Resepi Kek Marble | Kalau sebut pasal kek ni, mesti ingat kek hari jadi. Selain daripada kek hari jadi yang selalu kita beli dekat kedai tu, Kek Marble pun menarik juga untuk buat makan-makan waktu hari jadi. Bukan setakat tu saja, bila-bila rasa lapar, teringin nak makan kek, boleh ja ke dapur buat terus. Tak payah dah susah-susah keluar pergi cari di kedai. Hari raya ni bukan setakat kuih, kek pun boleh dihidangkan dekat tetamu. Lagi-lagi musim PKPB ni, dah bosan dekat rumah boleh la cuba buat resepi baru. Ha, Jom kita usha resepi Kek Marble ni.
Bahan- bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan susu pekat
1 sb ovalette
1 sk esen vanilla
1 cawan minyak
2 cawan tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
2 sb serbuk koko
Cara-cara membuat:
- Satukan telur, gula, susu pekat, ovalette dan esen vanilla pukul hingga kembang
- Masukkan minyak pukul lagi hingga sebati
- Masukkan tepung sedikit demi sedikit kacau hingga sebati
- Bahagikan dua bahagian
- Bakar suhu 180°c selama 45 minit ikut kepanasan oven masing-masing
- Sedia untuk dihidang
Kredit: Masak Ke Tak
Senang kan resepi Kek Marble ni? Boleh juga buat makan sambil minum-minum petang dekat belakang rumah tu. Tunggu apa lagi, pi la bersilat dekat dapur nuh.