Author: Miss Alin

Saintis Suntik Virus Covid Ke Llama. Apa Jadi Lepas Tu Buat Ramai Kagum | Pelbagai ujian klinikal  telah dijalankan oleh kumpulan makmal bagi mendapatkan ‘penawar’ kepada varian Covid-19 ini selain daripada mendapatkan vaksin. Kini, kajian telah tertumpu kepada haiwan dan yang lebih mengejutkan Antibodi Ilama kemungkinan besar akan memainkan peranan global dalam memerangi COVID-19. Menerusi laporan Reuters, ujian klinikal dijalankan syarikat bioperubatan Belgium berjalan lancar selepas ujian yang dijalankan oleh Pusat Bioteknologi Perubatan VIB-UGent di Ghent menunjukkan antibodi yang diekstrak daripada seekor Ilama yang dikenali dengan nama “Winter” itu telah berjaya mematikan penularan koronavirus termasuk variannya dalam ujian makmal. Menurut…

Read More

Tenessee: 21 Maut, Puluhan Cedera Dalam Bencana Banjir Kilat Terburuk | Banjir melampau telah berlaku di Tennessee Tengah baru-baru ini sehingga telah mengorbankan sekurang-kurangnya 21 orang penduduk , menurut Sheriff Humphreys County Chris Davis menerusi media tempatan. Katanya, usaha mencari dan pemulihan masih dijalankan di Waverly dan Humphreys County, di mana kira-kira puluhan telah disahkan hilang. Walikota Waverly Wallace “Buddy” Frazier mengatakan usia mangsa maut akibat banjir tersebut adalah dalam lingkungan usia 7 bulan sehingga lah peringkat warga emas. Daerah ini akan beroperasi sehingga bawah jam malam jam 8 malam, dan penguatkuasaan undang-undang dari daerah sekitarnya akan membantu dalam usaha…

Read More

Tiada Keperluan Bantuan Interpol, Nadir Akan Beri Kerjasama Dengan PDRM | Seorang pendakwah terkenal,  Nadir Al-Nuri telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung satu laporan polis melibatkan seorang pendakwah terkenal tanah air, Ustaz Ebit Lew, baru-baru ini. Menerusi kenyataan tersebut di Facebooknya, pihak peguam Nadir Al Nuri mengatakan bahawa tiada keperluan untuk meminta bantuan Interpol bagi mengesan anakguam mereka itu kerana mendakwa ada beberapa anggota polis mengetahui di mana Nadir berada. Tambahnya lagi, anakguamnya itu bersedia memberikan kerjasama penuh di dalam apa jua siasatan yang dilakukan oleh pihak berkuasa Malaysia malah semua pihak termasuk pihak polis yang mengetahui bahawa beliau sekarang berada…

Read More

“Tindakan Biden Adalah Sangat Memalukan”- Trump | Mantan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyifatkan tindakan yang diambil oleh Joe Biden  dalam menangani penarikan keluar tentera negaranya dari Afghanistan adalah sangat memalukan serta mencemarkan maruah negara, baru-baru ini. Trump berpendapat bahawa tindakan yang diambil Biden adalah sangat tergesa-gesa malah ia telah mengakibatkan wujudnya suasana kacau bilau apabila ribuan warga Afghanistan bergegas keluar dari Kabul selepas kemenangan mudah Taliban. Trump menyifatkan bahawa rancangan yang dijalankan tersebut iaitu dengan mengeluarkan tentera Amerika dari Afghanistan telah dilakukan dengan teruk sekali. Beliau turut melaporkan telah mengadakan rundingan dengan pemimpin Taliban, Mullah Abdul Ghani Baradar…

Read More

Percutian Di Krabi 3 hari 2 malam Hanya Perlu Bajet RM350/pax jer?  (Ada Video) | Krabi semestinya terkenal dengan landskap bukit-bukau, batu kapur, paya bakau dan hutan kelapa sawit dan pokok-pokok getah yang  sering menjadi salah satu destinasi pilihan pelancong khususnya pelancong dari negara Malaysia. Wilayah Krabi terletak di bahagian selatan Thailand, antara Phang Nga dan Suratthani di utara dan Trang di selatan dimana utara bandar Krabi adalah taman negara Khao Phanom Bencha setinggi 1350m. Krabi juga memiliki lebih daripada 200 buah pulau di sekitarnya selain merupakan salah satu daerah di Thailand yang terkenal dalam kalangan pelancong di seluruh dunia. Kalau ingin dibezakan kawasan lain di Thailand…

