Author: Admin Soleh

Abu Ziyad atau lebih dikenali sebagai Admin Soleh merupakan seorang penulis blog yang sangat berpengalaman. Beliau pernah mendapat anugerah penulis Ghost Writer terbaik pada tahun 2020.

BERANG Tak Dapat Duit, Seorang AdikĀ  Pukul Kakaknya Hingga Lumpuh. | Kejam dan tergamaknya seorang adik sanggup memukul kakaknya dengan penyapu sehingga menyebabkan kakaknya itu lumpuh. Sibu: Berang kerana tidak diberi wang, seorang adik tergamak memukul kakaknya menggunakan batang penyapu sehingga lumpuh. Dalam kejadian pada 3 petang, 22 Januari lalu di kediaman mereka di Jalan Sungai Antu di sini, mangsa berusia 49 tahun mengalami kecederaan di tulang belakang hingga menyebabkan saraf tunjangnya tertekan kuat sehingga menyebabkan mangsa lumpuh dari paras dada hingga ke kaki. Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, sebelum ini keluarganya enggan membabitkan kejadian…

Read More

Penduduk Kampung Terkejut Jumpa Mayat Wanita Di Pantai. | Beberapa orang penduduk di sebuah kampung di kampung terkejut apabila menemui mayat seorang wanita yang terdampar di pesisir pantai berdekatan dengan kampung mereka. Baca selanjutnya. Bachok: Mayat dipercayai seorang wanita ditemukan terdampar kira-kira enam meter dari pesisir pantai di Kampung Aur Kecil, Pantai Melawi di sini, pagi hari ini. Pemangku Ketua Polis Daerah Bachok Asisten Superintendan Mohd Yusrizal Mohd Ghazali berkata, mayat berkenaan ditemukan penduduk kampung sebelum membuat laporan di Balai Polis Bachok pada 8 pagi. Menurutnya, mayat itu dipercayai adalah wanita hasil pemeriksaan ke atas t-shirt dan jaket merah. “Kita…

Read More

Lelaki Terjumpa Terowong Bawah Tanah. Usianya Mengejutkan. | Seorang lelaki warga emas di Beijing terkejut selepas menjumpai satu terowong di bawah tanah rumah miliknya. Selepas digali selama dua tahun, dia bersama dengan anaknya amat terkejut kerana terowong itu merupakan terowong yang sudah berusia 1,000 tahun. Baca selanjutanya. Seorang lelaki warga emas menemui terowong bawah tanah rumahnya di luar bandar Louyang, wilayah Henan, China. Lelaki itu menemui terowong lama sejak Dinasti Song dipercayai berusia 1,000 tahun lalu. Portal Global Times melaporkan, peliknya terowong berliku itu menghubungkan dengan setiap isi rumah di kampung itu. Lelaki itu, Jia Pengju, 75, menemui pintu masuk…

Read More

Seorang Lelaki Meninggal Dunia Di Hadapan Bank. | Kuching: Lelaki warga emas meninggal dunia selepas pengsan di hadapan jalan masuk ke sebuah bank di Jalan Tunku Abdul Rahman di sini, pada hari ini. Mengesahkan kejadian itu, Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Awang Din Awang Gani berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada orang awam pada 10.59 pagi. “Sepasukan anggota kemudiannya ke tempat kejadian dan mendapati mangsa terbaring dan diselimuti kain putih. “Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang ke tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini. Beliau berkata, siasatan awal mendapati tiada…

Read More

Ini Punca Bunyi Letupan Yg Menggemparkan Penduduk Sabah. | Semalam Penduduk sekitar Beaufort, Sipitang, Kuala Penyu dan Labuan digemparkan dengan bunyi letupan dan gegaran selama beberapa saat kira-kira jam 11 pagi pada Ahad. Difahamkan, bunyi letupan kuat seperti guruh dan gegaran itu dirasai selama kira-kira lima hingga enam saat.Ramai pengguna media sosial berkongsi peristiwa itu dan tertanya-tanya punca dan arah bunyi letupan berkenaan.Pihak berkuasa termasuk polis dan bomba setakat ini memaklumkan masih mencari punca bunyi letupan atau gegaran itu. Hari ini,Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) telah mengesahkan dari mana datangnya bunyi berkenaan. Bunyi letupan di langit yang didengar di…

