Netflix Bakal Keluarkan Siri Dokumentari Pembunuh Bersiri Penganut Kultus “Penyembah Syaitan”| Netflix dilaporkan bakal mengeluarkan siri dokumentari terbaru mengenai kisah seorang pembunuh bersiri yang terkenal suatu ketika dahulu iaitu David Berkowitz yang dikenali sebagai “Son Of Sam” dan bakal ditayangkan pada 5 Mei tahun ini. Dokumentari tersebut dikatakan merangkumi empat episod keseluruhannya mengenai kisah pembunuhan-pembunuhan yang dilakukan oleh David Berkowitz yang dipercayai merupakan seorang penganut Kultus “Penyembah Syaitan”. Dia dikatakan telah menjadi salah seorang pembunuh bersiri terkenal sekitar tahun 1970-an kerana kisah pembunuhannya ketika itu menyebabkan seluruh warga New York hidup dalam ketakutan selama beberapa bulan. Kejahatan yang telah dilakukan…
Author: Miss Alin
Agihan Bubur Lambuk Ubat ‘Kerinduan’ | Bulan Ramadan kian menjelma, tidak dinafikan ramai orang pastinya merindui suasana bulan Ramadan sebelum hadirnya pandemik Covid-19. Bagi peminat tegar bubur lambuk, pastinya mereka sangat merindui suasana berbuka puasa dengan makanan kesukaan mereka pada bulan Ramadan iaitu bubur lambuk. Kuala Lumpur : Kali ini, umat Islam akan menyambut Ramadan dalam suasana suram tanpa majlis berbuka puasa di masjid susulan pandemik Covid-19 yang menimpa. Justeru itu, penduduk Kampung Baru di sini akan dapat menikmati keenakan juadah tradisi yang berusia lebih 100 tahun itu apabila program edarannya akan diteruskan Ramadan ini. Tahun sebelum ini, program edaran bubur…
Demi Selamatkan Nyawa Anak Tiri, Bapa Korban Derma Buah Pinggang | Pengorbanan tidak terhingga seorang bapa tiri yang sanggup mempertaruhkan nyawa sendiri demi menyelamatkan anak tiri yang tiada pertalian darah dengannya. Namun naluri seorang bapa membuatkan dia tekad demi memastikan anaknya dapat meneruskan kehidupan dalam keadaan yang sihat walau nyawanya menjadi taruhan. Itulah apa yang dilakukan oleh Mohd Nor Azmi Husain, 59. Seorang ahli perniagaan, Mohd Nor Azmi Husain, telah berkorban dengan mendermakan buah pinggang kirinya kepada anak tirinya yang telah mengalami kegagalan fungsi buah pinggang sejak 12 tahun lalu. Kerana tidak mahu melihat anak tirinya Marliana Mustaffa, 40 terus…
Bazar Ramadhan, Aidilfitri Dibatalkan Di Kelantan | Penantian suasana Ramadhan seperti dahulu kala bertukar sepi di negeri Kelantan apabila kerajaan negeri Kelantan telah membatalkan perlaksanaan bazar ramadhan dan aidilfitri di negeri itu pada ramadhan kali ini. Keputusan itu telah diambil berikutan peningkatan kes Covid-19 sejak beberapa hari lalu. Perkara ini telah dimaklumkan oleh DR. Izani Husin, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri menerusi akaun Facebook miliknya. Beliau turut memaklumkan bahawa Program Madinah Ramadhan juga telah ditukarkan menjadi Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-2919 Berisiko Rendah (PKRC). Itu merupakan salah satu inisistif yang diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak…
10 Anggota Polis Mati Ditembak Tentera Pemberontak Di Myanmar | Perang yang berlanjutan antara pemberontak dan tentera junta Myanmar menjadi semakin runcing apabila 10 anggota polis dikatakan telah mati ditembak oleh tentera pemberontak selepas kumpulan tersebut dilaporkan menyerang balai polis di timur negara tersebut, baru-baru ini. Perikatan tentera etnik di Myanmar yang terdiri dari beberapa kumpulan iaitu Tentera Arakan, Tentera Pembebasan Nasional Ta’ang dan Tentera Perikatan Nasional Demokratik Myanmar dikatakan menyerang Balai Polis Naungmon, Shan awal pagi Sabtu bagi menentang tindakan keras tentera junta terhadap penunjuk perasaan anti kudeta seperti yang dilaporkan media tempatan. Menurut laporan wartawan yang dipetik dari…
