Ibu Tikam Anak Usia 5 Bulan Hingga Maut Gara-Gara Tekanan Jiwa | Seorang ibu telah di tangkap oleh pihak polis selepas dia didapati menikam bayinya yang berusia lima bulan yang lalu, menurut laporan Daily Star, baru-baru ini. Suspek dikenali sebagai Kristhie Alcazar, 26, didakwa berikutan insiden pembunuhan ngeri bayi terbabit yang dikatakan berlaku di sebuah rumah berdekatan Penns Grove, New Jersey, menurut pendakwa raya di Amerika Syarikat. Pihak polis dilaporkan telah bergegas ke tempat kejadian selepas seorang operator yang menjawab panggilan kecemasan mendengar ‘bunyi yang tidak menyenangkan’ ketika menerima panggilan kecemasan 911 dari tempat kejadian, lapor New York Post. Ketika penyiasat…
Author: Miss Alin
Burundi: 38 Maut, Berpuluh-puluh Banduan Cedera Dalam Kebakaran Penjara | Sekurang-kurangnya 38 banduan terbunuh dan berpuluh-puluh lagi cedera dalam satu kebakaran di sebuah penjara di ibu negara Burundi , kata pegawai, baru-baru ini, menurut laporan NBC News. https://twitter.com/MininterInfosBi/status/1468189790860361731?s=20 Naib Presiden Burundi, Prosper Bazombanza berkata, sekurang-kurangnya 12 orang telah meninggal dunia akibat sesak nafas ketika mereka cuba melarikan diri dari bangunan yang terbakar. Difahamkan, sekurang-kurangnya 26 yang lain meninggal dunia akibat kecederaan parah, dan menurut Kementerian dalam negeri negara Afrika Timur itu berkata kebakaran maut itu berpunca daripada litar pintas elektrik. Perkara tersebut turut disahkan menerusi satu ciapan di akaun Twitter…
Kejam! Remaja ‘Penggal’ Kepala Kakak Dengan Bantuan Ibu Gara-Gara Lari Rumah | Seorang remaja lelaki dan ibunya ditahan selepas dipercayai telah melakukan jenayah kejam iaitu ‘memenggal’ kepala kakak kandungnya yang dikatakan sedang hamil, menurut laporan Daily Star, baru-baru ini. Remaja lelaki itu dan ibunya dipercayai telah berbuat tindakan sedemikian gara-gara berang wanita terbabit telah melarikan diri dan berkahwin tanpa persetujuan keluarga, menurut laporan Dialy Star. Menurut laporan, jiran tetangga keluarga itu mengatakan bahawa remaja lelaki tersebut kemudiannya bertindak menangkap gambar swafoto bersama-sama dengan kepala kakaknya itu. Semasa kejadian, kakaknya yang dikatakan hamil itu baru sahaja berusia 19 tahun. Dia didakwa…
Ngeri! Bawak Mayat Rakan Bersiar-siar Naik Motosikal Untuk Kali Terakhir | Lagak seram oleh sekumpulan rakan di Ecuador mencuri perhatian ramai selepas mereka dikatakan sanggup mengeluarkan mayat rakan lelaki mereka dari keranda dan membawanya ‘menaiki’ motosikal buat kali terakhir. Daily Star melaporkan bahawa mereka mendakwa sudah mendapat kebenaran daripada ibu bapa kepada si mati yang dikenali sebagai Erick Cedeno. Kebenaran itu untuk menguruskan hal pengebumian rakan mereka, mengeluarkan mayat mangsa dari keranda dan melakukan perbuatan aneh berkenaan. Laporan mengatakan kira-kira tujuh lelaki mengelilingi motosikal sebelum mayat dinaikkan ke tempat duduk penumpang. Kumpulan lelaki itu merakam sorakan dan melambaikan tangan mereka…
Pakistan: Lelaki Dibunuh Gara-Gara Didakwa Hina Agama | Polis dilaporkan telah menahan 13 suspek dan beberapa individu lain selepas mereka dikatakan terlibat dalam satu kes pembunuhan melibatkan seorang pekerja di sebuah kilang peralatan sukan di timur Pakistan, baru-baru ini. Ia susulan mangsa yang dikenali sebagai Priyantha Kumara, didakwa telah menghina agama Islam melalui poster yang tertera nama Nabi Muhammad. Kumpulan yang terlibat dalam kejadian tersebut dikhabarkan telah menangkap mangsa sebelum membunuhnya, serta membakar mayatnya secara terbuka di daerah Sialkot dalam wilayah Punjab pada Jumaat, baru-baru ini. Menurut Ketua Polis Punjab, Rao Sardar dalam laporan awalnya berkata, suspek utama dikhabarkan dalam…
