Disebalik kesibukan kota serta bangunan mencakar langit di Kuala Lumpur, tak sangka terselit tempat menarik untuk golongan yang meminati fotografi. Tempat seni ini mempunyai tarikan tersendiri malah percuma untuk dilawati oleh semua pengunjung. Tempat ini diberi nama Lalaport Bukit Bintang City Centre (BBCC) yang terletak di 2, Jalan Hang Tuah, Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur. Lebih menarik lagi, Lalaport ini dibina di atas tapak penjara terkenal iaitu Penjara Pudu malah pintu masuk penjara itu juga masih dikekalkan. Lalaport merupakan pusat membeli-belah yang berasal dari Jepun serta menampilkan pelbagai jenama terkemuka dari Jepun. Selain itu, pengunjung boleh bersantai di Central Rooftop…
Author: Admin Hanisah
Wira banjir, Azwan Omar atau lebih popular dikenali sebagai ‘Abang Viva‘ selesai menjalani Kursus Asas Pertahanan Awam. Kursus yang berlangsung tiga hari berakhir hari ini di Pejabat Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka, Ayer Keroh di sini. Azwan, 30, ketika ditemui pemberita berkata, beliau kini lebih berasa yakin untuk memberikan bantuan awal kepada mangsa bencana terutamanya melibatkan banjir, jika terlibat dengan kerja-kerja kesukarelaan pada masa akan datang. Katanya, kemahiran asas seperti bantuan pernafasan (CPR) dan ikatan amat penting ketika menyertai misi menyelamat. Bukan sahaja untuk membantu mangsa tragedi namun kepada diri sendiri apabila berdepan detik cemas. “Sebelum ini tengok orang pengsan…
Pemandu sebuah kereta jenis Perodua Bezza dikatakan tersalah laluan apabila memasuki jejantas motosikal dalam kejadian difahamkan berlaku di Sungai Petani, Kedah. Video kereta tersebut yang sedang melalui jejantas dimuat naik seorang pengguna di media sosial. Malah, video tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada orang ramai. Di dalam video itu, kereta tersebut gagal melepasi selekoh jejantas dan pemandu cuba untuk mengundur kenderaannya ke belakang turun dari situ. Seorang pengguna media sosial memberikan maklum balas, berkemungkinan pemandu tersebut ‘terlupa’ dia memandu kereta ketika hari kejadian. “Dia lupa hari ini bawa kereta, selalu bawa motosikal,” ujar Mohd. Fauzi. “Biasa bawa motosikal, hari ini…
Padah melakukan tindikan bibir pada dua bulan lalu, seorang wanita berusia 20 tahun dilaporkan maut selepas mengalami jangkitan otak. Menerusi petikan laporan daripada Daily Star, Andressa Souza, 20 dilaporkan meninggal dunia selepas 24 hari bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah hospital di Selatan Brazil. Menurut ibu Andressa, anak perempuannya itu menderita jangkitan otak dua bulan selepas menindik bibir dengan bayaran hanya RM47.50. Sejak daripada itu, Andressa mula mengalami sakit kepala dan demam yang teruk. Dia kemudian membawa anak perempuannya itu ke hospital sebelum dia ditempatkan ke wad ICU kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot. Doktor memaklumkan bahawa…
Seorang lelaki terpaksa meninggalkan teman wanitanya di tepi jalan selepas dia ditahan penguat kuasa dalam sekatan jalan raya di Jalan Syed Abdul Aziz di sini, malam tadi. Lelaki berusia 28 tahun itu antara enam individu yang ditahan selepas saringan ujian air kencing dikesan positif dadah dalam operasi bersepadu diketuai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Pengarah JPJ negeri, Muhammad Firdaus Sharif memberi kenyataan dalam sidang akhbar selepas tamat operasi di sini, malam tadi. Menurutnya, operasi selama empat jam berakhir pukul 12 tengah malam itu diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha (HRAA) 2022. Katanya, hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 920 buah kenderaan telah diperiksa.…
