Resepi kek Chocolate Indulgence | Sedapnya bila sebut pasal kek ni. Berair air liur ni. Kadang-kadang duduk saja di rumah ni teringin macam-macam. Tiba- tiba rasa nak makan kek pulak. Kek bukan untuk hari jadi saja, boleh dimakan bila-bila masa saja.  Kalau tarikh hari jadi anak-anak dah semakin dekat, bolehlah buatkannya kek chocolate viral ni. Tak payah dah susah-susah nak cari dekat secret recipe. Jom cuba buat kek chocolate indulgence yang ramai orang suka tu. Ni resepinya.

Bahan-bahan kek coklat:

4 biji telur

180 gram gula kastor

150 gram tepung kek

20 gram serbuk koko

70 gram air

15 gram ovellet

50 gram minyak jagung

1 tspn baking powder

 

Bahan-bahan krim putih:

50 gram gula kastor

120 gram unsalted butter

4 gram gelatin

50 gram air

100 gram coklat putih

260 gram whipped cream

2 biji kuning telur

 

Bahan-bahan krim coklat:

50 gram gula kastor

120 gram unsalted butter

4 gram gelatin

50 gram air

100 gram coklat

260 gram whipped cream

2 biji kuning telur

 

Bahan-bahan Coklat ganache:

100 gram whipped cream

100 gram coklat

 

Bahan-bahan air kopi:

3 sudu gula

1 sudu kopi

1/2 cawan air

 

1. Cara-cara penyediaan kek:

 Langkah 1

Satukan kesemua bahan kecuali minyak jagung.

 Langkah 2

Pastikan tepung, serbuk koko, dan baking powder diayak terlebih dahulu.

Langkah 3

Pukul adunan sehingga gebu. Elakkan pukul terlebih lama kerana ia akan menyebabkan kek jatuh apabila dibakar.

 Langkah 4

Masukkan minyak jagung dan kacau menggunakan spatula.

 Langkah 5

Masukkan ke dalam loyang dan bakar suhu 160 selama 30-40 minit mengikut oven masing-masing.

 

2. Cara membuat krim putih dan coklat:

 Langkah 1

Satukan gelatin dan air, ketepikan sekurang-kurangnnya 15 minit. Kemudian masak menggunakan kaedah double boiler.

 Langkah 2

Masukkan kuning telur dan gula aising ke dalam bekas, pukul sehingga gula dan telur sebati.

 Langkah 3

Masak adunan telur menggunakan kaedah double boiler.

 Langkah 4

Satukan adunan telur dan air gelatin. Kacau rata. Kemudian masukkan coklat yang telah dicairkan.

 Langkah 5

Didalam bekas yang lain, pukul butter sehingga kembang, kemudian satu kan dengan adunan telur.

 Langkah 6

Dalam bekas yang bersih, pukul whipped cream sehingga kembang dan satukan dengan adunan butter secara kaup balik.

 Langkah 7

Simpan didalam peti sekurang-kurangnya 1 jam sebelum digunakan⁠⁠⁠⁠.

 

3. Cara membuat air kopi:

 Langkah 1

Satukan kesemua bahan dan masukkan kedalam bekas.

 

4. Cara-cara menghias kek:

 Langkah 1

Potong kek coklat kepada 4 bahagian. Pastikan kek betul-betul sejuk sebelum potong.

 Langkah 2

Ambil lapisan kek yang pertama dan siramkan dengan air kopi. Kemudian paipkan krim putih diatas kek.

 Langkah 3

Untuk lapisan kedua kek, paipkan dengan krim coklat dan ulang sehingga habis.

 Langkah 4

Salut kek dengan lebihan krim coklat dan simpan didalam peti sekurang-kurangnya 8 jam

 Langkah 5

Selepas kek betul-betul sejuk, siramkan dengan chocolate ganache. Biarkan kek sejuk dan sedia dihidang.

Untuk dapatkan potongan yg cantik, panaskan pisau terlebih dahulu. Selamat mencuba.

Kredit: Seminit Resepi

Ha, macam mana? Mencabar kan cara nak buat kek chocolate indulgence ni? Takpa, bila lama-lama nanti, pandailah buat. Bila tiba saja hari jadi anak-anak, dah boleh buat sendiri. Tak payah susah nak keluar cari dekat kedai. Lagi jimat kan? Ha, tunggu apa lagi, jom cari barang nak buat kek indulgence ni.

Share.

Leave A Reply