(Ada Video) Kelebihan Menjadi Bilal Yang Ramai Tak Tahu | Khalifah Media Network – Saban hari, kita sentiasa diperdengarkan dengan laungan azan. Azan mengajak manusia supaya mendatangi rumah-rumah Allah. Kita diajak dan dipelawa untuk datang ke rumahNya bagi bersama-sama menyembah serta mengabdikan diri kepadaNya. Sebagai tanda kesyukuran kita di atas segala nikmat yang telah diberikannya kepada kita. Azan adalah satu lafaz khusus yang diamalkan oleh penganut agama Islam. Sebagai tanda untuk menyatakan masuknya waktu solat fardu supaya orang-orang Mukmin boleh diseru. Agar bergesa berkumpul untuk mengerjakan solat fardu. Iqamat pula bermaksud sebutan tertentu untuk memberitahu para jemaah untuk mula mengerjakan solat.…
Mexico: Kumpulan Penjenayah Rempuh Penjara Guna Kenderaan, Bebaskan 9 Banduan | Sebuah kumpulan samseng dilaporkan telah merempuh masuk ke dalam sebuah penjara di Mexico menggunakan kenderaan dipercayai trak serta penyaduran perisai buatan sendiri sebelum melepaskan tembakan ke arah pengawal bagi menyelamatkan sembilan banduan, baru-baru ini. Beberapa kenderaan lain turut dibakar dalam ‘plot’ menakjubkan yang menyasarkan penjara di tengah bandar Tula manakala banduan yang berjaya ‘meloloskan’ diri dari penjara antaranya adalah ketua organisasi jenayah tempatan yang dikenali sebagai Pueblos Unidos. Berikutan rempuhan yang berlaku, dikhabarkan seorang pengawal penjara dan seorang pegawai polis cedera dalam serangan awal tersebut, menurut pihak berkuasa negeri…
Malaysia Kembali Perketat Sempadan Negara Cegah Omicron | Malaysia dilaporkan telah kembali mengambil langkah mengetatkan sempadan antarabangsa susulan 20 negara telah melaporkan jangkitan varian Covid-19 jenis Omicron. Menurut Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, antara negara-negara yang tersenarai adalah seperti Malawi yang kini berada dalam senarai terbaharu sekatan perjalanan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilaporkan kini sedang melakukan sekatan perjalanan sementara untuk pengembara asing dari negara yang melaporkan penularan Omicron atau negara disenaraikan berisiko tinggi, selain pengembara mempunyai sejarah perjalanan ke negara tersebut dalam tempoh 14 hari. Selain negara Malawi, terdapat beberapa negara Afrika terlebih dahulu disenarai sebagai larangan perjalanan iaitu…
Pajakan Tanah Langkawi: Dr Mahathir Bidas Najib, “Nothing To Hide” | Pertelingkahan antara dua bekas Perdana Menteri iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Tun Razak saban minggu telah memasuki episod baharu selepas kedua-dua pemimpin ini dilihat saling berbalas kenyataan. Minggu sebelumnya, Najib telah menyatakan bahawa Dr Mahathir ‘membayar’ kerajaan untuk mendapatkan tanah tepi pantai seluas 24 hektar (34 ekar) di Langkawi untuk tempoh 60 tahun dengan harga pajakan RM3,200 setahun. Manakala, baru-baru ini dr Mahathir pula dilihat membalas kenyataan tersebut dengan mengakui beliau telah memajak tanah tersebut namun menegaskan, pajakan dengan bayaran bukanlah hadiah, malah beliau tidak…
Varian Omicron Penyebab Pandemik Jadi lebih Panjang | Pandemik COVID-19 dijangka akan kekal untuk tempoh yang lebih lama dengan penularan varian baharu di beberapa negara dan Malaysia tidak terkecuali, walaupun pelbagai langkah diambil bagi membendung wabak itu. Menurut Pakar Kesihatan Awam, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Madya Dr Wan Mohd Zahiruddin Wan Mohamad, penularan wabak COVID-19 masih lagi tidak dapat diputuskan dan beberapa negara kembali mengenakan sekatan, susulan penularan virus itu tidak dapat dikawal. Jelasnya, tempoh endemik COVID-19 diharapkan menjadi pengakhiran bagi wabak itu dengan virus pembawa COVID-19, iaitu SARS-CoV-2 akan terus berada dalam masyarakat dan tidak dapat…