Author: Miss Alin

Pelakon Tarzan Joe Lara antara 7 yang dianggap mati dalam nahas pesawat AS | Ketujuh-tujuh penumpang yang berada di dalam pesawat, termasuk pelakon Tarzan Joe Lara dan isterinya yang merupakan seorang pakar diet, telah dianggap mati selepas mereka terlibat dalam kemalangan nahas pesawat terhempas di sebuah tasik berhampiran bandar Nashville di AS, baru-baru ini. Jet perniagaan kecil itu terhempas sekitar jam 11:00 pagi waktu tempatan pada hari Sabtu, sejurus selepas berlepas dari Smyrna, lapangan terbang Tennessee untuk Palm Beach, Florida, kata Rutherford County Fire & Rescue (RCFR) di Facebook. Pesawat itu turun ke Percy Priest Lake, kira-kira 12 batu (19…

Read More

Duta Besar Ukraine Ke Thailand Meninggal Dunia Di Pusat Peranginan | Duta besar Ukraine ke Thailand telah disahkan meninggal dunia pada awal pagi Ahad (30 Mei) di pulau pantai selatan Koh Lipe ketika bercuti bersama anaknya, menurut polis, tanpa mengetahui sebab kematiannya yang sebenar. Andrii Beshta merupakan seorang diplomat berusia 45 tahun telah dilantik sebagai duta Ukraine di Thailand pada 2016. Polis Nasional mengatakan bahawa Beshta ditemui mati sekitar jam 5.30 pagi (6.30 pagi, waktu Singapura) di biliknya iaitu di sebuah resort hotel di Koh Lipe, sebuah pulau pantai yang sangat terkenal dengan pelancong kerana perairannya yang berwarna biru kristal.…

Read More

Tujuh Unit Rumah Kedai Dua Tingkat Hangus Terbakar | Kejadian rumah terbakar seringkali berlaku serta dapat kita lihat di media sosial kejadian yang sangat meruntum jiwa sehingga ada yang melibatkan nyawa seseorang. Kejadian seperti ini amat menyedihkan orang ramai kerana mereka yang terlibat dalam kejadian kebakaran ini bakal hilang tempat tinggal dan hidup sehelai sepinggang. Mersing: Tujuh unit rumah kedai dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Dato’ Mohd Ali, Kampung Tanjong, Endau di sini awal pagi tadi. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor berkata, Pusat Gerakan Operasi Negeri Johor menerima telah panggilan kecemasan berkenaan kebakaran tersebut pada…

Read More

Lelaki Dikompaun RM4,000 Keluar Beli Air Semasa Tempoh Kuarantin | Seorang lelaki yang berada dalam tempoh kuarantin telah dikenakan kompaun sebanyak RM4,000 kerana gagal mematuhi perintah kuarantin yang dikenakan terhadapnya. Lelaki itu dikatakan keluar dari rumahnya untuk membeli minuman di kedai. Lelaki yang berusia 53 tahun yang memakai gelang berwarna merah jambu itu disedari oleh orang ramai sebelum mereka menghubungi pihak polis untuk memaklumkan berkenaan perkara itu. Menurut Ketua Polis Daerah Jempol, Hoo Chang Hook, pihak polis segera menuju ke lokasi berkenaan sebaik sahaja menerima laporan daripada orang awam. Lelaki berkenaan telah ditahan di sebuah kedai di Taman ACBE,…

Read More

17 Dikompaun RM 85,000 Gara-Gara Bermain Snuker |  Seramai 17 individu dikompaun RM85,000 kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan bermain snuker di sebuah premis dekat Damansara Jaya, Petaling Jaya, semalam. Dalam operasi sekitar jam 4 petang itu, individu berkenaan dikenakan kompaun RM5,000 setiap seorang. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid, berkata turut ditahan dua lelaki warga asing yang juga penjaga premis berusia 25 serta 27 tahun. Menurut beliau, pihaknya juga merampas dua kad pekerja, satu resit perniagaan dan pelbagai peralatan snuker untuk siasatan lanjut. Tambahnya, kes akan disiasat mengikut Peraturan-Peraturan Pencegahan…