Read More

Majlis Ulang Tahun Bertukar Tragedi, Tangan Pelatih Haiwan Dibaham Buaya | Berlaku satu kejadian melibatkan seorang pelatih haiwan selepas tangannya dikatakan dibaham seekor buaya semasa mengadakan pertunjukan sempena sambutan majlis hari jadi seorang kanak-kanak di sebuah pusat reptilia di bandar raya Lembah Barat, Utah, Amerika Syarikat (AS). Kejadian tersebut mengundang keresahan para tetamu sehingga menyebabkan keadaan menjadi huru-hara selepas buaya itu dengan tiba-tiba menyerang pelatih haiwan tersebut dengan membaham sebelah tangannya. Semasa kejadian tersebut berlaku, dilaporkan pelatih wanita tersebut mula bertindak dengan membuat cubaan menarik keluar tangannya dari mulut buaya tersebut namun reptilia tersebut seakan tidak mengendahkannya dan masih tidak…

Read More

Tidak Mahu Balas Dendam, Semua Rakyat Afghanistan ‘Diampuni’-Taliban | Taliban dalam satu kenyataan baru-baru ini mengatakan mereka tidak mahu “membalas dendam” terhadap penentang dan bahawasanya semua orang akan “dimaafkan”, semasa sidang media pertama yang diadakan oleh kumpulan Islam garis keras sejak berkuasa di Kabul pada hari Ahad menurut laporan media tempatan.  Kumpulan tersebut menambah bahawa mereka tidak mencari “musuh dalaman atau luaran”, jurucakap mereka Zabihullah Mujahid memberitahu wartawan yang diundang ke pusat media yang digunakan oleh bekas pemerintah Afghanistan bahawa kumpulan itu ingin “mengucapkan tahniah kepada negara [Afghanistan] atas kemenangannya. Zabihullah Mujahid meyakinkan bahawa mereka tidak akan pergi ke pintu…

Read More

Biden Pertahan Keputusan, Salahkan Tentera Afghanistan Enggan Berperang | Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden baru-baru ini mengatakan dia berdiri “tepat di belakang” keputusannya untuk menarik tentera AS dari Afghanistan walaupun terdapat gambaran kekacauan di Kabul yang mendedahkan had kuasa AS sehingga menjatuhkannya ke dalam krisis terburuk sepanjang menjawat jawatan presiden. Berita tergempar tentang penarikan AS tersebut telah tersebar di saluran berita televisyen selama berhari-hari, namun Biden menyalahkan pengambilalihan Taliban di Afghanistan tersebut pada pemimpin politik Afghanistan kerana melarikan diri dari negara itu dan keengganan tentera Afghanistan yang dilatih AS untuk memerangi kumpulan militan itu. Beliau memperingatkan pemimpin Taliban bahawa mereka…

Read More

4 Pemuda Palestin Mati Ditembak Dalam Serangan Tentera Israel Di Jenin | Satu pertembungan telah tercetus melibatkan tentera Israel delepas mereka dikatakan telah menyerbu kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat yang diduduki pada awal hari Isnin. Sekurang-kurangnya empat pemuda Palestin dilaporkan telah ditembak mati dalam konfrontasi bersama tentera Israel di kem pelarian Jenin di utara Tebing Barat yang diduduki tersebut. Mangsa dikenali sebagai Saleh Mohammed Ammar, 19, dan Raed Ziad Abu Seif, 21, ditembak pada hari Isnin dan meninggal dunia akibat luka mereka sejurus tiba di hospital bandar Jenin, menurut sumber di pusat kesihatan itu menerusi laporan Aljazeera. Menurut…

Read More

(Ada Video) 2 Maut Selepas Jatuh Dari Udara Dari Pesawat Terbang Kabul | Ribuan penduduk yang ingin melarikan diri dari Afganistan telah bertindak diluar kawalan selepas mereka beramai-ramai cuba untuk menaiki pesawat sehingga menyebabkan dua kematian akibat jatuh dari pesawat tersebut dari udara, di Kabul, Afganistan baru-baru ini. https://twitter.com/yazanshawish2/status/1427252829740224518?s=20 Video berdurasi 16 saat tersebut tular selepas dua orang dilihat mati akibat kapal terbang yang berada di udara. Visual yang mengganggu menunjukkan orang mengejar pesawat ketika berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Hamid Karzai di Kabul, dan kemudian dua orang dilihat jatuh dari atasnya. Video lain turut menyaksikan ratusan warga muda Afghanistan dilihat…

Read More