Author: Miss Alin

Hong Kong: Wanita Maut Selepas Perancah Buluh Gergasi Di Tapak Pembinaan Runtuh | Sebuah pusat pemantauan cuaca dilaporkan telah meningkat amaran ribut pada awal pagi Sabtu berikutan berlakunya insiden sebuah perancah buluh gergasi untuk pembinaan bangunan kediaman runtuh di Hong Kong pada Jumaat, baru-baru ini.  Dalam kejadian tragis itu, seorang pekerja wanita maut, manakala tiga yang lain pula terperangkap, menurut laporan RTHK News. Wanita tersebut dikatakan telah dibawa ke hospital tanpa sedar setelah dibebaskan dari serpihan namun dilaporkan maut sebelum mendapatkan rawatan lanjut di hospital akibat cedera parah. Kejadian tersebut menyaksikan dua buah kereta turut dihempap akibat runtuhan perancah dan…

Read More

(Ada Video) Menakutkan! Detik Cemas Kereta ‘Ditelan’ Bumi Di China | Menakutkan! telah tular satu video mengenai beberapa kenderaan di China yang dilihat telah ‘ditelan’ oleh lubang besar secara tiba-tiba di sebuah tempat parkir kenderaan, di sini, baru-baru ini. https://twitter.com/SCMPNews/status/1446407520109617161?s=20 Video yang telah dimuatnaik oleh South China Morning Post telah menunjukkan beberapa kenderaan milik orang awam dilihat pada awalnya ‘tergantung’ di tepian libang tersebut sebelum dilihat jatuh satu persatu di dalam lubang besar itu. Perkara tersebut dikatakan berlaku selepas hujan yang lebat melanda di wilayah Shanxi dipercayai mejadi lokasi kejadian tersebut berlaku. Difahamkan, lubang tersebut telah dipenuhi dengan air hujan…

Read More

Serangan Bom Di Masjid Syiah Korbankan 100 Mangsa Di Kunduz | Satu serangan pengeboman bunuh diri yang menyasarkan masjid golongan Syiah telah berlaku di bandar Kunduz, Afghanistan dan ia juga dikhabarkan telah mengorbankan lebih 100 orang mangsa akibat serangan tersebut, baru-baru ini. Misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dalam satu kenyataan berkata, maklumat awal yang mereka peroleh menyatakan lebih 100 orang terbunuh dan puluhan lagi cedera selain sebelumnya media antarabangsa melaporkan serangan tersebut hanya mengakibatkan lebih 50 orang maut. Penduduk di Kunduz menyatakan letupan tersebut berlaku ketika para jemaah sedang menunaikan solat Jumaat. Gambar serangan tersebut telah tersebar luas di…

Read More

Malaysia Bakal Hasilkan Vaksin Covid-19 Pertama Oleh Pakar Tempatan | Malaysia dijangka akan mengeluarkan Vaksin Covid-19 yang pertama serta ia dikatakan telah dibangunkan 100 peratus oleh pakar tempatan menerusi laporan Sinar Harian, baru-baru ini. Menurut Timbalan Menteri Kesihatan II, Datuk Aaron Ago Dagang, penyelidikan vaksin itu dijalankan di Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) membabitkan dua teknologi vaksin iaitu virus ternyahaktif (inactivated virus) dan jujukan genetik pengutus (mRNA). Jelasnya lagi bahawa vaksin di IMR dibangunkan secara 100 peratus pakar tempatan iaitu penyelidik di IMR, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Penyelidikan Veterinar (VRI). Beliau menjawab soalan tersebut selepas menjawab pertanyaan Datuk Mohd…

Read More

Ngeri! Wanita Pengamal Perubatan Islam Selamatkan 2 Gadis. | Baru-baru ini, telah tular satu video di media sosial memaparkan seorang bomoh didakwa melakukan perbuatan terkutuk terhadap dua orang gadis di dalam sebuah pondok kecil. Menerusi video yang dipaparkan itu, dipercayai kejadian tersebut berlaku di negara jiran iaitu Indonesia. Video tersebut bagaimanapun telah menerima pelbagai reaksi dari warganet yang rata-ratanya ‘seram’ melihat kelibat bomoh tersebut. Menerusi video yang telah dimuatnaik oleh seorang pengamal perubatan yang dikenali sebagai Karol Inoviani di channel Youtubenya baru-baru ini, dia dikatakan sedang dalam perjalanan untuk menyelamatkan dua orang gadis yang didakwa menjadi mangsa ‘santapan’ kepada seorang…

