“Dia (suspek) sangat baik, pendiam dan tidak bercakap banyak. Sebab itu saya sangat terkejut apabila dia boleh buat macam itu,” kata Rozilan Yusof, adik kepada wanita yang maut dipercayai dibunuh suami sendiri dengan tukul besi di Kampung Besol, Bukit Besi, di sini, hari ini. Akibat kejadian, mangsa, Rubiah Sabtu, 41, dilaporkan parah di kepala dan muka. Rozilan, 38, berkata, biarpun dia dan mangsa berlainan bapa, namun mereka sangat rapat dan sering berkongsi masalah. Menurutnya, arwah kakaknya ada menghubunginya pada 1.10 pagi tadi untuk meminjam kipas kerana anaknya panas. Namun, katanya, dia tidak dapat membantu kerana masih bekerja di kedai makan.…
Author: Syifa' Syakinah
Tular di media sosial TikTok, sebuah video yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki sanggup kebasahan demi ‘payungkan’ ibunya sedang solat. Menerusi video yang berdurasi 29 saat itu, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki memayungkan ibunya yang sedang solat di perkarangan luar masjid dalam keadaan hujan lebat. Kanak-kanak yang memakai pakaian berwarna hitam dengan payung berwarna merah itu dilihat mengikuti setiap pergerakan solat ibunya walaupun diri sendiri basah kuyup. Menurut info, difahamkan kanak-kanak tersebut dan ibunya adalah antara jemaah yang menunaikan solat di salah sebuah masjid di Kalimantan Selatan, Indonesia. Menjengah ke ruangan komen pula, rata-rata warganet tersentuh dengan sifat mulia yang ditonjolkan oleh…
Mualaf Kongsi Cabaran Ketika Berpuasa. | Khalifah Media Networks – Pada 23 Mac lepas, umat Islam menyambut 1 Ramadan dan mula menjalani ibadah puasa selama 29 hari atau 30 hari, bergantung kepada proses cerapan anak bulan pada akhir-akhir Ramadan nanti.Mualaf Puasa. Sering kali kita disuapkan dengan cerita-cerita yang menggelikan hati mengenai Ramadan, lebih-lebih lagi apabila ia melibatkan kanak-kanak, yang baru mula berpuasa. Terdapat kisah yang lucu, namun ada juga cerita yang penuh dengan pengajaran hidup yang mendorong kepada muhasabah diri. Tidak lupa juga, kisah-kisah individu mualaf yang baru sahaja memeluk Islam, pastinya penuh dengan cabaran, kebaikan selain daripada pengajaran. Pemuda…
Sanggup menyembunyikan lauk dalam tandas dan nasi bungkus dalam mesin basuh. Tindakan peniaga yang disyaki untuk dijual kepada orang tidak berpuasa itu dikesan dalam operasi di Tangok dekat Bachok, semalam. Dalam operasi cegah orang tidak berpuasa oleh Pejabat Agama Jajahan Bachok dan Majlis Daerah Bachok antara 10 pagi hingga 12 tengah hari itu, berjaya merampas lebih 20 bungkus nasi berlauk ayam bersama teh O ais. Pegawai Agama Jajahan Bachok Suratemi Mat Yusof berkata, dalam operasi itu, pihaknya memberi amaran kepada seorang wanita yang juga pemilik rumah berusia 40-an. Katanya, operasi itu dilakukan hasil pemantauan pihaknya dan aduan awam yang mendapati…
Umur Baru 14 Tahun Dah Keluarkan Zakat RM10k. | Seorang pelajar Tingkatan Dua menjadi individu paling muda membayar zakat perniagaan bagi tahun lalu berjumlah RM10,000 kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik). Bayar Zakat. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mustamaman, 14, yang juga pengasas produk makanan dikenali sebagai BebyCurve hadir untuk menyerahkan zakat perniagaan kepada Ketua Pegawai Zakat Maik Ameer Azeezy Tuan Abdullah pada Khamis lalu. PRODUK CAPAI SASARAN JUALAN Putri Mumtaz berkata, dia tampil menunaikan tanggungjawab selepas produk BebyCurve yang diusahakannya mencapai jualan sebanyak RM400,000 dalam tempoh empat bulan sejak September tahun lalu. “Saya mula berniaga menerusi…
Hanya kerana menegur membaca doa berbuka puasa dengan laju, seorang lelaki tergamak memukul bapanya dengan kerusi meja makan di kediaman mereka di Bandar Puncak Utama, di sini, pada Jumaat. Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, berkata, dalam kejadian jam 7.45 malam itu, mangsa berusia 63 tahun cedera di dahi dan tapak tangan kanan. Menurutnya, punca kejadian disebabkan suspek berusia 34 tahun membaca doa dengan laju untuk berbuka puasa sebelum ditegur oleh mangsa. “Suspek yang tidak berpuas hati menghayunkan kerusi meja makan ke kepala mangsa sehingga kaki kerusi itu patah. “Seorang daripada anak mangsa kemudian meleraikan pergaduhan itu…
Polis merampas satu bahan larangan berupa ubat gigi daun ganja yang dialamatkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli. Ketua Polis Daerah Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kes pada Jumaat lalu susulan laporan dibuat kakitangan kaunter pertanyaan Kementerian Ekonomi, memaklumkan menerima satu panggilan jam 9.10 pagi dari sebuah syarikat penghantaran. Katanya, kakitangan lelaki itu memaklumkan syarikat penghantaran terbabit memberitahu terdapat satu bungkusan di atas nama Rafizi dan Anwar di hab Pulau Meranti, Dengkil. “Berdasarkan maklumat, bungkusan itu disyaki mengandungi barang terlarang mengandungi daun ganja. Jadi, perkara itu telah dimaklumkan kepada Setiausaha…
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu di sini pada Isnin memerintahkan pelakon, Hafidz Roshdi dihantar ke Hospital Bahagia bagi menjalani rawatan psikiatri. Perintah itu dikeluarkan Hakim Siti Fatimah Talib yang bertindak selaku Majistret selepas membenarkan permohonan Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar bagi pemeriksaan mengikut Seksyen 342 Kanun Acara Jenayah. Terdahulu, Hafidz, 29, mengaku tidak bersalah atas tuduhan menumbuk pipi kiri isterinya sebanyak tiga kali hingga luka dalam kejadian di susur keluar Plaza Tol Sungai Buaya di sini pada 2 Mac lalu. Bintang filem Pusaka berkenaan membuat pengakuan tidak bersalah itu sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya. Mengikut pertuduhan, Hafidz atau nama…
Bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin – yang beberapa hari lalu berdepan dakwaan salah guna kuasa dan pengubahan wang haram – mengakui dia sukar untuk tidur malam. “Apabila saya membaca (berita) selepas pertuduhan, sukar untuk tidur malam. Isteri saya, di sebelah saya, sukar untuk tidur. Anak-anak saya risau… biasalah. “Namun apabila saya baca, jika didapati bersalah atas pertuduhan ini saya akan dipenjarakan selama 20 tahun,” katanya. Pada 10 Mac lalu ahli parlimen Pagoh itu mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta. Dia didakwa di hadapan hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur,…
Pelakon Kamal Adli mengalami cedera parah didakwa akibat diserang oleh individu tidak dikenali, di Singapura, malam tadi. Isteri juga pelakon, Uqasha Senrose ketika dihubungi berkata, insiden tidak diduga berkenaan disifatkan berlaku dalam sekelip mata ketika mereka sedang berada pada satu acara karnival jualan di negara jiran itu. “Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda. “Saya dan suami bergambar dengan makcik itu. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana. “Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba…