Author: Miss Alin

Bomba Tidak Temui Bayi Didakwa Terperangkap Dalam Kebakaran | Ketiadaan seorang bayi yang didakwa terperangkap dalam kebakaran di tingkat tiga, rumah kedai tiga tingkat di Lorong Batu Nilam 1B, Bandar Bukit Tinggi, Klang malam tadi, menjadi tanda tanya pihak bomba. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pada jam 8.37 malam tadi, pihaknya menerima panggilan daripada seorang lelaki yang mendakwa bayinya terperangkap dalam kebakaran. Katanya, Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas dan Pelabuhan Klang bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan kebakaran di tingkat tiga rumah kedai itu. Menurut maklumat…

Read More

Pejabat Parlimen Muar Diarahkan Tutup Kerana Terlalu Ramai Beratur Untuk Terima Bantuan | Pejabat Parlimen Muar telah diarahkan untuk ditutup kerana jumlah rakyat Muar yang hadir ke pusat itu untuk menerima bantuan sejak ahad lalu terlalu ramai. Menurut Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, pihak polis telah datang ke pusat itu pada hari selasa dan mengarahkan supaya pusat itu ditutup. Ini kerana Pejabat Parlimen Muar giat mengagihkan bantuan makanan yang baru sampai kepada 5,000 keluarga di Muar sejak Ahad lalu. View this post on Instagram A post shared by Syed Saddiq (@syedsaddiq) “Biasanya ada dalam 150+…

Read More

Bekas Anggota Parlimen Dalam Buruan Polis | Polis Haiti kini dalam operasi memburu seorang bekas anggota parlimen iaitu John Joel Joseph yang disyaki terlibat dalam pembunuhan Presiden Jovenel Moise. Selain daripada bekas ahli parlimen itu, pihak berkuasa turut sama memburu peguam, Joseph Felix Badio dan ahli perniagaan, Rodolphe Jaar. Ketiga-tiga mereka disyaki terlibat dalam pembunuhan, cubaan membunuh dan juga rompakan bersenjata. Polis turut memaklumkan bahawa ketiga-tiga suspek itu bersenjata dan juga berbahaya. Media sebelum ini melaporkan Moise maut di kediaman peribadinya di Port-au-Prince selepas diserang sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali yang bertutur bahasa Sepanyol. Isterinya, Martine Moise yang turut cedera…

Read More

Penduduk Bantah Unit Kondo Dijadikan Asrama Pekerja Warga Asing | Penduduk sebuah kondominium di Selayang meluahkan rasa tidak senang apabila sekurang-kurangnya 10 unit di perumahan itu dijadikan asrama pekerja warga asing sebuah kilang. Seorang penduduk, Wan Yusma Wan Yusoff, 37, berkata, lebih 364 penghuni di dua blok perumahan tersebut telah menurunkan tandatangan membantah penempatan pekerja asing di sana dan berharap pengurusan kilang memindahkan pekerja-pekerja mereka ke asrama yang lebih sesuai, jauh daripada penginapan penduduk. Bantahan telah disuarakan susulan peningkatan kes Covid-19 dan penduduk khuatir terdedah kepada jangkitan ekoran perlu berkongsi fasiliti bangunan terbabit terutama lif. “Mereka ramai, setiap syif sekurang-kurangnya…

Read More

90 Peratus Atlet Malaysia Bebas Doping | Seramai 90 peratus atlet negara yang bakal beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 bermula 23 Julai ini, telah diuji dan kesemuanya didapati bebas daripada penggunaan bahan terlarang. Pengarah Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) Azura Abidin berkata, setakat ini seramai 27 daripada 30 atlet selesai menjalani ujian anti-doping sebelum bertolak ke Jepun, manakala bakinya dijangka menjalani ujian dalam masa terdekat. Seorang daripadanya sedang menjalani kuarantin selepas pulang daripada kejohanan luar negara manakala ujian doping bagi dua lagi atlet yang berada di luar negara dilaksanakan oleh pihak Persekutuan Sukan Antarabangsa (IF). Kesemua atlet yang layak wajib…

Read More

Ahli Kumpulan Penjenayah Terancang Didakwa Hari Ini | Seramai 19 ahli kumpulan jenayah terancang yang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ telah tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sebentar tadi. Kelihatan trak polis yang membawa kesemua ahli kumpulan itu memasuki perkarangan kompleks mahkamah pada jam 10.15 pagi dengan diiringi ketat oleh pihak polis. Kesemua mereka akan dituduh mengikut Seksyen 130V Kanun Keseksaan iaitu menjadi ahli suatu kumpulan jenayah terancang. Pada 20 Jun lalu polis telah berjaya menumpaskan kumpulan jenayah terancang dikenali sebagai ‘Geng Sakai’ yang disyaki aktif dalam kegiatan pengedaran dadah, pemerasan, pembunuhan, kekerasan, jenayah harta benda dan pemilikan senjata api. Menurut…

Read More

Bayi Lelaki Maut, Ibu Bertarung Nyawa Di ICU Akibat Covid-19 | Seperti yang kita sedia maklum, negara kita pada ketika ini sedang hebat berperang dengan penularan wabak Covid-19 hingga meragut banyak nyawa orang di sekeliling. Tambah lagi dengan jumlah kes yang semakin hari semakin meningkat dan membimbangkan rakyat di negara ini. Kejadian baru-baru ini, seorang bayi lelaki maut akibat Covid-19 dan telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur-Karak, Taman Selaseh manakala ibunya sedang bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU), malam tadi. Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menerusi satu perkongsian yang meruntun hati di laman Twitter berkata,…

Read More

Hospital Sik, Kedah Buat Persediaan Jadi Hospital Penuh Urus Pesakit Covid-19 | Kesan teruk serangan virus Covid-19 terhadap seseorang sehingga membawa kepada kematian tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Tambah lagi apabila kes di negara ini semakin hari semakin membimbangkan masyarakat sekeliling. Hospital Sik telah menutup sementara perkhidmatannya bagi rawatan pesakit luar di Klinik Pesakit Luar hospital itu bermula hari ini, sebagai persediaan menghadapi pengurusan pesakit Covid-19 dan menjadi hospital penuh Covid-19. Pengarahnya, Dr Aniza Ahmat, berkata penutupan berkenaan akan menjejaskan rawatan pesakit luar klinik satu, dua dan tiga, manakala Klinik Kencing Manis dan Darah Tinggi bilik lima pula dibuka secara…

Read More

Lelaki Nekad Bakar Dua Kereta Milik Keluarga Mentua Ditahan |Seorang lelaki yang dipercayai mempunyai masalah rumah tangga dan bertindak membakar dua buah kenderaan milik ahli keluarga isterinya ditahan semalam, kurang 24 jam dalam kejadian di Kampung Indah, Bahau, Jempol. Ketua Polis daerah Jempol, Superintenden Hoo Chang Hook berkata, tangkapan itu dibuat selepas polis menerima laporan daripada seorang ibu tunggal berusia 47 tahun yang juga merupakan ibu mentua suspek pada jam 9.37 pagi Isnin. Dalam kejadian berkenaan, ibu tunggal tersebut melaporkan bahawa kereta jenis Perodua Kancil dan Satria telah dibakar oleh suspek. “Dalam kejadian kira-kira jam 6.45 pagi, ketika mangsa berada…

Read More

Pembantu Rumah Didera Majikan Dan Diarahkan Mandi Berbogel Secara Terbuka | Seorang pembantu rumah Indonesia didera dan diarahkan untuk mandi secara berbogel dengan pintu yang terbuka oleh majikannya yang berwarganegara Singapura. Majikannya mengarahkannya melakukan sebegitu kerana berbau busuk dan juga berpakaian dihadapan tingkap yang terbuka. Itu merupakan sebahagian dari perbuatan tidak berperikemanusiaan Rosdiana Abdul Rahim, 33, terhadap Cik Mayang Sari dalam kejadian dera yang berlaku pada tahun 2017. Rosdiana didakwa di mahkamah pada Khamis, 8 Julai 2020, dengan enam pertuduhan termasuk dengan sengaja mendatangkan kecederaan dan menghina maruah pembantu rumahnya. Mahkamah terdahulu dimaklumkan, Cik Mayang telah bekerja dengan majikannya Rosdiana…

Read More