Contoh Surat Rasmi Berhenti Kerja | KHALIFAH MEDIA NETWORKS. Surat berhenti kerja merupakan komunikasi rasmi yang diajukan oleh seorang pekerja kepada majikan untuk mengumumkan niatnya untuk mengakhiri pekerjaan. Surat ini memainkan peranan penting dalam proses perpindahan kerjaya seseorang dan harus disusun dengan teliti serta sopan. Artikel ini akan membantu anda memahami aspek penting surat berhenti kerja dalam konteks budaya dan undang-undang Malaysia. Tambahan lagi, surat berhenti kerja adalah salah satu dokumen penting dalam prosedur berhenti kerja kerana ia dapat menjaga reputasi profesional, melindungi hak pekerja, dan menjalin hubungan baik dengan majikan lama. Langkah-Langkah Menulis Surat Berhenti Kerja Di bawah merupakan…
Author: Syifa' Syakinah
Contoh Surat Rasmi Tidak Hadir Ke Sekolah | KHALIFAH MEDIA NETWORKS. Dalam setiap proses pendidikan, kehadiran di sekolah memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perkembangan pelajar. Namun, terdapat situasi tertentu di mana pelajar tidak dapat menghadiri sekolah dengan lancar, sama ada disebabkan oleh masalah kesihatan atau urusan keluarga yang mendesak. Dalam hal-hal sedemikian, penting bagi ibu bapa atau penjaga untuk berkomunikasi secara rasmi dengan pihak sekolah melalui surat rasmi. Surat rasmi bukan sahaja memberi kesan positif kepada pihak sekolah mengenai keikhlasan ibu bapa dalam menjaga pendidikan anak-anak mereka, tetapi juga memudahkan pihak sekolah untuk menguruskan perkara berkaitan ketidakhadiran pelajar…
Mayat seorang wanita dipercayai warga tempatan ditemui di dalam longkang belakang sebuah rumah di Taman Perpaduan, Bakar Arang, dekat sini pada petang semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, polis menerima laporan tentang penemuan mayat itu daripada orang awam kira-kira pukul 5.47 petang semalam. “Sepasukan anggota dihantar ke lokasi dan menemui mayat hanya memakai baju kelawar tanpa pakaian dalam. Hasil siasatan awal, seorang saksi memberitahu terhidu bau busuk dari belakang rumah. “Pada mulanya dia menyangka bau itu datang dari dalam tandas lalu mencuci tandas rumahnya itu, namun bau busuk masih tidak hilang. Saksi itu kemudian…
Mahkamah Rendah Syariah di sini sebentar tadi dikejutkan apabila pengarah filem kontroversi Syamsul Yusof tidak jadi menceraikan isteri pertamanya pelakon Puteri Sarah. Berikutan tiada lafaz cerai daripada Syamsul, prosiding dijangka akan diteruskan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di Hakim Syarie Akmaluddin Ilyas. Dalam prosiding terdahulu, mahkamah sama telah menetapkan hari ini untuk Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai terhadap Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Mahkamah menetapkan prosiding lafaz cerai dibuat hari ini selepas peguam syarie yang mewakili…
Gara-gara cinta ditolak isteri orang, seorang lelaki berusia 54 tahun dipercayai bertindak membakar sebuah kedai menjual telefon bimbit di Jalan Besar Langkap, dekat sini pada Sabtu. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Ahmad Adnan Basri, berkata pihaknya menerima laporan daripada wanita berusia 46 tahun yang mengadu didatangi suspek di kedai berkenaan iaitu tempat wanita itu bekerja, pada hari sama. Katanya, lelaki yang juga penganggur itu telah melemparkan kata-kata lucah dan mengamuk sehingga mencederakan wanita berkenaan, selain mengugut mahu membakar kedai berkenaan. Menurut Ahmad Adnan, semasa wanita itu keluar membuat laporan polis, suspek dikatakan telah menyimbah petrol sebelum membakar kedai…