Mungkin Ramai Yang Tak Tahu, Kandungan Minyak Wangi Juga Boleh Bawa Kepada Alahan | Bau yang harum semestinya menjadi dambaan setiap orang, malahan mampu untuk meningkatkan keyakinan diri individu itu. Untuk sentiasa tampil harum sepanjang hari, memakai minyak wangi telah menjadi salah satu inisiatif untuk kekal berbau harum. Teknik menyemburkan minyak wangi pada nadi badan iaitu pada pergelangan tangan dan belakang telinga sering kali digunakan oleh orang ramai. Ini kerana itu merupakan titik terbaik untuk menyemburkan minyak wangi hingga mampu membuatkan minyak wangi itu mampu tahan lama sehingga hampir 12 jam. Bagi yang gemar memakai minyak wangi semestinya sudah mengetahui tips…
Dua Lelaki Ditahan Guna Monyet Untuk Merompak | Kes merompak kebiasaanya akan dilakukan oleh manusia namun apa yang terjadi di India agak unik kerana monyet yang digunakan sebagai modus operandi untuk tujuan merompak. Oleh kerana itu dua lelaki telah pun ditahan kerana telah menggunakan haiwan terbabit untuk tujuan merompak. New Delhi: Dua lelaki yang telah menggunakan monyet bagi tujuan merompak sudah ditahan, kata polis New Delhi. kedua-dua mereka ditahan selepas salah satu daripada mangsa rompakan telah membuat aduan mengatakan bahawa terdapat tiga orang lelaki mengepungnya dan merompaknya sebanyak 6,000 Rupee (RM332), kata salah seorang polis tempatan. Pihak berkuasa seluruh India…
Bayi Dua Bulan Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh |Seorang bayi lelaki berusia dua bulan ditemui tidak sedarkan diri oleh pengasuhnya yang bertindak membawanya ke klinik berdekatan namun dia disahkan meninggal dunia. Kuala Lumpur: Seorang bayi berumur dua bulan ditemui meninggal dunia di rumah pengasuhnya di sebuah apartment di Setiawangsa di sini pada Rabu. Ibu mangsa, Nor Ariyana Md Isa,39, berkata, dia menyedari kejadian itu apabila pengasuh menghubunginya dan memaklumkan bahawa anaknya, Mohammad Shiraz Nabhan Shahril tidak sedarkan diri pada jam 3.10 petang. “Saya minta pengasuh bawa ke klinik kesihatan, sebelum saya menaiki motosikal bergegas dari tempat kerja ke klinik berkenaan.…
Pentas Ratu Cantik “Mrs Sri Lanka” Jadi ‘Ribut’ Bila Bekas Juara Berebut Mahkota Dengan Juara Semasa | Menjadi cantik dan rupawan semestinya keinginan setiap wanita di dunia. Namun untuk memperoleh gelaran sebagai seorang ratu cantik di suatu negara bukanlah sesuatu yang mudah. Ditambah pula dengan begitu ramai perempuan cantik ada di dunia. Sri Lanka: Seorang wanita yang memasuki pertandingan ratu cantik di Sri Lanka telah dinobatkan sebagai pemenang. Namun sebaik sahaja diumumkan kejuaraannya, mimpi indah itu bagaikan bertukar menjadi drama yang tidak disangka-sangka apabila mahkota yang telah dipakaikan daripada kepalanya dicabut. Pertandingan ‘Mrs Sri Lanka’ yang disiarkan secara langsung di platform…
(Video) Besar Macam Godzilla, Biawak Gergasi Buat Hal Panjat Rak Kedai 7Eleven | Biawak merupakan haiwan yang penempatan mereka semakin terancam. Pembinaan dan pembangunan yang semakin maju sikit sebanyak telah menjejaskan penempatan dan ekosistem mereka. Itu menyebabkan kita sering kali mendengar berita berkaitan spesis ini yang memasukikawasan perumahan dan banyak lagi. Thailand: Namun pada kali ini, sebuah kedai serbaneka 7-eleven di negara jiran kita iaitu Thailand telah dimasuki reptilia spesis ini. Biawak gergasi ini telah menimbulkaj kekecohan dalam kalangan pekerja dan pengunjung kedai serbaneka itu apabila telah memasuki kedai tersebut. https://twitter.com/torben_kassler/status/1379729667800899586?s=20 Aktiviti biawak yang berukuran sepanjang 1.8 meter ke 2 meter…