Author: Admin Hanisah

Sebuah rakaman video tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan persiapan sebuah majlis perkahwinan yang diadakan di kawasan perkuburan, lapor laman berita Berita Hits hari ini. Satu klip video telah dimuat naik oleh akaun Instagram @terangmedia. Berdasarkan video itu, beberapa individu dilihat sedang sibuk melakukan persiapan di lokasi tersebut. Pada satu sudut, terdapat sebuah pentas nyanyian beserta sistem audio  lengkap untuk menghiburkan tetamu. Turut dipaparkan adalah pentas persandingan beserta pelamin serta perhiasan yang biasa dilihat dalam majlis perkahwinan. Apa yang membezakannya adalah susun atur itu dibuat di sebuah kawasan perkuburan. Video yang dikongsikan itu menjadi tular dan menerima kecaman netizen.…

Read More

Tular sebuah video lucu di media sosial dipercayai berlaku di Indonesia, memaparkan seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak. Dek kerana dia mengetahui ikan keli goreng yang dimakannya merupakan ikan peliharaannya yang sudah mati. Menerusi video tersebut dapat dilihat sebuah pinggan yang berisi nasi dan setengah ekor ikan keli yang dihidangkan kepada kanak-kanak kecil ini. Difahamkan video tersebut telah dikongsi di laman Instagram @underc0ver.id. Apa yang mencuri perhatian apabila kanak-kanak ini menangis susulan mendapati lauk yang dimakannya merupakan seekor ikan keli. Ujar perakam video tersebut, ikan keli miliknya sudah mati sebelum ibunya bertindak menggoreng untuk dijadikan lauk. Susulan mendengar penjelasan tersebut, kanak-kanak…

Read More

Bapa mentua kepada suspek yang disyaki mengelar isteri dan bayi lelakinya mengaku tidak menyimpan dendam terhadap Amir Adam, 25, yang melakukan perbuatan berkenaan, tengah hari semalam. Pemilik restoran, Rosman Ahmad, 58, berkata, pihaknya juga tidak menyimpan sebarang dendam terhadap keluarga suspek dan besannya, Adam Abdullah, 55, atas kejadian yang menimpa mereka. Menurutnya, besannya itu telah meminta maaf kepada dirinya dan ahli keluarga yang lain beberapa kali selepas mengetahui perkara yang berlaku. Besannya itu kerap menghubunginya sejak kejadian semalam dan meminta maaf. Dia sudah memaafkan dan tidak berdendam kerana katanya siapalah kita untuk mengadili sesuatu yang kita sendiri tidak tahu apa…

Read More

Seorang lelaki berusia 29 tahun dikejarkan ke hospital selepas menghisap ganja di sebuah pantai, di sini baru-baru ini. Lapor Thaiger, mangsa dipercayai terkena serangan panik selepas mengalami beberapa gejala akibat mengambil bahan tersebut. Seksan mengalami sesak dada dan pening selepas menghisap ganja sebelum mendapatkan bantuan dari orang ramai. Polis Pattaya menerima maklumat mengenai seorang pengunjung yang mengalami masalah pernafasan, masalah penglihatan, kebimbangan, pening dan sesak dada. Anggota penyelamat kemudian merawat mangsa sebelum dibawa ke hospital berdekatan bagi pemeriksaan kesihatan lanjut. Difahamkan, lelaki itu hanya pernah menghisap ganja beberapa tahun lalu, dan tidak biasa dengan kesan sampingan tersebut. Sebelum ini, kerajaan Thailand melarang…

Read More

Mayat terakhir kejadian banjir dan kepala air di Kampung Iboi, Kupang, berjaya ditemukan pasukan penyelamat pada 11.55 pagi tadi. Mayat mangsa, Khairul Ikhwan Nor Azman, 14, ditemukan dalam keadaan baik dan tiada kesan kecederaan. Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ketiga ditemui tidak jauh dari kedudukan dua mayat sebelum ini dikesan pada 9.30 pagi. Mayat mangsa ketiga ditemukan di bawah timbunan kayu sebelum operasi mengeluarkannya dilakukan pasukan penyelamat. Berikutan itu, semua mangsa yang dilaporkan hilang dalam kejadian semalam, berjaya ditemui dalam operasi hari ini. Sumber: Harian Metro