Read More

Ramai Hilang Di Segi Tiga Bermuda. Ini Punca Sebenar Yang Ramai Tak Tahu. ADA VIDEO | Khalifah Media Network –  Kisah tentang “Segitiga Bermuda” sudah ada sejak 56 tahun yang lalu, tepatnya tahun 1964. Nama ini pertama kali digunakan oleh penulis dari Amerika, Vincent Gaddis, di majalah Argosy untuk menggambarkan sebuah kawasan di Lautan Atlantik, di lepas pantai Florida, yang berbentuk segitiga. Kawasan ini juga dikhabarkan sering disebut sebagai “Segitiga Syaitan” yang sering dibahas dalam ribuan film, buku, dan dokumenter sepanjang beberapa dekad kebelakangan ini kerana terdapat pelbagai misteri yang berlaku jika melalui kawasan ini seperti contoh kejadian kehilangan kapal laut dan pesawat yang tidak dapat…

Read More

 Pemain Bola Sepak Bakal Didakwa Polis Atas Cubaan Bunuh Pengadil | Seorang pemain bola sepak Brazil dilaporkan bakal ditangkap dan dijangka dituduh melakukan percubaan membunuh selepas dia ‘membelasah’ pengadil sehingga tidak sedarkan diri di sebuah stadium di Rio Grande do Sul, kata sumber-sumber pada Selasa. Pemain tersebut dikenali sebagai William Ribeiro didakwa telah melakukan keganasan ke atas pengadil perlawanan iaitu dengan menumbuk dan menendang di belakang leher pengadil Rodrigo Crivellaro sehingga menyebabkannya jatuh dan tidak sedarkan diri dalam perlawanan yang diadakan pada malam Isnin lalu. Serangan tersebut dikatakan berlaku semasa perlawanan antara kelab Sao Paulo-RS dan Guarani yang menjadi tuan…

Read More

(Ada Video) Detik Aligator Gergasi ‘Melahap’ Spesis Sendiri Bikin Ramai Gerun! | Seorang lelaki sempat merakam detik cemas aksi seekor ‘alligator’ bersaiz gergasi memakan spesiesnya sendiri yang bersaiz kira-kira 6 kaki di South Carolina, baru-baru ini. https://twitter.com/phukdupnews/status/1445155316417449985?s=20 Menurut laporan Mirror UK, rakaman tersebut menunjukkan haiwan pemangsa itu sedang menggigit seekor aligator dipercayai anak alligator sebelum menelan keseluruhan badan mangsa. Alligator yang lebih kecil itu dikatakan cuba melepaskan diri dengan menghayunkan ekornya, namun tidak berjaya. Portal tersebut turut menyebut bahawa video berkenaan telah dirakam seorang individu yang mendakwa kejadian tersebut berlaku di kawasan belakang rumah ibu bapanya. Menurut satu ‘postingnya’ di…

Read More

(Ada Video) Tiga Penyesalan Orang Mati Dalam Kubur | Khalifah Media Network – Setiap makhluk yang bernyawa pastinya akan merasa kematian tetapi bagaimana pengakhiran kita nanti? Pengakhiran seseorang tersebut ditentukan dengan cara bagaimana kita hidup di dunia. Iaitu jika kita sering melakukan kebaikan serta sering beramal ibadah pastinya pengakhiran kita adalah baik dan sempurna. Manusia yang hidup di akhir zaman ini dikatakan lebih mencintai dunia berbanding akhirat sehinggakan ada sesetengahnya dikatakan takut kepada mati. Ramai dalam kalangan kita pastinya belum sedar dan membuat persiapan sebelum mati kerana salah satu faktornya adalah kerana kehidupan dunia yang melena dan membuaikan. Allah SWT berfirman…

Read More

(Ada Video) Bahaya Penyakit ‘Ain Dalam Masyarakat Kita | Khalifah Media Network – Kebanyakan daripada kita mempunyai akaun media sosial dan masing-masing seronok berkongsikan perihal diri dan gambar untuk tontonan umum. Sedar atau tidak, apa sahaja yang kita kongsikan itu, ada ‘mata-mata’ yang akan memerhatikan. Tanpa kita sedari, perkongsian kita di media sosial bakal mengundang ruang untuk orang lain meninggalkan komen sama ada yang baik atau buruk. Namun, ketahuilah tindakan kita itu sebenarnya boleh mengundang kepada penyakit ain jika individu yang melihatnya menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati. Penyakit ‘ain’ ini dikhabarkan mampu ‘membinasakan’ kita gara-gara panahan mata atau ain menerusi gambar…

Read More