Sejak seminggu lalu, lebih 50 rumah di lima kampung di mukim Pendek, di sini diganggu dengan ketukan misteri di pintu serta dinding rumah. Ketukan serta dentuman kuat boleh dikatakan berlaku serentak pada awal pagi namun sebaik disiasat, tidak ditemukan pelakunya. Malah, kesan ketukan juga tidak terdapat di permukaan dinding sedangkan bunyi yang terhasil sangat kuat. Lima kampung yang terbabit adalah Kampung Belimbing, Tunjong, Pulau Gajah, Keling dan Lating. Seorang penduduk Kampung Belimbing, Jasmi Awang Ahmad@Othman, 66, telah berkongsi mengenainya ketika ditemui di sini, hari ini. Katanya, rumahnya diganggu dengan ketukan kuat selama dua hari berturut-turut sejak dua malam lalu. Kira-kira…
Author: Admin Hanisah
Remaja 14 tahun yang didakwa menjadi mangsa rogol penceramah bebas bergelar ustaz dikatakan teruja untuk keluar berjalan-jalan dengan individu terkenal sebelum diperdayakan. Pengguna aplikasi TikTok yang mendakwa mengenali mangsa dan keluarganya memberitahu, perkenalan remaja tersebut dengan ustaz berkenaan bermula dengan pertanyaan soalan berkaitan agama. Bagaimanapun, kemudian, hubungan mereka menjadi akrab selepas saling bertukar nombor telefon dan diajak keluar untuk makan bersama. Katanya, budak mentah seperti mangsa sudah tentu berasa seronok apabila diajak keluar bersama individu yang terkenal. Wanita berkenaan turut menyentuh mengenai laporan yang mendakwa suspek dan mangsa sudah beberapa kali melakukan hubungan intim. Pemilik akaun TikTok @qayqay mendakwa, remaja…
Tular dua video memaparkan seorang lelaki cedera dipercayai dibelasah penduduk kampung kerana didakwa mencuri getah sekerap dalam kejadian di Kuala Nerang, dekat sini. Video berdurasi 30 saat itu memaparkan seorang lelaki yang berlumuran darah di kepala. Manakala, satu lagi video juga berdurasi 30 saat menunjukkan motosikal lelaki tersebut dibakar beberapa individu. Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar telah memberi kenyataan mengenai kejadian ini pada Selasa. Katanya, pihak polis telah mengesan dua video berkaitan kejadian yang tular itu kira-kira jam 2.26 petang, Selasa. Video dimuat naik seorang pemilik Twitter itu memaparkan kejadian seorang lelaki dibelasah akibat mencuri hasil…
Polis sedang mengesan dua lelaki yang disyaki menyimbah cat berwarna hitam dan merah ke arah papan tanda restoran Crackhouse Comedy Club yang berlaku di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), di sini awal pagi kelmarin. Difahamkan, tindakan dua individu tersebut menyebabkan cat hitam turut terkena pada bahagian pintu utama sebuah bank. Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor telah memberi kenyataan berhubung kejadian ini. Katanya, polis menerima laporan daripada pekerja serta pemilik kedua-dua premis berkenaan awal pagi kelmarin. Susulan itu, semakan rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) telah mendapati dua lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Waja. Suspek telah membaling…
Seorang pelajar darjah lima dari daerah Satuek, Thailand menarik perhatian orang ramai apabila dia dilaporkan telah menghadiri ke sekolah dengan menunggang gajah untuk menjimatkan kos bahan api, minyak petrol. Wisanchol Yongram, 38 tahun telah mengesahkan laporan bahawa anak perempuannya, Pupae yang berusia 11 tahun menunggang gajah jantan yang berusia 25 tahun bernama Oleh ke sekolah menerusi video tular dimuat naik oleh @Ole FcThailand. Selain itu, Encik Wisanchol juga berkata di rumahnya mempunyai empat ekor gajah termasuk Oleh. Mereka turut mempunyai seekor lembu berusia 22 tahun yang diberi nama Wassan dan dua anak lembu, Ngamchok yang berusia empat tahun dan Ngamta…