Read More

Penduduk Ikat Menggunakan Tali Dan Seret Pencuri | Seorang remaja telah ditangkap oleh sekumpulan penduduk kampung kerana mencuri tabung derma masjid. Kejadian itu telah berlaku pada hari rabu yang lalu, sebaik sahaja remaja itu ditangkap, penduduk kampung itu telah menyeret remaja lelaki itu. Kejadian itu berlaku di Desa Ceumpeudak, video rakaman situasi itu telah menjadi tular di media sosial negara berkenaan. Menerusi video itu kelihatan bahawa pencuri itu ditangkap oleh penduduk kampung kemudian diikat tangan serta lehernya dengan menggunakan tali nilon sebelum diseret. Kejadian disahkan polis Tanah Jombo Aye AKP Ahmad Yani yang memaklumkan remaja terbabit mencuri untuk membeli makanan.…

Read More

Lelaki Indonesia Dikhuatiri Lemas Dalam Lombong Ketika Menangkap Ikan| Seringkali kita dengar kejadian lemas berlaku kepada seseorang tidak kira sama ada di pantai mahupun laut. Kejadian mengejut seperti ini sering kita lihat tular di media sosial dan menjadi topik utama di dada akhbar. Bidor: Terbaru kejadian seorang lelaki warga Indonesia yang dikhuatiri lemas di lombong terbiar, dekat Pekan Pasir, lewat petang semalam. Dalam kejadian itu, mangsa yang berumur 25 tahun itu dipercayai lemas ketika menangkap ikan di lombong berkenaan bersama rakan. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP)…

Read More

Polis Vietnam Temui Lebih 1,000 Janin Manusia Dalam Peti Sejuk | Polis Vietnam menemukan lebih 1,000 janin manusia di dalam peti sejuk di sebuah pangsapuri di Ha Dong, Hanoi, Vietnam  selepas menerima maklumat berhubung sekumpulan individu membawa beg hitam di kawasan itu. Memetik laporan akhbar Kinh te & Do Thi polis telah mengawasi kumpulan itu sehingga tiba di apartment terbabit. Pihak polis kemudian menyerbu pangsapuri itu dan menemui dua peti sejuk besar yang dipenuhi dengan beg palstik hitam. Pemeriksaan lanjut terhadap beg plastik hitam itu mendapati terdapat janin manusia di dalamnya dan empat orang ditahan untuk disoal siasat. Peti penyejuk…

Read More

Pengasas Kosmetik Didakwa Persenda Dan Permainkan Agama Islam | Khalifah Media Networks – Agama Islam bukanlah suatu agama yang boleh dipersendakan. Mereka yang mempersendakan agama akan mendapat azab dan balasan yang dahsyat daripada Allah. Agama juga merupakan satu perkara yang sensitif yang mana kita tidak boleh bercakap mengenai mana-mana agama sesuka hati. Setiap agama mempunyai peraturandan sensitiviti sendiri yang tidak boleh kita dibuat main sesuka hati. Kota Bharu: Polis Kota Bharu mengesahkan menerima laporan mengenai seorang pengasas kosmetik yang didakwa mempersenda dan mempermainkan agama Islam. Usahawan itu dikatakan mengeluarkan kenyataan ‘tidak suka sembahyang dan semua orang tidak sembahyang pada tahun…

Read More

Beberapa Kakitangan Dan Pelajar Universiti Alberoni Terbunuh Akibat Pengeboman Di Afganistan | Sebuah bom dipercayai dibaling dari arah dari tepi telah menghentam sebuah bas mini yang membawa pensyarah dan pelajar universiti di wilayah Parvan utara Afghanistan sehingga menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan mencederakan 11 yang lain, kata para pegawai. Jurucakap kementerian dalam negeri Tariq Arian dalam satu kenyataan mengatakan bas mini terbabit telah disasarkan pada hari Sabtu di ibu kota wilayah Charikar ketika memindahkan kumpulan itu ke Universiti Alberoni di wilayah Kapisa yang berdekatan. Jurucakap polis wilayah Kapisa, Shayeq Shoresh menerusi laporan Al Jazeera menjelaskan bahawa bom terbabit telah…

Read More