Read More

Jiran mangsa kejadian bunuh melibatkan seorang ibu dan bayi lelakinya yang berusia dua bulan trauma selepas melihat mangsa diheret suspek dalam keadaan berlumuran darah. Mohd. Noor Haikal Ahmad Zaini, 14, memberitahu, ketika kejadian itu, dia sedang menunggu abangnya berhampiran lokasi kejadian untuk pergi ke sekolah. Katanya, ketika sedang menunggu, dia ternampak suspek sedang mengheret wanita keluar daripada rumah kediaman mereka. Pada mulanya, dia terdengar suara jeritan seorang lelaki daripada rumah tersebut, dua kali suspek menjerit namun dia tidak dengar apa yang dijeritkan itu. Kemudian, dia melihat suspek mengheret mangsa yang kelihatan sudah tidak bergerak, tetapi dia tidak tahu sama ada…

Read More

“Sehingga kini adik masih trauma dan kerap menangis secara tiba-tiba, mungkin terbayang kejadian tetak yang menimpa dirinya.” Itulah kata-kata Nik Zailani Joni, kakak kepada mangsa yang ditikam suami di Chabang Empat pada 21 Jun lalu. Nik Zailani, 34, berkata, adiknya Nik Salma, 26, sudah seminggu pulang dari hospital. Kini, adiknya menumpang rumah saudara di Pasir Mas kerana belum ada kekuatan untuk kembali ke rumah mereka. Menurutnya, adiknya meluahkan rasa takut untuk kembali ke rumah kerana rumah itu perlu dibaik pulih terutama tingkap dan pintu yang terkopak. Adiknya juga meluahkan rasa takut jika ternampak lelaki, mungkin bayangan kejadian buruk itu sangat…

Read More

Seorang wanita vegetarian di Amerika Syarikat didapati bersalah selepas menyebabkan anak lelakinya yang berusia 18 bulan mati kelaparan. Wanita itu hanya memberi anaknya makan sayur dan buah mentah, lapor akhbar Metro UK kelmarin. Sheila O’Leary, 39, disabitkan dengan kesalahan membunuh oleh hakim pada Rabu lalu. Menurut akhbar Fort Myers News Press, Sheila disabit dengan pertuduhan penderaan kanak-kanak dalam kematian Ezra O’Leary pada September 2019. Berat Ezra hanya 7.7 kilogram (kg), 3.18 kg kurang daripada purata berat usianya ketika ibu bapanya mendapati mangsa telah berhenti bernafas. “Anak ini tidak makan. Dia dipaksa berlapar selama 18 bulan,” kata ketua unit mangsa khas…

Read More

Baru-baru ini, Pentadbir Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA), Bill Nelson mendakwa bahawa China mahu menuntut bulan sebagai haknya. Nelson yang juga merupakan bekas senator Amerika Syarikat (AS) membuat kenyataan itu dalam temu bual dengan akhbar Bild di Jerman. Beliau berkata bahawa penerokaan angkasa lepas China harus menjadi kebimbangan semua pihak. Ini kerana pada suatu hari nanti, Beijing didakwa akan mendarat di bulan dan menyatakan ia adalah miliknya. Beliau juga mendakwa China akan menggunakan pangkalan di bulannya untuk mengkaji kemungkinan menembak jatuh satelit negara lain. Namun, Nelson tidak mengemukakan sebarang bukti bagi menyokong dakwaannya itu. China sebelum ini menyatakan…

Read More

Seorang penganggur berdepan hukuman gantung sampai mati selepas dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada hari ini. Dia dihukum atas kesalahan membunuh seorang wanita yang baru dikenali menerusi aplikasi sembang bulan lalu. Tertuduh, Muhamad Safuan Ridzuan, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret, Rashidah Baharom, namun tiada pengakuan direkodkan. Berdasarkan pertuduhan, Muhamad Safuan didakwa membunuh Nik Azizah Nik Ma, 35, pada 1 Jun yang lalu. Kejadian berlaku di Kilometer 6, Jalan Kota Tinggi-Kluang berhampiran Kampung Lipat Kajang, Kota Tinggi kira-kira pukul 10 malam. Dia didakwa di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati,…

Read More