Seorang pakar bius didakwa merogol seorang wanita mengandung ketika menjalani pembedahan caesarean di sebuah hospital di Brazil. Lapor Daily Mail, Giovanni Quintella Bezerra, dipercayai mungkin melakukan serangan sama terhadap dua lagi wanita pada hari berkenaan. Bezerra, 32, ditahan atas tuduhan merogol selepas dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap seorang wanita setelah memberi ubat bius kepada mangsa di Hospital da Mulher di São João de Meriti, Rio de Janeiro. Ketika kejadian, suami wanita berkenaan diminta keluar dari bilik tanpa sempat melihat bayi yang baharu dilahirkan. Jelas laporan, suami mangsa hanya mengetahui kejadian menimpa isterinya selepas menonton berita mengenai tangkapan pakar bius itu…
Presiden Gotabaya Rajapaksa telah meninggalkan Sri Lanka, demikian menurut seorang pegawai tinggi keselamatan, sejurus sebelum beliau dijadualkan meletak jawatan secara rasmi hari ini. CNN melaporkan pegawai berkenaan berkata, Rajapaksa dan isterinya menaiki pesawat pengangkut AN32 milik Tentera Udara Sri Lanka menuju ke bandar Male di kepulauan Maldives. Menurut CNN, menara kawalan udara Maldives membenarkan pesawat itu mendarat hanya selepas menerima campur tangan daripada Speaker Parlimen Maldives yang juga bekas presidennya, Mohamed Nasheed. Rajapaksa sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Sri Lanka sekurang-kurangnya untuk dua kali kelmarin. Ini susulan beliau enggan beratur seperti orang awam lain di kaunter imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa…
Seorang gadis bernama Ayi Astri Yianti, 23 warga Kecamatan Karangnunggal, Kabupaten Tasikmalaya ditemukan tidak bernyawa di sebuah bilik. Kejadian berlaku di Jalan Asrama Nyantong Babakan, Kecamatan Tawang, Kota Tasikmalaya, Jawa Barat pada Selasa (12/7) malam. Dia ditemui oleh dua rakannya, Muhammad Nizar, 26 dan Mina Soima Putri, 20. Ketua Polis Daerah Tawang, Ipda Wawan, telah memberikan kenyataan mengenai kejadian pada Rabu (13/7). Ipda Wawan mendedahkan malam itu dua rakan mangsa menerima panggilan daripada kakak mangsa meminta mereka datang ke rumah tumpangan mangsa. Kedua-duanya langsung ke rumah tumpangan mangsa, dan alangkah terkejutnya apabila melihat mangsa terbaring sudah tidak bernyawa di atas…
Seorang ibu dituduh menjual bayinya berusia lima hari dengan harga kurang daripada £3,000, dia dikatakan akan membelanjakan wang tersebut untuk pembedahan hidung. Suspek berusia 33 tahun tidak didedahkan namanya dalam laporan tempatan telah ditahan sebelum dia sempat menjalani pembedahan di Dagestan, selatan Rusia. Ibu itu dikatakan memberitahu rakannya yang dia tidak mahu menyimpan bayi itu. Kemudian, dia didakwa mengatur pasangan untuk membeli bayi itu selepas lima hari dilahirkan di Kaspiysk pada 25 April. Dia menyerahkan anaknya pada hari dia meninggalkan hospital dengan bayaran pendahuluan 10 peratus sebanyak 20,000 rubel (£287). Beberapa minggu kemudian, bayi tersebut memerlukan rawatan hospital dan doktor…
Teman lelaki kepada wanita yang menghina agama Islam dituduh di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan memuat naik hantaran yang jelik dengan niat menyakitkan hati di media sosial. Tertuduh V Alexander Navin, 38 mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan yang dibacakan berasingan di hadapan Hakim Azrul Darus. Berdasarkan pertuduhan pertama, tertuduh pada 5 Jun lalu memuat naik hantaran yang menyakitkan hati di akaun Twitter ‘greenleafyconnoiseur’ di pautan Instagram membuat dan memulakan penghantaran dengan menggunakan perkhidmatan komunikasi yang jelik dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain. Kesalahan itu dilakukan di Perdana View Condominium, Jalan PJU 8/1, Damansara Perdana, Petaling…