Penganggur berdepan hukuman gantung selepas dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya. Tertuduh didakwa membunuh ibunya di rumah mereka di Paya Luboh, Tangga Batu dekat sini pada 5 Julai lalu. Tertuduh, Amirul Hakim Abu, 38, hanya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Mazana Sinin. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh ibunya, Roziah Md. Dom yang berusia 64 tahun. Kejadian berlaku di Kampung Paya Luboh, Tangga Batu dalam daerah Melaka Tengah antara pukul 2.30 petang hingga 3 petang, 5 Julai lalu. Sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum di…
Akibat sikap kedegilan para penumpangnya, pihak Rapid KL hari ini mengambil tindakan memerli penumpang melanggar undang-undang. Melalui satu status di Facebook rasminya, Rapid KL memerli dua penumpangnya yang dilihat memakan mi segera ketika di dalam salah satu perkhidmatan tren mereka. “Tak pernah pula kami sediakan air panas untuk makan megi dalam tren kami. Dah makan, tak pakai pelitup muka pula. “Untuk keselesaan anda, ada sebab kami melarang penumpang untuk makan dan minum di dalam tren, ” jelas Rapid KL. Status tersebut juga turut disertakan dengan tanda pagar #rapidkl #tegursebabsayang. Rata-rata orang ramai juga bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak…
Viral di media sosial satu hantaran mengenai seorang influencer yang ditahan polis selepas didapati memandu tanpa lesen sah di ibu negara. Menurut posting tersebut, influencer berkenaan ditahan pihak polis ketika sedang memandu kenderaan jenis Audi dalam satu pemeriksaan di Jalan Raja Laut, semalam. Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, pihak polis telah mengeluarkan notis saman terhadap individu berkenaan. Hasil pemeriksaan dilakukan, pihak polis mendapati lelaki terbabit tiada lesen memandu dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Justeru, pihak polis mengambil tindakan dengan mengeluarkan satu saman atas dua kesalahan berkenaan. Meskipun nama influencer tersebut tidak didedahkan, rata-rata netizen menyatakan…
Sepasang kekasih menyatakan bahawa mereka menemui pisang terbesar di dunia yang dianggarkan mempunyai berat mencecah 3 kilogram, lapor akhbar Metro UK semalam. Menurut mereka, pisang itu memiliki panjang 35.56 sentimeter. Gabriella Testa, 22, dan teman lelakinya, Ollie Porceddu, 25, perlukan masa dua hari untuk menghabiskan pisang tersebut. Pasangan itu dalam percutian di Borneo apabila mereka menemui buah raksasa tersebut. Menurut Porceddu, panjang pisang itu menyamai lengannya. Pisang bersaiz biasa mempunyai panjang sekitar 20 sentimeter dan berat kira-kira 120 gram sahaja. Apabila mula-mula melihat pisang itu, mereka hanya mampu memandang antara satu sama lain. Menurut mereka, pisang besar itu mempunyai rasa…
Kebiasaannya, jika sebut Pahang pasti ramai orang tahu tentang Cameron Highlands serta Genting Highlands namun terdapat banyak lagi tempat-tempat menarik yang ramai orang tidak sedari selama ini. Ini antara tempat-tempat menarik yang boleh dilawati bersama keluarga, rakan serta orang tersayang. 1. Taman Negara Taman Negara Pahang ini dikategorikan antara hutan simpan paling tua di dunia iaitu lebih kurang 130 juta tahun. Taman Negara ini terletak di Kuala Tahan serta berdekatan dengan Bandar Jerantut. Dari Bandar Jerantut, pelawat boleh mengambil bas atau teksi ke Jeti Kuala Tembeling yang terletak lebih kurang 16 km. Dari Jeti Kuala Tembeling, pelawat akan menaiki bot…