Read More

Ini Luahan Keluarga Angkat Adik Lepas Selesai Pengebumian. | JASIN – “Umi reda dengan apa yang berlaku, terima kasih kepada keluarga ibu kandung yang bekerjasama hingga selesai pengebumian Adik,” kata Norlida Abu Hassan, 50, ibu angkat kepada kanak-kanak lelaki maut dipercayai didera. Norlida yang ditemui setelah selesai proses pengebumian itu berkata, arwah Adik datang dalam mimpi salah seorang anaknya dan meminta agar dipercepatkan urusan pengebumian tersebut. “Abang dia mimpi, dia (Adik) datang minta percepatkan jangan lambat-lambat, muka dia tenang sahaja macam sedang tidur, bersih wajahnya,” katanya. Norlida yang mengalirkan air mata berkata, dia akan selalu datang untuk menziarahi pusara Adik…

Read More

Ini Punca 2 Kumpulan Bergaduh Dengan Parang. | Kajang: Dua kumpulan kongsi gelap ‘berperang’ berebut kawasan jualan dadah di taman perumahan di Taman Juara Jaya, Batu 9, Cheras, semalam. Mereka menggunakan parang panjang dan menyerang antara satu sama lain menyebabkan dua daripadanya cedera. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat berkata, kejadian dipercayai berlaku akibat rebutan kawasan penjualan dadah antara Geng 08 Sg Besi Indah dan Geng 36 Bukit Belimbing, Kajang. “Susulan itu satu Op cantas dilakukan di mana setakat ini 10 individu sudah ditangkap dan akan direman dalam masa terdekat. “Kejadian itu juga menyebabkan dua individu cedera dan…

Read More

Jenazah Adik Dikebumikan Di Melaka. Mayat Dituntut Keluarga Kandung. | JASIN: Teka-teki berhubung siapa yang akan menguruskan jenazah Adik akhirnya terjawab apabila salah seorang keluarga kandung mangsa memberitahu bahawa mereka akan menuntutnya di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka pagi ini. Tinjauan di rumah nenek mangsa di Taman Kasturi, Simpang Bekoh di sini berjaya menemui salah seorang waris kanak-kanak tersebut yang dipercayai bapa saudaranya. Walau bagaimanapun, dia enggan ditemubual dan hanya menjawab ringkas bahawa jenazah Adik akan dituntut keluarganya dan dikebumikan di sini. Lelaki itu kemudian terus beredar dengan menunggang sebuah motosikal. Jenazah dipercayai akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang…

Read More

Ratusan Pelarian Rohingya Hilang Di Kem Indonesia. | JAKARTA: Ratusan etnik Rohingya hilang dari kem pelarian di Indonesia dan dipercayai diseludup masuk ke Malaysia, kata pihak berkuasa dan sumber hari ini. Hanya 112 pelarian masih tinggal di kem itu yang terletak di Lhokseumawe, Aceh berbanding 400 etnik Rohingya yang tiba di negara itu antara Jun dan September tahun lalu. Setakat ini, pihak berkuasa Indonesia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tidak dapat mengesahkan kedudukan pelarian minoriti Islam dari Myanmar itu. Bagaimanapun, menurut ketua pasukan petugas Rohingya di Lhokseumawe, Ridwan Jamil, pelarian terbabit disyaki menghubungi penyeludup untuk membawa mereka menyeberangi Selat Melaka…

Read More

Seorang Anggota Polis Meninggal Dunia Ketika Menjalani Kuarantin. | Shah Alam: Seorang anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan meninggal dunia malam tadi ketika menjalani kuarantin di rumah selepas didapati positif Covid-19. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Shamsul Amar Ramli berkata anggota polis berusia 53 tahun itu meninggal dunia pada 9 malam. “Allahyarham adalah Pengawal Pengiring (Bahagian Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam) IPD Klang Selatan dan saya sahkan beliau sedang menjalani kuarantin akibat positif COVID-19 bermula 23 Januari hingga 1 Februari. “Sama ada kematiannya akibat Covid-19, saya tidak boleh sahkan,” katanya ketika dihubungi Bernama di…

Read More