Nurul Hidayah Saad, 36 berkata, mereka sekeluarga tinggal di Kampung Kuala Lanjut, Pokok Sena. Kali terakhir dia bertemu suaminya…
Seorang pramugara di sebuah syarikat penerbangan tambang murah yang terkenal di Eropah terkejut apabila menemui kepala ular dalam hidangan yang disediakan dalam kapal terbang. Menerusi laporan The Sun, penerbangan itu dilaporkan sedang dalam perjalanan ke Dusseldorf dari Ankara, Turki. Ketika bertugas, pramugara terbabit sempat merakam ‘objek’ seram itu dan berkongsi video tersebut secara dalam talian untuk mendapatkan respon segara daripada pihak syarikat penerbangan. Ketika dia ingin membuka hidangan makanan tengah hari, alangkah terkejutnya apabila melihat kepala ular sedang merenung tepat ke arahnya. Difahamkan, kes seperti itu pernah terjadi kepada kakitangan yang lain sebelum ini. Lebih mengejutkan lagi apabila kakitangan sebelum ini…
Polis telah menahan seorang pelancong tempatan yang berkelakuan tidak senonoh apabila aksinya telah tular di media sosial. Lelaki itu didapati duduk di atas bumbung sebuah kereta pelbagai guna (MPV) di pulau pelancongan ini, baru-baru ini. Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari telah memberi kenyataan berhubung kes ini di sini hari ini. Katanya, lelaki 25 tahun itu ditahan kira-kira pukul 7 petang sebaik tiba di pekarangan Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi, di sini kelmarin. Suspek telah direman bermula semalam selama tiga hari. Siasatan lanjut dibuat di bawah Seksyen 21, Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana mabuk dan berkelakuan tidak senonoh di…
Seseorang yang meninggal dunia kerana berlumba motosikal di kawasan yang memudaratkan diri hukumnya seperti membunuh diri. Menjelaskan perkara itu, penceramah selebriti, Ustaz Azhar Idrus berkata, kebanyakan yang berlumba adalah sekadar untuk suka-suka dan hanya untuk keseronokan semata-mata. Katanya, budak-budak sekarang berlumba, buang brek, tak pasang lampu malam, meniarap atas motosikal. Katanya lagi, itu semua haram dan seperti bunuh diri, terus masuk neraka. Azhar berkata, berbeza pula dengan mereka yang berlumba di tempat lapang lengkap dengan pakaian keselamatan serta tiada sebarang halangan seperti kenderaan awam hukumnya adalah makruh. Tambah beliau, setiap permainan yang bukan sunnah adalah makruh. Namun jelasnya lagi, kebanyakan…
Allahyarham Muhammad Iman Aqmar Dzulkarnain, 24, yang hilang sejak 29 Oktober tahun lalu, sepatutnya bernikah dengan tunangnya bulan ini. Bapa saudara Allahyarham, Azuni Abd Kadir, 47, berkata anak saudaranya itu sudah setahun bertunang dengan pilihan hatinya sebelum kejadian malang itu berlaku. Katanya, majlis pernikahan Allahyarham pada awalnya dijadualkan berlangsung Januari lalu. Namun, bapa tunangan Allahyarham baharu meninggal dunia kira-kira dua bulan sebelum kehilangannya. Oleh itu, keluarga sepakat menunda majlis pernikahannya pada bulan ini. Bagaimanapun, takdir Allah mengatasi segala perancangan apabila Allahyarham tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan 29 Oktober tahun lalu. “Allahyarham sepatutnya bernikah bulan ini,” katanya ketika dihubungi. Kisah kehilangan…
Rakaman video memaparkan lelaki Indonesia menadah tangan ke langit meminta malaikat Jibril menurunkan wang menjadi tular di media sosial, lapor laman Berita Majalengka, semalam. Dalam video yang disiarkan di Facebook Viral 20c, lelaki itu menadah tangan, melafazkan pujian lantas meminta Jibril menurunkan wang dari langit. Jibril ialah malaikat suruhan Allah S.W.T yang bertanggungjawab menyampaikan wahyu kepada Nabi Muhammad S.A.W. Perbuatan tersebut dilakukan di sebuah tapak pembinaan masjid tiga tingkat dan pelakunya berada di puncak bangunan. Katanya, tempat yang dilawati itu merupakan kawasan suci yang belum diterokai oleh Youtuber, penjaga keramat dan dirinya sendiri. Setelah sampai di puncak masjid, terdapat seorang…
Tindakan seorang bapa berlari ke arah anaknya yang rebah sewaktu berkawad serta membantunya supaya kekal berdiri meruntun hati pengguna laman sosial yang terharu melihat situasi tersebut. Kejadian itu berlaku pagi tadi di Maktab Penjara Kajang sempena Hari Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP). Beberapa gambar tular di media sosial dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. Menerusi hantaran beliau, Alexander berkata, bapa tersebut berlari dari khemah tetamu ke arah anaknya yang rebah menahan terik matahari. Malah, selipar yang dipakai warga emas tersebut turut terlucut. Katanya, yang hadir…
Kementerian Kesihatan sedang memperhalusi produk-produk ketum yang sesuai untuk didaftarkan di negara ini. Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, sama seperti produk cannabidiol (CBD), produk ketum hanya dibenarkan untuk tujuan perubatan. Katanya, beliau dilantik oleh jemaah menteri sebagai Pengerusi Jawatankuasa Induk Pembangunan Industri Kanabis dan Ketum bagi tujuan perubatan untuk melihat bukti terkini berkenaan ketum dan kanabis. Selepas jawatan kuasa mendapat pandangan pakar-pakar sama ada ketum atau kanabis boleh digunakan dengan selamat untuk tujuan perubatan. Maka, kerangka bagi pendaftaran produk-produk sedemikian akan dikeluarkan. Ini juga memberi kesan kepada penanam-penanam ketum yang mungkin boleh mendapatkan hasil ekonomi daripada penjualan tanaman ketum mereka.…
Polis berjaya mengesan pemandu kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux selepas videonya tular menggunakan lorong kecemasan di Kilometer 129.0 Lebuh Raya Utara-Selatan arah Utara di Sungai Dua di sini semalam. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), Asisten Komisioner Mohd. Radzi Ahmad telah memberi kenyataan kepada pemberita di sini hari ini. Katanya, pihaknya menerusi maklumat orang awam telah mengesan video tular tersebut di laman sosial Facebook. Menurutnya, pihak penguatkuasa Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) mendapati pemandu kenderaan jenis Hilux terbabit didapati menggunakan lorong kecemasan bermula dari Sungai Dua ke arah Bertam, Kepala Batas. Butiran pemilik dan jenis kenderaan…