Author: Miss Alin

(Ada Video) Yassin Malam Jumaat Boleh Ke Tidak Sebenarnya ? | Khalifah Media Network – Umat Islam di Malaysia tidak asing lagi dengan bacaan Surah Yassin pada setiap malam Jumaat. Ia samada dilakukan di surau-surau mahupun masjid di kebanyakan tempat di seluruh negara kecuali beberapa kawasan tertentu. Surah Yasin adalah antara surah Makkiyyah (yang diturunkan di Mekah), mengandungi sebanyak 83 ayat. Secara umum, surah ini membincangkan isu-isu berkaitan ayat Makkiyyah seperti soal ketuhanan, balasan ke atas orang yang mendustakan agama dan soal hari Kiamat. Amalan bacaan Yasin kebiasaannya juga akan diiringi dengan bacaan tahlil antara waktu selepas Maghrib hingga masuk waktu…

Read More

Wanita Maut Kena Siram Asid Gara-Gara Dikahwin Paksa | Seorang wanita di Jawa Barat dilaporkan maut selepas dia dikatakan telah disiram ‘air keras’, sejenis asid selepas dikatakan berkahwin kerana terpaksa. Sebelum ini, mangsa yang dikhabarkan berusia 21 tahun itu sudah tiga kali menolak pinangan suaminya sebelum akhirnya bersetuju. Persetujuan mangsa untuk berkahwin itu didorong desakan keluarga selain suaminya juga dikhabarkan telah berulang kali melamarnya. Bapa saudara mangsa, Rizwan Maulana berkata, mangsa kelihatan speperti ‘terpaksa’ kerana memikirkan keluarga. Difahamkan, suspek kejadian tersebut dikatakan  berasal dari Timur Tengah dan dipercayai merupakan rakan kongsi perniagaan ibu mangsa. Menurut Rizwan, suspek sering berkunjung ke…

Read More

Britain: Kes Varian Omicron Dikesan, Pelitup Muka Diwajibkan Semula | Rakyat Britain dikhabarkan akan mewajibkan semula pemakaian pelitup muka ketika mengunjungi tempat-tempat awam seperti kedai dan dalam pengangkutan awam mulai minggu depan susulan kebimbangan ke atas varian Covid-19 baharu, Omicron. Bagi pengembara yang memasuki negara itu pula perlu menjalani ujian saringan Polimerase-Transkripsi Terbalik (RT-PCR) sementara mereka yang berkemungkinan mempunyai kontak dengan varian baharu itu harus melakukan kuarantin kendiri meskipun sudah melengkapkan pengambilan vaksin. Oleh itu, Perdana Menteri Britain, Boris Johnson membayangkan sambutan Krismas pada kali ini ‘dianggap lebih baik’ berbanding tahun lalu selain langkah itu hanya bersifat sementara dan pencegahan.…

Read More

“Jangan Segerakan Perlaksanaan Sekatan Pergerakan”-Ujar Pakar Kesihatan Awam | Masih terlalu awal untuk membuat sebarang keputusan sekatan pergerakan dan sekatan ekonomi, kerana tidak banyak maklumat mengenai varian Omicron buat masa ini, kata Pakar Kesihatan Awam Prof Datuk Dr Syed Mohamed Aljunid Syed Junid. Jelas beliau, biarpun kemunculan varian baharu COVID-19, iaitu Omicron, agak membimbangkan, namun kerajaan diharap tidak tergesa-gesa membuat sekatan pergerakan seperti perintah kawalan pergerakan. Setakat ini, katanya masih terlalu awal untuk mengenal pasti ciri-ciri Omicron, dan negara digesa tidak mengikuti langkah beberapa negara Eropah yang mula melaksanakan sekatan. Jika dilihat di negara Eropah, baru dalam beberapa jam lepas,…

Read More

Wanita Sempat Bergelar Isteri Selama Setengah Jam Sebelum Meninggal | Pasangan Mesir ini dilaporkan hanya sempat bergelar suami isteri setengah jam selepas dinikahkan apabila si isteri meninggal dunia akibat serangan jantung. Pengantin perempuan tersebut dikenali sebagai Nadia Taha Madhi meninggal dunia dalam pelukan suaminya ketika majlis perkahwinan mereka masih berlangsung di kampung Reda di selatan Mesir. Nadia sebelumnya dikatakn sempat menghubungi bapanya selepas kira-kira 25 minit majlis berlangsung, namun rebah dalam pelukan suaminya, ketika masih memakai gaun pengantin. Bapanya seakan tidak percaya anaknya itu meninggal dunia selepas dia pulang seketika untuk berehat. Jelasnya, anaknya dilihat sangat gembira apabila sedang menari…