Satu lagi berita gembira akan diumumkan oleh Perdana Menteri menjelang Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini, lapor Awani. Menerusi laman Twitter Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, beliau mengatakan kerajaan akan membawa satu lagi berita baik kepada rakyat. “Kerajaan perpaduan akan membawa satu lagi berita baik yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang Hari Raya Aidilfitri tahun ini. “Nantikan!” katanya dalam hantaran pada Selasa. Rata-rata ramai yang mengharapkan berita baik itu adalah berkaitan dengan pemberian tol percuma sempena Hari Rayayang bakal tiba itu. https://twitter.com/Fawie_akmal/status/1645765347247796224?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1645765347247796224%7Ctwgr%5E950fcf37d9a3c9c5bc95057e60f9f3b1f0dda0cd%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2023%2F04%2F12%2Fpm-akan-umumkan-satu-lagi-berita-baik-menjelang-aidilfitri%2F https://twitter.com/EspressoMchiato/status/1645784041399132160?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1645784041399132160%7Ctwgr%5E950fcf37d9a3c9c5bc95057e60f9f3b1f0dda0cd%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2023%2F04%2F12%2Fpm-akan-umumkan-satu-lagi-berita-baik-menjelang-aidilfitri%2F https://twitter.com/Syafiqfirash/status/1645800068145086466?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1645800068145086466%7Ctwgr%5E950fcf37d9a3c9c5bc95057e60f9f3b1f0dda0cd%7Ctwcon%5Es1_c10&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2023%2F04%2F12%2Fpm-akan-umumkan-satu-lagi-berita-baik-menjelang-aidilfitri%2F Aidilfitri: 2 juta kenderaan dijangka guna semua rangkaian lebuh…
Mahkamah Rayuan hari ini membebaskan dan melepaskan kerani wanita, Sam Ke Ting daripada tuduhan memandu secara melulu yang mengorbankan lapan remaja penunggang basikal lajak pada 2017. Panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Hadhariah Syed Ismail, Datuk Hashim Hamzah dan Datuk Azman Abdulah, dalam keputusan sebulat suara, membenarkan rayuan Sam untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan dan menjatuhkan hukuman penjara enam tahun bagi kesalahan itu. Hadhariah berkata sabitan Sam kerana memandu secara melulu tidak boleh bertahan kerana pertuduhan yang dikenakan terhadapnya ada kekurangan. Hakim itu berkata terdapat penggandaan kesalahan dalam pertuduhan itu iaitu melakukan pemanduan secara melulu dan memandu secara berbahaya. Beliau berkata…
Pihak pentadbir Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan, di sini memohon maaf berikutan kesilapan laungan azan Maghrib yang dilakukan dua minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar, 30 Mac lalu. Timbalan Pengerusi masjid itu, Ahmad Nasir berkata, kesilapan itu disebabkan masalah teknikal paparan digital waktu azan di masjid. Beliau berkata, jemaah masjid yang bergantung semata-mata kepada laungan azan Maghrib dari Masjid Jame’ Badlishah Pekan Yan itu untuk berbuka puasa, dimaklumkan puasa mereka terbatal pada hari berkenaan dan perlu diganti. “Begitulah pandangan Jumhur Ulama’ dari kalangan Hanafi, Maliki, Syafie dan ramai di kalangan ulama’ Hanbali menyatakan bahawa puasa itu batal dan wajib…
Harapkan pagar, pagar makan padi. Itu yang berlaku apabila seorang anggota polis berpangkat lans koperal ditahan selepas dipercayai ‘dalang’ sindiket penyeludup mercun ke negara ini. Lebih mengejutkan apabila suspek berusia 30-an turut menggunakan kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membawa mercun diseludup. Sumber berkata, anggota polis berkhidmat di cawangan pengangkutan di Terengganu itu dikesan menggunakan kenderaan pasukan PDRM untuk aktiviti penyeludupan mercun dari Kelantan. Menurutnya, suspek bagaimanapun diberkas hasil risikan dilakukan anggota Pasukan Gerak Am (PGA) terhadap aktiviti penyeludupan mercun sempena Aidilfitri ini. “Suspek ditahan sepasukan anggota PGA di Kampung Wakaf Bata, Machang, Kelantan ketika memandu…
Pelajar Tahun 3 menjadi mangsa pertama kes mercun di Terengganu tahun ini. Ahmad Adi Ikhwan Mohd Noor, 9 tahun, dari Kampung Batu Rakit, Kuala Nerus , Terengganu, hampir buta mata sebelah kanan akibat terkena letupan mercun buatan sendiri. Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam Selasa, mangsa dikatakan sedang melihat rakan-rakan memasukkan belerang mercun bola ke dalam botol plastik. Dia bagaimanapun tidak menyangka mercun terbabit tiba-tiba meletup menyebabkan serpihan botol terkena mata kanan mangsa. Ahmad Adi dikatakan bermain mercun di hadapan surau bersama 10 rakannya yang lain. Ayah mangsa, Mohd Noor Tahir berkata, ketika kejadian dia sedang mengerjakan solat Tarawih dan bergegas pulang ke rumah…