Read More

Bekalan Tak Cukup, Hujan Lebat Punca Harga Sayur Naik | Kekurangan bekalan pelbagai jenis sayuran daripada pembekal adalah dikatakan akibat faktor cuaca atau musim hujan yang menjadi punca utama kenaikan harga sayur secara mendadak di Pahang. Menurut Pengarah Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pahang, Datuk Mark Ujin, ia antara punca yang dikenal pasti selepas menjalankan siasatan terhadap rungutan daripada peniaga dan pengguna, baru-baru ini. Jelasnya, selain bekalan tempatan, beberapa negara pengeluar bagi sayuran import turut mengalami fenomena cuaca sejuk melampau menyebabkan bekalan sayuran semakin kritikal. Beliau dimaklumkan bahawa harga sayuran menjadi mahal disebabkan permintaan tinggi daripada peniaga dan…

Read More

Arab Saudi Kini Dihujani Salji | Arab Saudi dikhabarkan sedang melalui musim sejuk selepas mereka dilaporkan sedang dilanda hujan renyai dan hujan ais dengan salji di beberapa kawasan di Arab Saudi minggu ini sehingga memberi kegembiraan untuk mereka yang jarang melihatnya. Menerusi laporan The National News, Hafar Al Batin merupakan sebuah kawasan di wilayah timur dilanda hujan pada Isnin selepas hujan ais dan hujan lebat di Riyadh pada Ahad. Difahamkan berlakunya ribut petir, hujan dan hujan ais juga dilihat di Qurayyat berhampiran Turaif di wilayah sempadan utara. Orang ramai mengambil kesempatan memuat naik gambar dan video hujan ais di padang…

Read More

Jenazah Mati Tak Bayar Hutang. Apa Tindakan Nabi SAW? | Khalifah Media Network – Jika disebut mengenai hutang pastinya terarah kepada kisah pada zaman Rasulullah SAW yang mana baginda enggan menyempurnakan solat jenazah bagi orang yang tidak melunaskan hutangnya. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Jiwa seorang Mukmin itu tergantung kerana hutangnya hinggalah hutangnya dilangsaikan.” (Riwayat at-Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Baihaqi) Setiap hutang manusia di dunia tetap perlu dilunaskan sekalipun kita sudah meninggal dunia. ‘Pertalian’ dengan orang yang kita berhutang itu tetap ada. Sebahagian ulama menyatakan, apa yang dimaksudkan dengan hutang sesama manusia itu ialah hutang yang sengaja tidak…

Read More

Najib Minta Rayuan Tarikh Keputusan Rayuan SRC Dilanjutkan | Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah memohon Mahkamah Rayuan agar melapangkan tarikh 8 Disember ini yang ditetapkan untuk keputusan rayuannya terhadap sabitan dan hukuman bagi kesalahan penyelewengan RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd. Menerusi dokumen daripada Tetuan Shafee & Co yang mewakili Najib yang dihantar kepada Pendaftar Mahkamah Rayuan, menyatakan permohonan itu dikemukakan atas alasan Najib akan berada di Singapura sehingga 5 Disember ini. Tambahnya, pihak perayu (Najib) dengan rendah diri ingin memohon untuk tarikh tersebut dilapangkan dan tarikh keputusan ditetapkan pada minggu seterusnya iaitu…

Read More

(Ada Video) Apa Hukum Kencing Berdiri ? Ini Jawapannya Dalam Islam |Khalifah Media Network – Kencing atau bahasa halusnya buang air kecil ini bukanlah suatu hal yang asing lagi bagi umat manusia. Setiap manusia melakukan aktiviti ini untuk mengeluarkan sisa-sisa metabolisme tubuh (mengeluarkan kotoran tubuh). Dalam melakukan aktiviti inipun kita dituntut melakukannya dengan betul dan beradab. Soalan kepada membuang air kecil ini, sudah kita ketahui bahawa kaum lelaki selalunya akan melakukannya dengan cara berdiri. Hal ini kerana banyak kemudahan yang disediakan seperti ‘toilet bold’ yang memerlukan untuk kaum lelaki berdiri apabila membuang air kecil. Namun, Islam itu agama yang indah kerana…

Read More